Kitaran Umur Manusia Akhir Zaman !!

kitaran umur manusia di akhir zaman
Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini. Keep Reading →

Mencari Keredaan Ilahi bersama Safiey Ilias

Safiey Ilias menjadi jutawan kosmetik termuda di Malaysia ketika berusia 19 tahun.

Tip Berubah:

# Solat kunci kejayaan.

# Ubah kawan yang positif.

# Amalkan ilmu agama dalam kehidupan bukan dibibir sahaja.

#Sentiasa berdoa

# Motivasi terbaik adalah ingat mati

Hidup dunia ini sementara sahaja samada kita suka atau tidak. Kita pasti akan meninggalkan dunia ini oleh itu kita perlu sentiasa membuat persiapan untuk menghadapi ‘alam selepas ini’.

ps: Ada lagi pengajaran daripada video ini ? Tambah sendiri ok 🙂

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan Moden Kini

kitaran kehidupan di dunia bayi remaja muda tua
Inilah kehidupan…

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka…

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

Qanaah : Merasa Cukup Keep Reading →

Fenomena Manja Dalam Menuntut Ilmu oleh Ustaz Zaharuddin

penting menuntut ilmu

Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu ‘MANJA’ dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :

a. Ada orang yang bila seseorang ‘alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.

b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.

c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.

d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.

e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.

f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.

g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tidak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.

h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan guru bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Adakah begini kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. malah patut LEBIH SERIUS lagi.

‘Manja’ dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang LEMBIK, LESU, LUARAN HEBAT DALAM KOSONG dan kurang mampu diamalkan juga.

– Buat Muhasabah Diri dan Yang Sudi –

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Yakin Dengan Sedekah

Klinik Motivasi - Sedekah

Sedekah bukan diberikan untuk melihat – lihat ganjaran Allah di sebaliknya. Akan tetapi, ia diberikan kerana keiklasan dan mengharap reda Allah.

Abdullah bin Wahab al – Misri bercerita:

“Haywah bin Syuraih mendapat gaji tahunan sebanyak 60 dinar. Setiap kali mendapatnya, beliau tidak akan pulang ke rumah melainkan beliau telah bersedekah dengannya. Kemudian apabila sampai di rumah, beliau mendapati apa yang disedekahkan di atas katilnya.

Beliau mempunyai seorang anak saudara. Apabila si anak saudara ini mendapat tahu kisah itu, lalu dia pun bersedekah dengan wang gajinya.

Kemudian dia mengharapkan apa yang disedekahkan itu ada di atas katilnya, tetapi hampa. Lalu dia mengadu Haywah.

Haywah berkata: “Aku memberinya kerana Tuhanku dengan keyakinan akan ganjarannya. Sedangkan engkau memberikannya kerana Tuhanmu dengan niat mencuba – cuba sahaja.”

(Wafayat al-A’yan,Ibn Khallikan)

# Sejak kebelakangan ini, orang Melayu kita suka mencari ilmu dengan pergi ke bengkel dan seminar – seminar. Pada pendapat saya, ia sesuatu aktiviti yang sangat bagus kerana dapat mengisi masa lapang di hujung minggu dengan mencari ilmu.

# Dalam bengkel dan seminar tersebut Trainer/Penceramah mungkin ada memberi tahu kelebihan – kelebihan sedekah. Itu sesuatu ilmu yang bagus. Apa yang saya ingin tekankan kat sini adalah kepentingan NIAT itu sendiri. Bersedekah mesti kerana untuk mendapat reda Allah. Bukan bersedekah untuk cepat kaya sahaja. FAHAM !

Nasihat daripada Anak yang Berpelajaran Tinggi

nasihat salah daripada pakar
Dia ialah seorang bapa yang gigih, bekerja kuat siang dan malam. Dia menjual sosej dan burger di tepi jalan untuk membiayai anaknya agar mendapat pendidikan tinggi di universiti luar negara. Dia meletakkan pendidikan sebagai agenda nombor satu keluarga.

