Teknik Sebenar Membuang Tabiat Buruk

pilih tabiat kita

Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk. Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir. Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan. Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ. Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan Keep Reading →

Seorang Hebat, Seorang Lagi Merempat

hakim

Ini kisah dua orang adik – beradik yang dikenali ramai. Mereka tinggal di sebuah pekan kecil di pinggir kota New York. Seorang penagih dadah dan pemabuk manakala seorang lagi ialah hakim mahkamah tinggi dan dermawan terkenal yang dihormati dan disanjungi masyarakat di bandar tersebut.

Orang ramai terkejut apabila mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya adalah adik – beradik; daripada ibu dan bapa yang sama serta dibesarkan di rumah dan di persekitaran yang sama.

Suatu hari, seorang wartawan ingin menulis mengenai dua beradik yang bertentangan identiti ini. Ia bertanya kepada si penagih dadah dan pemabuk itu,” Mengapakah awak menjadi begini ? Awak penagih dadah dan pemabuk serta dilaporkan selalu memukul anak dan isterimu. Apakah yang mendorong kamu menjadi begini?”

Lantas dia menjawab,”Ayahku.”

“Kenapa dengan ayahmu?” tanya wartawan tadi.

Kemudian dia membalas,”Ayahku seorang penagih dadah, pemabuk, garang dan panas baran.Aku, abangku dan juga ibu kami selalu kena pukul.Dia sangat kedekut.

Semua mahu dibolotnya.Apa lagi yang kamu rasa akan jadi kepadaku ? Itulah diriku! Aku terpengaruh dengan apa yang ayah aku lakukan.

Semuanya dalam darah daging aku.Jangan salahkan aku.

Semuanya berpunca daripada ayah aku!!”

Kemudian wartawan itu pergi bertanya pula kepada yang si abang; hakim dan dermawan yang disanjungi masyarakat sekitar.“Tuan, tuan seorang hakim yang berjaya, seorang dermawan dan dihormati ramai.

Manakala, adik tuan pula seperti yang semua ketahui adalah seorang yang bermasalah.

Siapakah pendorong tuan?”

Jawapan yang diberikan amat mengejutkan mereka.

“Ayahku,”

“Bagaimana pula?” soal wartawan tadi kebingungan.

“Semasa saya masih kecil, ayah kami seorang penagih dadah dan pemabuk.Seingat saya dia tidak pernah memberi wang kepada kami.Semuanya daripada ibu.Bukan itu sahaja, malah ayah selalu memukul saya, adik saya dan ibu kami. Keep Reading →

Pengajaran Daripada Hari Semalam

Hisyam Den
Kita sewajarnya mengambil pengajaran daripada hari semalam dan hari – hari yang lepas. Ini kerana, malam dan siang sudah berlalu telah menukarkan setiap yang baru menjadi lusuh, menambahkan usia kita, iaitu muda menjadi tua, dan selepas tua kita akan meninggal dunia.

Masa adalah sesuatu yang pantas perjalanannya. Sekiranya ia sudah berlalu, ia tidak kembali dan tidak boleh diganti lagi. Oleh itu, ia adalah ‘anugerah’ kepada manusia yang paling berharga dan sangat mahal. Sehubungan dengan itu, asas kepada bernilainya masa adalah, ia menjadi bekas kepada segala amalan dan pengeluaran.

Hakikatnya yang perlu kita tahu adalah, masa adalah ‘modal’ sebenar untuk manusia sama ada individu ataupun kumpulan.
Masa bukan hanya seperti emas seperti yang dikatakan oleh orang Melayu kita. Bahkan, ia adalah sesuatu yang lebih mahal daripada emas, permata, dan intan.

“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya.” – As-Syahid Hasan Al – Banna

Dalam konteks masa yang lain, Hasan Al- Basri ada menyebutkan, “Wahai anak Adam, kamu adalah himpunan hari –hari, setiap kali berlalu satu hari, berlalulah sebahagian daripada kamu.” Keep Reading →

Konsep dan Definisi Zuhud yang Sebenar

zuhud

Bila mendengar perkataan zuhud kebiasaannya kita beranggapan orang zuhud itu miskin, tidak berharta, tidak mengejar dunia, ulang alik ke masjid, tidak memandang dunia, dan seumpamanya. Betul ke itu ZUHUD ?

Orang yang berpaling meninggalkan cinta dunia kepada cinta akhirat disebut sebagai orang yang zuhud terhadap dunia. Sebab, pada setiap jiwa manusia itu sesungguhnya telah tertanam secara naluri perihal kecintaannya terhadap perkara-perkara duniawi. Sedangkan di akhirat kelak, itu jauh lebih baik dari dunia sekarang ini.

Zuhud terhadap dunia itu bukanlah mengharamkan apa yang halal dan mensia-siakan harta. Tetapi Zuhud terhadap dunia ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tanganmu… (Riwayat al-Tirmizi)

Imam Ibn Juzay:
Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan ( pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta. Kemungkinan seorang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong daripada dunia. Dan berkemungkinan orang fakir itu ialah orang yang bersifat duniawi apabila hantinya amat berkehendakkan dunia. Tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia.” Keep Reading →

Salahkah jika seseorang merasa takut miskin ?

