Apakah Program Affiliate

Salam semua…

Kali ni kita berbincang tentang program Affiliate. Sebenarnya dengan menyertai program affiliate kita bertindak sebagai jurujual dan seterusnya akan mendapat komisen daripadanya hasih jualan yang dibeli oleh pelanggan melalui laman web kita.

Affiliate adalah program menjana pendapatan tanpa menghasilkan produk . Komisen dibayar oleh pihak yang memiliki produk. Contohnya, saya mempunyai satu produk affiliate bagi meminta anda menjual produk itu. Produk itu berharga RM 100. Setiap jualan yang anda lakukan akan menerima RM 50 sebagai komisen. Keep Reading →

Teori Motivasi

Hari ini saya akan berkongsi ilmu tentang teori motivasi. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermakna bergerak. Oleh itu istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan suatu tingkah laku. Apabila bercakap berkenaan motivasi, pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga sudut di mana mereka cuba memahami motivasi daripada tiga persoalan.

Pertama, pakar-pakar psikologi cuba melihat sejauh mana individu itu sanggup menggunakan tenaganya bagi melakukan suatu perbuatan. Contohnya seorang pelajar gigih berusaha belajar untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaan. Mengapa perbuatan itu kuat dilakukan ataupun sebaliknya. Aspek ini disebut keamatan. Keep Reading →

Falsafah Seorang Usahawan Online

Kita sedang berada dalam zaman baru perniagaan online. Keusahawan online sedang merebak di seluruh dunia tetapi bukan semua orang sesuai untuk terlibat dalam perniagaan online. Perkara yang menarik tentang perniagaan online ialah ia mampu menjana 60 peratus hingga 70 peratus keuntungan bersih. Sekiranya anda memang merancang hendak membina perniagaan online anda perlu mendengar nasihat daripada mereka yang berpengalaman.

Di Malaysia perniagaan online tercetus apabila terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya. Irfan Khairi telah menulis buku pertamanya Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang merupakan buku bahasa Melayu pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet. Keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia mula membuka mata. Keep Reading →