Namun dia seorang yang buta huruf. Jadi dia tidak pernah membaca surat khabar. Dia juga seorang yang pekak. Jadi dia tidak pernah mendengar radio sementara matanya rabun, jadi dia tidak pernah menonton televisyen. Oleh sebab itu, penjual sosej dan burger ini langsung tidak tahu apa – apa yang berlaku di luar sana.

Atas kerja kuatnya, perniagaan tepi jalannya itu berkembang pesat. Penjualan dan keuntungannya melonjak tinggi. Dia memesan lebih banyak daging, membeli sebuah lagi dapur yang bagus dan besar serta mendapatkan seseorang untuk membantunya kerana bisnes yang semakin baik. Kemudian, anak lelakinya yang baru menamatkan pengajian di universiti turut membantunya sementara mendapatkan pekerjaan di bandar besar.

Anak lelakinya bertanya kepadanya, “ Ayah, tidakkah ayah sedar bahawa ekonomi meleset akan tiba?”
Ayahnya membalas, “Tidak. Beritahulah ayah mengenainya. “

Si anak berkata, “Situasi antarabangsa sudah teruk. Di dalam negara lagi teruk. Kita perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan masa kegawatan kelak.” Keep Reading →

Penggunting Rambut dan Tuhan

penggunting rambut
Satu hari seperti kebiasaannya, seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya.

Beliau akan memulakan perbualan bersama – sama dengan si pengunting rambut yang melayannya. Mereka berbual mengenai banyak perkara.

Hari itu, mereka tiba – tiba menyentuh mengenai topik ketuhanan. Kata si penggunting rambut, “Cubalah lihat wahai sahabatku! Aku tidak percaya akan kewujudan tuhan seperti mana yang kau katakan.”

“ Mengapakah kau berkata begitu?” tanya si pelanggan.

“Oh, ia sangat mudah! Kau hanya perlu keluar dari sini dan kau akan sedar bahawa Tuhan tidak wujud. Beritahulah aku. Jika Tuhan itu wujud, mungkinkah ada ramai orang yang sakit? Mungkinkah ada kanak – kanak yang terbiar? Jika Tuhan itu wujud, mungkin tidak ada kesengsaraan mahupun keperitan hidup di mana – mana. Aku tidak dapat menerima bahawa Tuhan menginginkan semua ini terjadi.”

Pelanggan itu diam seketika untuk berfikir tetapi tidak membalasnya demi mengelakkan terjadinya pertelingkahan. Apabila si penggunting rambut menyelesaikan tugasnya, maka pelanggan itu pun melangkah keluar dari kedainya. Pelanggan itu ternampak seorang lelaki berambut panjang dan janggut yang tidak terurus di jalanan. Lelaki itu seolah – olah membiarkan janggut dan rambutnya tidak dipotong untuk jangka waktu yang lama hingga ia kelihatan tidak terurus.

Kemudian, pelanggan itu melangkah masuk ke dalam kedai gunting rambut itu semula dan berkata kepada si pengunting rambut. “Kau nak tahu? Tukang gunting rambut tidak wujud.”

“Mengapakah kau katakana bahawa mereka tidak wujud?” tanya si penggunting rambut kehairanan. “Bukankah aku ada di sini dan akulah penggunting rambut?”

“Tidak!” tingkah si pelanggan. “Mereka tidak wujud. Jika mereka ada, mungkin tidak ada seorang manusia pun yang berambut panjang dan berjanggut seperti lelaki di seberang jalan itu.”

“Oh, penggunting rambut memang wujud. Yang terjadi hanyalah orang tersebut tidak datang kepada kami,” jawab si penggunting rambut penuh yakin.

“Tepat sekali.” Pelanggan itu mengiyakan kata – kata si penggunting rambut sambil tersenyum. “Itulah inti patinya. Tuhan memang wujud. Apa – apa yang terjadi adalah kerana manusia tidak pergi kepada-Nya dan langsung tidak mencari –Nya. Keep Reading →