Takut Kena Kritik Apa Nak Buat ?

kena kritik

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ada cerita menarik untuk dikongsikan dengan anda tentang kritikan. Dalam kehidupan seharian sememangnya ada orang yang suka mengkritik kita, kalau kritikan membina mungkin kita boleh terima jika kena caranya tetapi ada orang yang suka memberi kritikan negatif. Malahan ada orang yang memperlekehkan saya, apa lah tulis blog motivasi ni bajet nak jadi pakar motivasi ke ?. Dan sebenarnya terpulang kepada kita untuk buktikan yang kita akan terus berusaha tidak kira apa orang kata ( Ada aku Kisah ) ayat orang muda zaman sekarang. Cerita yang saya ingin kongsikan kali ini adalah cerita Anak dan Ayah Bersama Keldai.

Pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki yang tinggal bersama dengan anaknya. Lelaki itu bekerja sebagai seorang pencari kayu api. Setiap hari dia dan anaknya dengan ditemani oleh seekor keldai akan memasuki hutan bagi mencari kayu api untuk dijual. Anaknya itu pula mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila dia menyuruh melakukan sesuatu perkara, dia akan mencari berbagai alasan untuk menyanggah perintah ayahnya.

Dia malu kepada orang yang selalu mengejeknya sebagai seorang pencari kayu api yang dianggap hina. Disebabkan itu dia kerapkali tidak mahu mengikuti ayahnya apabila diajak bersama mencari kayu. Ayahnya pula sangat dukacita dengan sikap anaknya itu yang suka mendengar kata – kata orang berbanding dirinya sendiri.

Lelaki itupun cuba untuk menyedarkan anaknya. Suatu hari dia seperti biasa mengajak anaknya mencari kayu api. Anak itu dengan berat hati terpaksa juga menuruti kehendak ayahnya. Bersama keldainya mereka lalu berjalan hinggalah sampai ke satu tempat di mana kelihatanlah sekumpulan wanita yang sedang bersembang. Sebaik sahaja tiba di situ salah seorang daripada mereka berkata: β€œ Apalah bodohnya mereka itu, ada keldai tetapi tidak digunakan untuk tunggangan.” Keep Reading →

Isteri Yang Solehah dan Suami Yang Fasik

bismillah_wallpaper

Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana sudi melawat blog Klinik Motivasi Com untuk mencari kalimat motivasi yang terselit di sana sini dalam artikel di blog motivasi yang tidak popular ini. πŸ™‚ Untuk pengetahuan pembaca setia blog Klinik Motivasi Com blog ini mengalami peningkatan mendadak visitor sejak akhir – akhir ini dan sekaligus meningkatkan bandwidth di blog ini.

Jika pembaca ingin saya menulis tajuk yang menarik dan bermanfaat kepada pembaca sila kemukakan di facebook Klinik Motivasi Com. Dan ia adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran walaupun RM 0.01. πŸ™‚

Cerita kali ini bertajuk Isteri yang solehah dan suami yang pasik. Cerita bermula apabila pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung ada sepasang suami isteri yang sudah berumur. Walaupun mereka sudah lama berkahwin terdapat perbezaan peribadi antara kedua – duanya. Si isterinya merupakan seorang yang taat dalam melakukan suruhan agama, sebaliknya suaminya pula merupakan seorang yang fasik dan meninggalkan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa berdoa agar suaminya berubah menjadi seorang lelaki yang soleh pada suatu masa kelak. Keep Reading →

Sifat Tamak Biasanya Memakan Diri Sendiri

klinik motivasi emas

Salam Sejahtera..

Ini merupakan post pertama tahun baru masihi 2015. Dan saya mempunyai azam tahun ini untuk menulis lebih kerap di blog klinik motivasi com ini terutama tentang cerita – cerita berkaitan seputar kehidupan dan motivasi kehidupan.Ceritanya bermula pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki yang fasik datang menemui seorang wali Allah. Dia ingin sekali bersahabat dengan wali tersebut. β€œ Aku ingin sekali bersahabat denganmu dan mengikuti kemana saja kamu pergi” kata lelaki itu. β€œ Baiklah kalau begitu kehendakmu.” Jawab wali.

Pada suatu hari berjalanlah mereka berdua di tepi sebatang sungai lalu membuka bekalan makanan iaitu tiga potong roti. Wali itu memakan sepotong, lelaki itu sepotong dan bakinya sepotong. Ketika wali itu pergi meminum air di sungai, lelaki itu telah memakan baki roti tersebut. Sekembali semula wali itu mendapati baki roti yang sepotong itu telah tiada. Dia lalu bertanya kepada sahabatnya: β€œ Siapakah yang telah mengambil sepotong roti tadi?” β€œ Entah, aku tidak tahu.” Jawab lelaki itu berbohong.

