Teori Motivasi

Hari ini saya akan berkongsi ilmu tentang teori motivasi. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermakna bergerak. Oleh itu istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan suatu tingkah laku. Apabila bercakap berkenaan motivasi, pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga sudut di mana mereka cuba memahami motivasi daripada tiga persoalan.

Pertama, pakar-pakar psikologi cuba melihat sejauh mana individu itu sanggup menggunakan tenaganya bagi melakukan suatu perbuatan. Contohnya seorang pelajar gigih berusaha belajar untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaan. Mengapa perbuatan itu kuat dilakukan ataupun sebaliknya. Aspek ini disebut keamatan.

Kedua, apakah arah atau matlamat individu orang itu melakukan apa yang dilakukannya.Mengapakah perbutan itu dilakukan menghala satu arah, bukan arah yang lain.Daripada sudut yang lebih positif, pakar-pakar itu cuba memahami apa yang mendorong individu itu terus mengulangi usahanya melakukan sesuatu walaupun sudah berkali-kali gagal.

Ketiga, selama manakah orang itu akan terus melakukan perbuatan itu. Mengapakah perbuatan itu terus diulang-ulang ataupun sebaliknya. Aspek ini disebut persisten atau ketekunan penerusan.

Semua teori motivasi mempunyai objektif yang sama iaitu cuba menerangkan sebab manusia melakukan apa yang mereka lakukan. Semua teori motivasi mempunyai objektif yang sama iaitu cuba menerangkan sebab manusia melakukan apa yang mereka lakukan. Semua teori motivasi percaya setiap kelakuan manusia mempunyai sebab. Ia bukan perkara yang berlaku kerana faktor-faktor rawak. Ini bererti semua teori itu percaya tingkah laku manusia dapat diterangkan sebab dan akibatnya.

Sekian saja untuk pengenalan tentang teori motivasi