Etiqa Takaful

Insurans Haram Betul Ke Haram ?

nsurans Haram Betul ke?

Banyak orang bertanya Betul ke Insurans Haram? Jadi apa pulak yang Halal?

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi ramai jugak yang buat-buat tak peduli tentang halal dan haram insurans konvensional ni.. Harini saya nak share dengan anda semua sebab apa Insurans itu Haram.
Apa Fakta Insuran Konvensional Itu Haram?
  1. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1972 telah memutuskan ‘Bermuamalat atas Insuran Konvensional adalah Haram’. 
  2. Dalam persidangan ke-5, bahawa insurans nyawa seperti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans pada masa itu dan masa kini adalah satu muamalat yang Fasid, maknanya salah dan tidak boleh diterima oleh syarak, atau muamalat yang batil.
  3. Ia tidak sesuai dengan prinsip Islam, dari segi AKADnya mengandungi:
    1. Gharar (Tipu @ Tidak Tentuan)
    2. Maisir (Judi)
    3. Riba (Faedah @ Interest)
Apa Makna Orang Fasid?
“Orang yang Fasid ini adalah orang yang melakukan Dosa Besar @ sering melakukan Dosa Kecil, dan orang ini tidak boleh menjadi Khadi @ Wali dalam perkahwinan… “

Jom kita singkap Dosa Riba..

Allah Berfirman (Ayat 278-279):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ 
وَلاَ تُظْلَمُونَ

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


Daripada ayat diatas ulama’ membahaskan seperti berikut:
  1. Ayat di atas ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan menguji keimanan mereka.
  2. Memerintahkan meninggalkan saki baki RIBA jika benar-benar beriman kepada ALLAH
  3. Orang yang tidak mahu meninggalkan saki baki RIBA telah isytihar PERANG DENGAN ALLAH DAN RASULULLAH (ayat ini bukan bersifat majazi berdasarkan apa yang dibahaskan oleh Imam Al-Qurtubi dalam kitab Al Jamek Lil Ahkamil Quran, beliau menyatakan menurut Ibnu Abas, “Akan dikatakan kepada orang yang memakan RIBA di hari Kiamat, ‘PERGI AMBIL SENJATA KAMU UNTUK PERGI BERPERANG’,” kerana Ibnu Abbas mentafsirkan ianya adalah situasi peperangan yang HAKIKI. seperti mana kaedah ‘Usul Fiqah’ – ‘Al-Aslu Fil Kalam Al-Hakikah’.)
  4. Iman Abu Hanifah berkata; “Inilah ayat yang paling menakutkan didalam Al-Quran” kerana besar dan bimbang dengan ayat seperti ini.
Allah Berfirman (Ayat 276):
يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.


Daripada ayat diatas ulama’ membahaskan seperti berikut:
  1. Allah hilangkan keberkatan pengambil RIBA dan tambah keberkatan pembersi sedekah dan zakat (Apabila hilang keberkatan dalam harta, manusia ‘Ringan’ untuk berbuat dosa, bersifat tamak, bakhil dan sebagainya serta berat membuat pahala..)
Masih lagi nak berseronok dengan RIBA? So, tepuk dada tanya Iman…
The following two tabs change content below.

admin

Anda ingin RENEW INSURAN dan RENEW ROADTAX Kereta Anda Secara Online ? 1) Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank Dan JPJ 2) Menjimatkan tenaga menempuhi kesesakan jalan raya 3) Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti belanja parking dan petrol 4) Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS Dan JPJ 5) Mengelakkan bosan menunggu di bank untuk mendapatkan geran. Hubungi saya Hisyam Den di talian 012-6284294 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>