Etiqa Takaful

Membuat Tuntutan Etiqa Takaful Berhad

Ingin membuat tuntutan? Ini adalah apa yang anda akan perolehi daripada kami

Komitmen kami
Kami akan menyelesaikan setiap tuntutan anda dengan cepat, adil tanpa sebarang masalah

Apabila anda menghubungi kami
Kami akan memberi maklum balas setiap pertanyaan dan panggilan anda melalui telefon ataupun e-mel dalam tempoh 24 jam

Membuat tuntutan
Talian Khidmat Pelanggan (Tuntutan) kami sentiasa bersama anda ketika anda memerlukan bantuan
Hubungi 1-300-13-8888 (untuk Insurans Hayat)
Hubungi 1-300-88-1007 (untuk Insurans Am)

Untuk tuntutan Insurans Bukan Kenderaan bawah RM2,000: sila hubungi talian Khidmat Pelanggan (Tuntutan) kami untuk menyelesaikan tuntutan anda melalui telefon tanpa sebarang dokumen.

Untuk tuntutan Pembaikan Kenderaan bawah RM5,000: sila laporkan kepada syarikat baikpulih dan bengkel panel kami dengan dokumen yang lengkap dan kami akan meluluskan tuntutan anda dalam tempoh 2 hari bekerja bermula dari tarikh laporan dibuat. Proses membaiki kenderaan anda akan mengambil masa selama tidak lebih dari 12 hari bekerja.

Untuk tuntutan kenderaan yang dicuri: sila laporkan kepada kami berserta dengan dokumen dan maklumat yang berkaitan dan kami akan menyelesaikan tuntutan anda dalam tempoh 30 hari bekerja bermula dari tarikh laporan dibuat.

Untuk tuntutan Kemalangan Diri: tuntutan anda akan diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas kami menerima dokumen dan maklumat yang lengkap daripada anda.

Di Etiqa, kami sentiasa mengamalkan prinsip kemanusiaan dan menginsankan setiap proses tuntutan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan kami. Adakalanya, proses membuat tuntutan amat merumitkan dan kami bertanggungjawab memastikan bahawa setiap tuntutan yang dibuat kepada kami diberikan perhatian yang sewajarnya bagi kemudahan pelanggan kami.

Jika anda ingin membuat tuntutan, beikut adalah apa yang perlu anda lakukan:

– Maklumkan kepada kami secepat mungkin kemalangan atau kerosakkan yang berlaku bagi setiap tuntutan yang ingin dibuat di bawah polisi anda. Makluman boleh dilakukan secara bertulis atau melalui panggilan telefon ke talian Khidmat Pelanggan kami.

– Lengkapkan dan hantar borang tuntutan bersama dokumen sokongan yang lain secepat mungkin.

Muat turun borang tuntutan anda di sini: ( Klik Sini )

Ingin menghantar tuntutan anda secara elektronik? Sila klik disini.

The following two tabs change content below.

admin

Anda ingin RENEW INSURAN dan RENEW ROADTAX Kereta Anda Secara Online ? 1) Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank Dan JPJ 2) Menjimatkan tenaga menempuhi kesesakan jalan raya 3) Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti belanja parking dan petrol 4) Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS Dan JPJ 5) Mengelakkan bosan menunggu di bank untuk mendapatkan geran. Hubungi saya Hisyam Den di talian 012-6284294 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>