
Cuti sempena hari raya aidilfitri kali ini agak panjang dan ramai orang mengambil peluang pulang ke kampung halaman berjumpa sanak-saudara tidak kurang juga orang yang menganjurkan majlis perjumpaan semula rakan sekolah.
‘Reunion’ ini adalah suatu majlis yang sangat bagus tetapi biarlah dengan nawaitu dan penerimaan yang sama seperti masa persekolahan dahulu iaitu persahabatan tanpa syarat.
Ya, zaman persahabatan semasa persekolahan adalah zaman yang paling saya suka di mana kita bersahabat tanpa syarat. kita tidak kisah sahabat itu markah berapa dalam peperiksaan, kita tak kisah ayah ibunya kerja apa, rumahnya besar mana, datang sekolah naik apa. semua itu tidak penting. pada masa itu, kita hanya pentingkan persahabatan.
“jika kau terlupa bawa bekal atau tiada duit belanja, marilah kongsi bekal aku”.
“periksa semua markah merah dan kena rotan dengan ayah kau ke?. jom kita pergi mandi sungai”.
itulah dialog kita kepada sahabat setiap kali sahabat kita mempunyai masalah atau kita sendiri mempunyai masalah. jadi bila ada permintaan untuk majlis reunion ramai yang ingin menyertainya kerana fikir sahabat kita tanpa syarat itu masih begitu. namun realitinya tidak begitu.
saya ada satu kisah. ia berlaku di depan mata saya pada akhir tahun lepas.
Begini kisahnya.
Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat saya mengajak saya untuk menemaninya ke kedai spare parts, saya dengan rela menemaninya. kami ke bandar klang. usai membeli barangan dikehendaki, dia mengajak saya menemaninya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya. sudah tentu saya keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa disitu dan saya juga berpakaian agak selekeh. dia mendesak dan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. dia berjanji hanya sekejab sahaja.
Di restoran berhawa dingin itu beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual didalam kelompok-kelompok kecil. di luar terdapat deretan kereta-kereta mewah. dia masuk berjumpa mereka dan bertegur sapa. rata-rata mereka sudah tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah puluhan tahun. saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah. Keep Reading →