Mereka berdua meneruskan perjalanan. Tiba – tiba mereka melihat seekor rusa dengan dua anaknya. Wali itu lalu memanggil salah seekor dari anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar untuk menjadi makanan mereka. Setelah mereka makan, wali itu dengan izin Allah telah Berjaya menghidupkan semula anak rusa yang telah mati dimakan itu. Wali itu bertanya: β€œ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, aku bertanya kepadamu siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab sahabatnya: β€œ Entah, aku tidak tahu.”

Kemudian mereka berdua meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sebatang sungai, lalu wali itu memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya menyeberang dengan berjalan di atas air hinggalah sampai ke seberang. Sebaik sahaja sampai ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi: β€œ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya ini, siapakah yang telah mengambil sepotong roti itu?” Namun begitu sahabat itu menjawab: β€œAku tidak tahu.” Keep Reading →

Lebih Nikmat dan Bahagia daripada Raja

Bahagia suasana kampung

Salam Sejahtera..

Kali ini saya hanya menulis cerpen tentang kisah ilmuan zaman dahulu untuk pembaca setia blog Klinik Motivasi Com walaupun blog ini telah mengalami penurunan dalam keyword motivasi dalam enjin carian google disebabkan saya hanya update post baru sebulan sekali sahaja. πŸ™

Cerita bermula apabila Ibrahim bin Bassyar bercerita: β€œ Satu hari aku bermusafir bersama Ibrahim bin Adham, Abu Yusuf al-Fulli dan Abu Abdillah al-Sanjari. Kami hendak pergi ke Iskandariah. Apabila berjumpa dengan sebuah sungai bernama sungai Jordan, kami singgah untuk berehat. Abu Yusuf mengeluarkan bekalan yang beliau bawa, iaitu beberapa potong roti kering yang kasar. Kami menyantap roti tersebut lalu mengucapkan alhamdulillah.
Aku bangkit untuk mengambil air minuman bagi Ibrahim. Namun Ibrahim telah mendahuluiku. Beliau masuk ke dalam sungai, lalu mencedok air dengan tapak tangannya. Beliau menyebut bismillah, lalu minum.
Kemudian Ibrahim keluar dari sungai itu. Sambil melunjurkan kaki, beliau berkata: Keep Reading →

The Power Of Sedekah ( Kuasa Sedekah )

kuasa memberi klinik motivasi

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog klinik motivasi tentang cerita pendek The Power Of Sedekah ( Kuasa Sedekah ) yang saya yakin mempunyai pengajaran yang berharga disebalik cerita ini.

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tidak pernah kering. Nama Telaga itu Bi’ru Rummah ( Telaga Pemanah ). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang bangsa Yahudi. Maka orang Yahudi itu telah bertindak menjual air dari telaga tersebut dengan harga yang sangat mahal.

Sehubungan dengan itu, akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman Affan. Keadaan ini, menyebabkan Saidina Othman Affan bertemu Yahudi tersebut dan berunding mahu membeli telaga tersebut. Yahudi tidak mahu menjual sebab dia tahu dia untung besar. Saidina Othman Affan akhirnya minta beli separuh saja telaga itu. Yahudi tersebut pun bersetuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik Saidina Othman Affan. Keep Reading →

Ayat – ayat Cinta

fokus minda yang salah

Salam Sejahtera…

Menulislah dengan hati, kerana pembaca akan merasainya dengan hati. Tetapi, bagaimana caranya menulis dengan hati? Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca setia laman sesawang klinik motivasi tentang ayat – ayat cinta dengan mencuit hati saya.

β€’ Dalam cinta, manusia akan memikirkan dahulu kesenangan, sebelum memikirkan kesulitan.
β€’ Cinta aku akan membuatkan dia buta.
β€’ Cinta membuatkan aku lupa siapa aku dan dia lupa berkenaan siapa dia.
β€’ Cinta tidak melalui akal, ia datang terus ke hati.
β€’ Perasaan cinta itu fitrah insan.
β€’ Menidakkan cinta di hati, aku tidak mampu.
β€’ Dengan cinta, engkau jadi berani, engkau hilang malu, dan mengetepikan akal.
β€’ Cinta itu sifatnya optimistik, dinamik, dan juga harapan.
β€’ Cinta mempunyai kuasanya tersendiri, samada membawa aku jauh ke depan atau undur ke belakang.
β€’ Cinta perlu dikawal dengan akal dan iman.
β€’ Setiap manusia, cinta itu dipandang berbeza- beza.

Saya menulis artikel ini kerana dalam β€˜pemerhatian’ saya dalam laman sosial WeChat. Terlalu banyak ayat – ayat cinta antara lelaki dan perempuan ingin berkahwin. Nak diikutkan hati, kumpul ayat – ayat cinta itu sudah boleh tulis sebuah buku.

Keep Reading →

Pengakuan yang suami curang

suami-curang

Salam Sejahtera…

Saya ada terbaca tentang kisah benar rumah tangga dalam akhbar online. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar…

Nilai bahagia itu terletak pada hati yang tenang.. – Hisyam Den

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan…

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

β€œYa, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH… saya terduduk dengan pengakuan itu… kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya… apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA. Keep Reading →