Pentingnya Ilmu Pengetahuan

ilmu-pengetahuan

Salam Sejahtera..

“ ALLAH mengangkat beberapa darjat orang – orang yang beriman dan orang – orang yang diberi ilmu pengetahuan.” ( Al – Mujadalah: 11 )

Sebuah enjin kapal telah rosak. Sudah seminggu kapal saudagar yang kaya raya tidak dapat meneruskan pelayaran. Pemilik kapal tersebut telah memanggil beberapa orang pakar untuk membaiki kerosakan, tetapi selepas seorang demi seorang pakar cuba membaik pulih enjin kapal itu, ternyata tidak ada seorang pun yang boleh membaiki enjin kapal itu sehingga pulih seperti biasa.

Akhirnya, seorang lelaki tua dipanggil setelah mendengar khabar bahawa lelaki tua itu mempunyai kepakaran yang luar biasa tentang enjin pelbagai jenis kapal.

Lelaki tua itu datang dengan membawa sebuah beg besar yang penuh dengan alatan baik pulih. Sebaik tiba di bahagian enjin kapal, dia terus memerhatikan enjin dari atas hingga ke bawah.

Semua orang tekun memerhatikan orang tua itu. Masing – masing berharap agar orang tua itu tidak merosakkan lagi enjin kapal itu yang memang sudah sedia rosak. Perlahan – lahan, orang tua itu mengeluarkan pemutar skru dari dalam beg besar yang dibawanya tadi. Dia lantas mengetatkan beberapa skru kecil sebelum menoleh ke arah pemilik kapal tersebut lantas bersuara, “Siap!” Keep Reading →

Seorang Gadis Cantik dan Syarat Perkahwinan

gadisSalam Sejahtera…

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Seorang gadis cantik hendak berkahwin tapi dia mahukan seorang suami yang sangat warak. Maka dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja yang ingin menikahinya dengan syarat:

1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda seorang pun lelaki sanggup nak terima syarat itu kecuali seorang pemuda yang sederhana perwatakan dan penampilannya.. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, si isteri memerhati suaminya itu.

“Eh.. tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?”

“Hmm.. aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni…”

“Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?”

Selepas sebulan akhirnya si isteri hilang sabar. Dia menyangka dan fikir suaminya telah menipu dirinya. Akhirnya si isteri pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan “ditipu oleh suaminya”. Keep Reading →

Wanita dan Pengajaran Dari Pohon Semalu

pohon semaluSalam Sejahtera..

Alam sekeliling, seperti pokok – pokok, sungai dan rumput sebenar memberi kita pengajaran tertentu jika kita meneliti dan mengkaji dengan menggunakan minda dan hati yang tenang.

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang malu. Kisah antara Rasullullah dan puteri baginda Fatimah r.a. Pada suatu hari, Rasullullah berjalan – jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka  berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada Ayahdanya apakah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasullullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasullullah menyambung kata – katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek: Keep Reading →

Kisah Benar Pomen Putus Tunang

spanar

Cerita Pomen Putus Tunang ini penulis dapat dari laman sosial wechat peribadi penulis.

Semoga pembaca Klinik Motivasi Com dapat mengambil teladan dan pengajaran daripada cerita ini. – Hisyam Den

“Kau okay ke ?
Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut.

“ Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.
Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang – kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari.

Fikiran entah kea mana. Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”Aku terkejut.“Biar betul ? Kan dah 3 tahun kau kenal dia ? Takkan senang – senang saja dia tinggalkan kau.”

“ Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“ Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa – biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama. Keep Reading →

Anda Hendaklah Mengecas Bateri Kejayaan Anda

cas bateri motivasi anda klinik motivasi

Salam Sejahtera..
Kali saya akan berkongsikan artikel motivasi yang menarik perhatian saya di dalam sebuah buku motivasi kecemerlangan diri dengan NLP. Penulis yang menggunakan analogi gelombang radio kejayaan untuk menerangkan Law of Attraction dengan mudah.

