Mengenal Diri

Salam Sejahtera…

Tuhan mencipta manusia dengan penuh kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian. Setiap manusia pula dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Anugerah Tuhan ini sebenarnya boleh dijadikan asas untuk kecemerlangan diri.

Manusia juga mempunyai beberapa kelemahan yang boleh diatasi melalui perubahan sikap dan pemikiran. Malangnya ramai daripada manusia tidak menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu atau untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana kita dapat melakukan sesuatu yang berkesan tanpa berfikir ? Tindakan, perasaan, perlakuan malah kebolehan kita adalah dipengaruhi oleh cara kita melihat dan mentafsirkan diri kita.

Terdapat manusia yang tidak mempunyai kemahiran sepanjang hayatnya kerana gagal atau tidak mempunyai  kemahuan untuk mahir dalam satu-satu bidang. Perkara yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang adalah bergantung kepada tahap mengenali diri sendiri. Orang yang berjaya biasanya terdiri daripada orang yang benar-benar telah memahami dan mengenali diri sendiri. Selagi kita tidak jelas dengan diri sendiri jangan harap kita akan bersedia untuk berubah.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Pengetahuan Adalah Kuasa

Sejak kecil kita disuruh oleh ibubapa kita supaya belajar bersunguh-sungguh. Bermula dari sekolah rendah, menengah  dan universiti. Kita sentiasa mendengar orang berkata “belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu itu penting untuk masa depan”.

Dengan  adanya ilmu pengetahuan kita mempunyai kebolehan dan kemahiran yang membolehkan kita diterima untuk menjawat sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi Keep Reading →

Mengurus Masa

Setiap orang mempunyai masa 24 jam dalam sehari, tidak kira sama ada dia orang kaya atau orang miskin. Hal ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama dalam sehari untuk melakukan pelbagai aktiviti ataupun pekerjaan. Menurut Dr Tuah dalam bukunya Membina Jati Diri Gemilang beliau berkata kebanyakan manusia tidak sedar dia telah ditinggalkan masa, jauh di belakang. Dia menyangka selari dengan masa, padahal masa untuknya semakin pendek dan kesempatan Keep Reading →

Teori Motivasi

Hari ini saya akan berkongsi ilmu tentang teori motivasi. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermakna bergerak. Oleh itu istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan suatu tingkah laku. Apabila bercakap berkenaan motivasi, pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga sudut di mana mereka cuba memahami motivasi daripada tiga persoalan.

Pertama, pakar-pakar psikologi cuba melihat sejauh mana individu itu sanggup menggunakan tenaganya bagi melakukan suatu perbuatan. Contohnya seorang pelajar gigih berusaha belajar untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaan. Mengapa perbuatan itu kuat dilakukan ataupun sebaliknya. Aspek ini disebut keamatan. Keep Reading →