Falsafah Seorang Usahawan Online

Kita sedang berada dalam zaman baru perniagaan online. Keusahawan online sedang merebak di seluruh dunia tetapi bukan semua orang sesuai untuk terlibat dalam perniagaan online. Perkara yang menarik tentang perniagaan online ialah ia mampu menjana 60 peratus hingga 70 peratus keuntungan bersih. Sekiranya anda memang merancang hendak membina perniagaan online anda perlu mendengar nasihat daripada mereka yang berpengalaman.

Di Malaysia perniagaan online tercetus apabila terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya. Irfan Khairi telah menulis buku pertamanya Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang merupakan buku bahasa Melayu pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet. Keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia mula membuka mata.

Sejak munculnya buku tersebut di pasaran, perniagaan internet di negara ini mula menampakkan perkembangan rancak. Meskipun di barat industri ini sudah berkembang hebat tetapi di negara ini perniagaan internet masih pada tahap permulaan dan semakin mendapat sambutan dari hari-kehari. Oleh itu kita perlu merebut peluang menjana pendapatan sambilan atau sepenuh masa dengan melibatkan diri dengan perniagaan online.

Untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya ia bergantung kepada diri sendiri. Jika anda serius mahu terlibat dalam perniagaan online, anda perlu mempunyai matlamat yang jelas. Anda perlu mempersiapkan diri dengan memiliki kemahiran tentang menjalankan perniagaan ini, rajin membuat kajian dan melaksanakan apa yang dirancang. Saya tahu ramai usahawan diluar sana yang bijak dan berpotensi besar mampu membina perniagaan internet yang menjadi sumber kewangan yang menakjubkan.

Setakat ini dahulu perkongsian saya tentang perniagaan internet…