Sehubungan dengan itu, minda kita dapat diumpamakan seperti bateri yang mempunyai kuasa untuk memberi tenaga. Apabila kita sudah caskan bateri tersebut dengan sepenuhnya, secara automatik bateri tersebut akan memberi tenaga yang dapat menggerakkan sesuatu alat elektronik seperti kereta kawalan jauh yang sering digunakan oleh kanak –kanak, memberikan cahaya seperti lampu yang menyinari malam kita, serta mengaktifkan alatan muzik yang mengeluarkan suara seperti Walkman dan radio.

Kita perlu mengecas motivasi diri kita seperti kita mengecas bateri telefon pintar kita – Hisyam Den

Perjalanan kita menuju kejayaan adalah seumpama mengecas bateri juga. Ianya mempunyai kutub utara dan kutub selatan. Tetapi, kita boleh andaikannya seperti masa depan dan masa sekarang. Apabila kita dapat mengecas bateri secukupnya, akan berlakulah satu daya tarikan yang sempurna.

Apabila berlaku daya tarikan, kesemua sumber yang membantunya ke depan akan muncul dengan menarik seperti kumpulan besi – besi berdekatan dan menuju kearah magnet bateri yang dimaksudkan.Tarikan ini dapat ditafsirkan seperti gelombang radio.

Apa – apa yang kita tetapkan dalam kehidupan samalah seperti menyasarkan gelombang radio yang kita hendak dengar. Contohnya jika hendak dengar Suria FM pasanglah frekuensi tu jangan pasang frekuensi radion lain. Contoh lain, nak jadi doktor pergi ambil bidang undang – undang memang lah tidak dapat jadi doktor. FAHAM!!.

Jadi, sekiranya kita inginkan kejayaan, penyaluran frekuensi kepada frekuensi kejayaan yang tepat adalah diperlukan. Frekuensi kita adalah cara pemikiran kita dalam mencapai kejayaan.

12 Ciri-Ciri Mind Set Usahawan yang Berjaya.

Habits-of-Successful-People

Kejayaan tidak berlaku sekelip mata. Ia memerlukan kerja keras, ketabahan dan berterusan memperbaiki diri. Setiap usahawan yang berjaya mempunyai cerita yang hebat untuk memberitahu. Sering kali, anda akan kagum dengan apa yang kebanyakan mereka telah melalui sebelum menjadi usahawan yang terkenal. Mereka adalah orang-orang biasa yang telah menggunakan minda mereka dengan cara yang luar biasa.
Berikut adalah ciri-ciri usahawan yang berjaya.

1. Passion. Mereka benar-benar suka apa yang mereka lakukan; ia memberi tenaga mereka dan menjadikan mereka menjadi hidup. Ia tidak berasa seperti kerja, kerana mereka merasakan mereka melakukan apa yang mereka dilahirkan untuk lakukan.
2. Kepercayaan. Kepercayaan diri mereka dan kepercayaan dalam idea-idea mereka membolehkan mereka untuk berjaya. Mereka percaya kepada keupayaan mereka untuk berjaya dan teruskan ketika orang lain meragui idea-idea mereka. Mereka percaya mereka boleh membuat ia berfungsi dan tidak pernah membenarkan keadaan mereka untuk meletakkan had ke atas potensi mereka.

3. Keberanian.Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran baru, untuk mengikuti naluri mereka dan pergi dengan berani di mana tiada siapa yang pergi sebelum ini.

4. Penentuan. Usahawan yang berjaya mempunyai keazaman yang besar. Mereka berazam untuk menjadikan idea-idea mereka bekerja, tidak kira bagaimana sukar. Mereka berazam untuk memupuk idea-idea mereka dan biarkan mereka berkembang.

5. Naluri. Mereka pandai membuat keputusan, penalaan ke perasaan usus mereka dan seberat sehingga kesan dalam denyutan jantungnya. Semakin keputusan yang mereka buat, lebih baik mereka menjadi di membuat keputusan. Keep Reading →

Biodata Tokoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yang diterbitkan dalam tahun 1970. Keep Reading →