Orang yang Takut Miskin
Takut miskin adalah sifat semulajadi manusia. Tidak salah jika kita merasa takut jatuh miskin, lalu kita menyusun pelan tindakan untuk memastika ia tidak terjadi.

Yang salah adalah apabila perasaan takut miskin mendorong diri melakukan perkara yang diharamkan seperti pecah amanah, kedekut keterlaluan , enggan membayar zakat dan sebagainya. Perasaaan ini telah terkeluar daripada had normal kepada had yang diharamkan oleh syariat.

Takut miskin yang berlebihan ini merupakan satu bisikan syaitan. Allah berfirman: “Syaitan menjanjikan kepadamu kefakiran dan menyuruh perbuatan yang keji ( kebakhilan ).” (Surah al-Baqarah: 268)

“Tiada senjata yang lebih ampuh bagi syaitan melainkan perasaan takut miskin. Apabila perasaan ini memasuki hati seseorang, ia akan menahan hak, bercakap mengikut hawa nafsu dan bersangka buruk kepada Tuhan.” – Sufyan al – Thauri

Takut miskin yang melampau akan membuat kita hidup seperti orang fakir mestipun memiliki banyak wang. Setiap kali hendak berbelanja untuk perkara yang diperlukan, ketakutan itu menahan kita untuk mengeluarkan belanja.

“ Orang yang takut fakir, hidup dalam kefakiran. Orang yang takut hina, hidup dalam kehinaan.” -Syeikh Muhammad al – Ghazali

Bertawakallah kepada Allah. Belanjakan apa yang perlu dibelanjakan kerana Allah akan menggantinya. Dan ingatlah, kefakiran yang sebenar adalah apabila iman tidak lagi tersemat di hati. Keep Reading →

Bos Kilang Daging Terperangkap Dalam Stor

kilang
Ada seorang wanita bekerja sebagai bos kilang daging. Pada satu hari selepas waktu bekerja wanita tersebut masuk ke dalam bilik khas membeku daging untuk melakukan pemeriksaan.Semasa sedang khusyuk memeriksa tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup dengan sendiri.

Sehubungan dengan itu, wanita tersebut cuba untuk membuka pintu bilik pembeku tersebut tetapi gagal. Beliau cuba berteriak untuk meminta pertolongan namun tiada seorang pun yang mendengar sebab semua pekerja kilang telah pulang. Suhu bilik pembeku daging yang semakin sejuk memaksa wanita tersebut untuk mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diri namun semuanya gagal.

Akhirnya wanita tersebut penat dan tidak berdaya lagi untuk berbuat apa-apa. Setelah lima jam berada di dalam bilik tersebut,wanita itu terbaring dan semakin mengeras kesejukan namun masih bernyawa.Dalam keadaan nyawa- nyawa ikan, tiba-tiba dia ternampak pintu bilik itu dibuka, wanita itu cuba untuk membuka mulut meminta tolong tetapi dia sangat lemah dan hampir beku..

Rupa – rupanya, sekuriti kilang daging itu telah datang dan membantu wanita tersebut.
Dipendekkan cerita,setelah sihat sepenuhnya,bos wanita tersebut bertanya kepada sekuriti bagaimana dia tahu bahawa ada orang terperangkap di dalam bilik pembeku itu.. Keep Reading →

15 Cara Untuk Menghilangkan Stress

pengurusan stress
Salam Sejahtera..

Sudah lama saya tidak menulis apa – apa post untuk bulan ini. Hal ini disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan bulan ini antaranya untuk menguruskan majlis perkahwinan adik perempuan saya pada 19 Sep 2015 baru – baru ni. Memang lah majlis sehari je tapi persiapan untuk majlis perlu dilakukan lebih awalkan ?

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada pembaca setia blog Klinik Motivasi. Sedar tak sedar usia blog ini sudah hampir mencapai usia 6 tahun beberapa bulan lagi. 🙂 Sungguh cepat masa berlalu. Saya memulakan penulisan di blog ini pada tahun 2010 ketika saya masih lagi bergelar seorang Mahasiswa di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ).

Ok. Tanpa berlengah lagi saya ingin kongsikan 15 cara ringkas dan pantas untuk menghilangkan stress.

1.Melihat daunan hijau dan pemandangan alam semulajadi seperti bukit bukau.
2.Mendengar deruan air yang mengalir iaitu dengan pergi ke tempat air terjun atau sungai kerana
terdapat ion – ion positif yang mngembalikn kesegaran dan ketenangan. Saya selalu pergi ke Taman Wetland Putrajaya.
3.Memelihara haiwan kesayangan seperti kucing dan sebagainya.
4.Mengambil air wudhu.
5.Baca Quran dan memahami terjemahan.
6.Banyakkan minun air suam.
7.Jika berdiri cuba duduk.
8.Jika duduk cuba baring.
9.Pandang Kaabah dapat pahala.
10. Pandang wajah ibu dan ayah.
11. Pandang wajah – wajah orang yang dkasihi seperti anak dan isteri dan ulama.
12. Cuba tidur.
13. Cuba mandi.
14. Perbanyakkan Istigfar.
15. Laungkan Azan

Setiap orang ada casa yang tersendiri untuk menghilangkan stress. Tapi ingat jangan cuba menghilangkan stress dengan melanggar syariat islam. Ingat tu 🙂