Cerita Rama – rama dan Kepompong

rama - rama
Seorang budak ternampak rama – rama sedang bergelut mahu keluar dari kepompongnya. Dia merasa sangat kasihan kepada rama – rama tersebut. Dia pun menolong dengan membukakan kepompong itu supaya anak rama – rama itu senang keluar.

Disebabkan budak itu, rama – rama tersebut senang sahaja keluar dari kepompongnya. Untuk dijadikan cerita, rama – rama itu pun keluar dan kembangkan sayapnya, kononnya nak berdiri dan terbang.

Beberapa minit kemudian, tiba – tiba rama – rama tu jadi lembik, bukan setakat lembik, tetapi terus mengecut. Kenapa ? Sebab terlalu awal dikeluarkan dari kepompong. Rama – rama itu, belum cukup bersedia untuk keluar kepompongnya disebabkan budak tersebut. Sebenarnya, kesusahan dalam kepompong itu adalah proses ( faktor semulajadi @ sunnahtullah) untuk menjadikan dia lebih kuat.

Bila dia menggeliat nak pecahkan kepompong tu, sendi- sendinya akan jadi lebih kuat. Tiba – tiba dibukakan kepompongnya dengan menyerbunya cahaya matahari dan udara, sedangkan anak kupu – kupu tu belum bersedia. Hasilnya, rama –rama itu semakin lemah lalu mati. Keep Reading →

Kisah Motivasi Jiwa Perkelahian Seorang Lelaki Dengan Iblis

klinik motivasi kisah motivasi jiwa
Pada zaman dahulu ada sepasang isteri yang hidup di sebuah kampung. Mereka hidup di dalam aman dan tenteram walaupun tidak dikurniakan seorang zuriatpun. Walaupun hidup mereka miskin tetapi mereka merupakan pasangan yang amat taatkan perintah Allah.

Mereka sangat tekun melakukan ibadat kepada Allah disamping meninggalkan segala perkara yang dilarang.
Pada suatu hari lelaki itu keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk mencari pekerjaan. Ketika dalam perjalanan ke sebuah pekan berdekatan, kelihatan olehnya sekumpulan manusia yang sedang mengerumuni sebatang pokok yang besar. Mereka kelihatan menyembah pokok besar tersebut seolah – olah pokok itu tuhan yang akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

“Ini sesuatu yang salah, ini perbuatan syirik. Aku harus melakukan sesuatu untuk menyedarkan mereka.” Kata lelaki itu dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan akidah penduduk di situ.
Dia lantas pulang semula ke rumahnya dengan tujuan untuk mengambil sebilah kapak. Dia mahu menebang sahaja pokok itu supaya perbuatan syirik yang berlaku dapat diberhentikan. Dengan itu sudah tentu mereka akan balik menyembah Allah sepertimana biasa.

Setelah mengambil kapak, lelaki itu menuju semula ke pokok yang menjadi sembahan itu. Di pertengahan jalan dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang berbadan besar. Lelaki itu sebenarnya ialah iblis yang menyerupai dirinya sebagai manusia. Lelaki iblis itu telah menghalang perjalananya untuk menebang pokok besar tersebut.

Dia bertanya: “Hai saudara, ke mana kamu hendak pergi dengan kapak kamu itu.” Lelaki itu lantas menjawab: “Aku mahu ke pokok besar tempat orang ramai berkumpul menyembahnya. Aku mahu menghapuskan kesyirikan di situ dengan menebang pokok tersebut.” Keep Reading →

Taubat Sekumpulan Perompak

kisah taubat sekumpulan perompak klinik motivasi
Salam Sejahtera..

Pada zaman dahulu terdapat sekumpulan lelaki yang bekerja sebagai perompak. Ramailah pedagang – pedagang yang melalui kawasan tersebut yang menjadi mangsa mereka. Pada suatu malam mereka berpakat untuk merompak di sebuah rumah salah seorang kaya di bandar itu. Mereka lalu menyamarkan diri sebagai tentera – tentera Islam yang baru pulang dari jihad pada jalan Allah. Rancangan mereka ialah untuk merompak rumah tersebut pada keesokan malamnya.

Setelah sampai mereka lalu mengetuk pintu rumah sambil menerangkan kepada tuan rumah: ‘Kami adalah dari pasukan jihad dan baru pulang dari medan perang. Sesungguhnya kami telah tersesat jalan dan jika diizinkan tuan dapatlah kiranya kami bermalam di rumah ini.’

Tuan rumah itu amat berbesar hati kerana sudah menjadi satu kebanggaan menyambut para pejuang yang baru pulang dari medan jihad. Semasa makan malam mereka terpandangkan seorang kanak – kanak yang terbaring lesu di ruang tamu tersebut. “ Siapa budak itu?” Tanya ketua perompak tersebut. Lelaki kaya itu lantas menjawab: “ Ohh.. itu anak saya. Tubuhnya cacat dan sudah berbagai – bagai ubat dan tabib yang kami jumpa untuk menyembuhkannya. Tapi Allah belum lagi mengizinkannya.”

