Etiqa Takaful

Takaful Etiqa ‘Alat’ Untuk Melunaskan Hutang Anda Secara Sah Mengikut Undang – undang di Malaysia

Perkara penting yang perlu diselesaikan setelah berlaku kematian adalah menyelesaikan hutang arwah. Apa akan jadi jika waris terdekat yang tinggal, isteri sebagai contoh tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melunaskan hutang yang ditinggalkan oleh suaminya. Keadaan akan jadi lebih buruk bila isteri ditinggalkan tanpa sebarang wang simpanan.

‘ Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya, sehingga hutangnya di lunaskan.’
( Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar dan Tarmizi)

Katakan hutang kita berjumlah lebih kurang RM50 ribu. Jika kita meninggal persoalan yang timbul ialah adakah isteri kita atau waris terdekat kita mampu melunaskan hutang kita jika mereka mengetahui maklumat hutang piutang kita itu. Saudara mara dan rakan taulan terdekat tentunya tidak akan datang secara sukarela melunaskan hutang tersebut yang bukan menjadi tanggungjawab mereka. Apakah lagi hutang tersebut bukan dibuat untuk kepentingan mereka atau atas kehendak mereka. Maka si isterilah yang terpaksa memikir dan menanggungnya.

Katakan setelah 6 tahun bekerja kita mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM20 ribu.
Kalau semua wang KWSP dibayarkan hutang sekalipun, masih perlu lagi RM30 ribu untuk melunaskan baki hutang kita yang berjumlah RM50 ribu itu.

Di manakah isteri kita mahu mencari RM30 ribu lagi untuk melunaskan hutang? Sedangkan isteri kita terpaksa memikirkan pendapatan dan menguruskan kewangannya selepas kematian kita.

Maka di sinilah, semasa masih hidup, kita bukan sahaja dituntut berfikir bagaimana harta dan hutang kita itu dapat diuruskan dan ditadbir dengan baik oleh isteri dan anak – anak kita selepas kita mati kelak. Dalam dunia yang serba kebendaan hari ini agak sukar menemui individu yang boleh membina kehidupan tanpa sebarang hutang. Secara majoriti kebanyakkan kita membeli rumah, kereta, membiayai pendidikan akan – anak semuanya dibuat atas dasar ‘hutang semasa’ yang tidak dapat dielakkan. Malahan hutang peribadi dan hutang untuk perkahwinan. Ianya adalah keperluan dalam kehidupan moden yang mesti disediakan bagi membina kehidupan normal. Hutang semasa ini sahaja sudah cukup menjerat isteri untuk melunaskan hutang kita.

Maka, apa yang boleh anda rancang semasa hidup untuk melunaskan semua hutang ? Bagaimana skim takaful etiqa dapat menyelesaikan masalah yang serba rumit ini. Contohnya pelan yang kita ambil adalah caruman bulanan sebanyak RM 150 termasuk medical kad dan rider tambahan dan jumlah pelaburan serta perlindungan yang bakal diterima adalah lebih kurang RM60 ribu. ( Atas andaian umur 30 tahun )

Katakanlah setelah setahun kita mengambil polisi Takaful, ditakdirkan kita jatuh sakit atau terlibat dalam kemalangan jalanraya hingga kita meninggal dunia.

Maka selepas itu isteri kita yang telah kita namakan dalam Surat Pengistirahan Hibah akan menerima wang dari skim Takaful yang telah disertai oleh kita.

Isteri akan mendapat jumlah perlindungan RM60 ribu walaupun kita baru beberapa hari atau beberapa bulan sahaja menyertai skim takaful itu.

Kelebihan wang takaful RM60 ribu ini tidak tertakluk kepada Akta Probate Dan Pentadbiran 1959. Maka ianya tidak akan dibekukan seperti akaun bank anda yang lain seperti ASB, Bank Islam dan sewaktu dengannya.

Maka duit yang diterima dari wang Hibah ini bolehlah digunakan oleh isteri untuk menyelesaikan apa – apa hutang kita yang ada.

Jika hutang kita adalah ditolak dengan wang takaful yang diterima oleh isteri, maka isteri kita masih ada baki lebih kurang RM10 ribu lagi. Wang ini tidak diperlu di faraidkan kerana telah dihadiahkan atau dihibahkan oleh kita semasa hidup lagi sepertimana telah disaksikan dan dinyatakan dalam Surat Pengistiharan Hibah yang telah kita tanda tangan.

Maka sementara menunggu harta lain dilepaskan dari pembekuan oleh Akta Probate dan Pentadbiran 1959 ( jika ada ) dan difaraid dapatlah isteri kita menggunakan wang tunai yang diperolehi dari hibah skim Takaful itu untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala. Isteri dan anak – anak akhirnya terbela.

Maka dari contoh di atas amatlah jelas lagi praktikal bagaimana Hibah melalui skim Takaful boleh menjadi salah satu ‘medium’ dalam menyelesaikan hutang secara MURAH, MUDAH, CEPAT dan PASTI. Segalanya kerana caruman RM 150 sebulan yang kita laburkan dalam Hibah skim Takaful. Apakah lagi wang Hibah yang diperolehi oleh isteri kita itu adalah dari sumber yang HALAL.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Takaful Etiqa hubungi saya Hisyam di talian 012-6284294 dengan menyatakan:
Nama
Nom Tel
Umur
Pekerjaan
Purata Gaji
Kawasan/Tempat tinggal
Untuk memudahkan saya mencadangkan pelan takaful etiqa yang sesuai dengan tuan/puan.

The following two tabs change content below.

admin

Anda ingin RENEW INSURAN dan RENEW ROADTAX Kereta Anda Secara Online ? 1) Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank Dan JPJ 2) Menjimatkan tenaga menempuhi kesesakan jalan raya 3) Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti belanja parking dan petrol 4) Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS Dan JPJ 5) Mengelakkan bosan menunggu di bank untuk mendapatkan geran. Hubungi saya Hisyam Den di talian 012-6284294 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>