Teori Motivasi

Hari ini saya akan berkongsi ilmu tentang teori motivasi. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermakna bergerak. Oleh itu istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan suatu tingkah laku. Apabila bercakap berkenaan motivasi, pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga sudut di mana mereka cuba memahami motivasi daripada tiga persoalan.

Pertama, pakar-pakar psikologi cuba melihat sejauh mana individu itu sanggup menggunakan tenaganya bagi melakukan suatu perbuatan. Contohnya seorang pelajar gigih berusaha belajar untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaan. Mengapa perbuatan itu kuat dilakukan ataupun sebaliknya. Aspek ini disebut keamatan. Keep Reading →