Selepas makan malam, perompak – perompak itu berpura – pura mengambil mengambil wuduk untuk menunaikan solat malam bagi mengabui mata tuan rumah tersebut bahawa mereka sememangnya tentera Islam yang baik dan bertakwa.
Ketika itulah lelaki kaya itu berfikir: “ Hmm. Baik aku ambil sedikit sisa air wuduk mereka yang berjihad pada jalan Allah ini. Manalah tahu dengan keberkatan mereka itu anakku akan sembuh.” Keep Reading →

Isteri Yang Solehah dan Suami Yang Fasik

bismillah_wallpaper

Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana sudi melawat blog Klinik Motivasi Com untuk mencari kalimat motivasi yang terselit di sana sini dalam artikel di blog motivasi yang tidak popular ini. 🙂 Untuk pengetahuan pembaca setia blog Klinik Motivasi Com blog ini mengalami peningkatan mendadak visitor sejak akhir – akhir ini dan sekaligus meningkatkan bandwidth di blog ini.

Jika pembaca ingin saya menulis tajuk yang menarik dan bermanfaat kepada pembaca sila kemukakan di facebook Klinik Motivasi Com. Dan ia adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran walaupun RM 0.01. 🙂

Cerita kali ini bertajuk Isteri yang solehah dan suami yang pasik. Cerita bermula apabila pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung ada sepasang suami isteri yang sudah berumur. Walaupun mereka sudah lama berkahwin terdapat perbezaan peribadi antara kedua – duanya. Si isterinya merupakan seorang yang taat dalam melakukan suruhan agama, sebaliknya suaminya pula merupakan seorang yang fasik dan meninggalkan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa berdoa agar suaminya berubah menjadi seorang lelaki yang soleh pada suatu masa kelak. Keep Reading →

Sifat Tamak Biasanya Memakan Diri Sendiri

klinik motivasi emas

Salam Sejahtera..

Ini merupakan post pertama tahun baru masihi 2015. Dan saya mempunyai azam tahun ini untuk menulis lebih kerap di blog klinik motivasi com ini terutama tentang cerita – cerita berkaitan seputar kehidupan dan motivasi kehidupan.Ceritanya bermula pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki yang fasik datang menemui seorang wali Allah. Dia ingin sekali bersahabat dengan wali tersebut. “ Aku ingin sekali bersahabat denganmu dan mengikuti kemana saja kamu pergi” kata lelaki itu. “ Baiklah kalau begitu kehendakmu.” Jawab wali.

Pada suatu hari berjalanlah mereka berdua di tepi sebatang sungai lalu membuka bekalan makanan iaitu tiga potong roti. Wali itu memakan sepotong, lelaki itu sepotong dan bakinya sepotong. Ketika wali itu pergi meminum air di sungai, lelaki itu telah memakan baki roti tersebut. Sekembali semula wali itu mendapati baki roti yang sepotong itu telah tiada. Dia lalu bertanya kepada sahabatnya: “ Siapakah yang telah mengambil sepotong roti tadi?” “ Entah, aku tidak tahu.” Jawab lelaki itu berbohong.

Mereka berdua meneruskan perjalanan. Tiba – tiba mereka melihat seekor rusa dengan dua anaknya. Wali itu lalu memanggil salah seekor dari anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar untuk menjadi makanan mereka. Setelah mereka makan, wali itu dengan izin Allah telah Berjaya menghidupkan semula anak rusa yang telah mati dimakan itu. Wali itu bertanya: “ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, aku bertanya kepadamu siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab sahabatnya: “ Entah, aku tidak tahu.”

Kemudian mereka berdua meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sebatang sungai, lalu wali itu memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya menyeberang dengan berjalan di atas air hinggalah sampai ke seberang. Sebaik sahaja sampai ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi: “ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya ini, siapakah yang telah mengambil sepotong roti itu?” Namun begitu sahabat itu menjawab: “Aku tidak tahu.” Keep Reading →

Lebih Nikmat dan Bahagia daripada Raja

Bahagia suasana kampung

Salam Sejahtera..

Kali ini saya hanya menulis cerpen tentang kisah ilmuan zaman dahulu untuk pembaca setia blog Klinik Motivasi Com walaupun blog ini telah mengalami penurunan dalam keyword motivasi dalam enjin carian google disebabkan saya hanya update post baru sebulan sekali sahaja. 🙁

Cerita bermula apabila Ibrahim bin Bassyar bercerita: “ Satu hari aku bermusafir bersama Ibrahim bin Adham, Abu Yusuf al-Fulli dan Abu Abdillah al-Sanjari. Kami hendak pergi ke Iskandariah. Apabila berjumpa dengan sebuah sungai bernama sungai Jordan, kami singgah untuk berehat. Abu Yusuf mengeluarkan bekalan yang beliau bawa, iaitu beberapa potong roti kering yang kasar. Kami menyantap roti tersebut lalu mengucapkan alhamdulillah.
Aku bangkit untuk mengambil air minuman bagi Ibrahim. Namun Ibrahim telah mendahuluiku. Beliau masuk ke dalam sungai, lalu mencedok air dengan tapak tangannya. Beliau menyebut bismillah, lalu minum.
Kemudian Ibrahim keluar dari sungai itu. Sambil melunjurkan kaki, beliau berkata: Keep Reading →

Wanita dan Pengajaran Dari Pohon Semalu

pohon semaluSalam Sejahtera..

Alam sekeliling, seperti pokok – pokok, sungai dan rumput sebenar memberi kita pengajaran tertentu jika kita meneliti dan mengkaji dengan menggunakan minda dan hati yang tenang.

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang malu. Kisah antara Rasullullah dan puteri baginda Fatimah r.a. Pada suatu hari, Rasullullah berjalan – jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka  berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada Ayahdanya apakah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasullullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasullullah menyambung kata – katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek: Keep Reading →