Yakin Dengan Sedekah

Klinik Motivasi - Sedekah

Sedekah bukan diberikan untuk melihat – lihat ganjaran Allah di sebaliknya. Akan tetapi, ia diberikan kerana keiklasan dan mengharap reda Allah.

Abdullah bin Wahab al – Misri bercerita:

“Haywah bin Syuraih mendapat gaji tahunan sebanyak 60 dinar. Setiap kali mendapatnya, beliau tidak akan pulang ke rumah melainkan beliau telah bersedekah dengannya. Kemudian apabila sampai di rumah, beliau mendapati apa yang disedekahkan di atas katilnya.

Beliau mempunyai seorang anak saudara. Apabila si anak saudara ini mendapat tahu kisah itu, lalu dia pun bersedekah dengan wang gajinya.

Kemudian dia mengharapkan apa yang disedekahkan itu ada di atas katilnya, tetapi hampa. Lalu dia mengadu Haywah.

Haywah berkata: “Aku memberinya kerana Tuhanku dengan keyakinan akan ganjarannya. Sedangkan engkau memberikannya kerana Tuhanmu dengan niat mencuba – cuba sahaja.”

(Wafayat al-A’yan,Ibn Khallikan)

# Sejak kebelakangan ini, orang Melayu kita suka mencari ilmu dengan pergi ke bengkel dan seminar – seminar. Pada pendapat saya, ia sesuatu aktiviti yang sangat bagus kerana dapat mengisi masa lapang di hujung minggu dengan mencari ilmu.

# Dalam bengkel dan seminar tersebut Trainer/Penceramah mungkin ada memberi tahu kelebihan – kelebihan sedekah. Itu sesuatu ilmu yang bagus. Apa yang saya ingin tekankan kat sini adalah kepentingan NIAT itu sendiri. Bersedekah mesti kerana untuk mendapat reda Allah. Bukan bersedekah untuk cepat kaya sahaja. FAHAM !

Study Hard dan Study Smart Barulah Genius !

Faizal Amir

Pelajar yang study hard tidak semestinya pelajar yang cemerlang. Kaedah yang sebenarnya diperlukan oleh student ialah study hard dan study smart. Ramai student yang beranggapan bahawa study smart tidak perlu banyak berusaha.

Anggapan ini sebenarnya salah.Biasanya study smart akan datang setelah anda study hard.Cumanya study smart adalah kaedah belajar yang paling berkesan dan caranya adalah berbeza antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Pelajar akan menjumpai kaedah study smart yang sesuai setelah mengamalkan kaedah study hard. Anda boleh menggunakan contoh analogi menggerakkan seketul batu yang besar bagi menggambarkan perbezaan antara study hard dengan study smart.

Setakat mana anda berjaya menggerakan batu tersebut menggambarkan sejauh mana bekerkesanan kaedah pembelajaran yang dilakukan. Study hard ialah seperti berusaha bersungguh – sungguh menggerakkan batu tersebut dengan pelbagai cara.

Namum, cara tersebut mungkin tidak berjaya langsung menggerakkan batu atau berjaya menggerakkan sedikit sahaja batu tersebut. Study smart pula ialah seperti menggunakan kaedah yang lebih berkesan untuk menggerakkan batu tersebut seperti menggunakan tuas.

Study smart bukanlah bermaksud mengurangkan usaha, tetapi mencari kaedah yang paling berkesan untuk belajar dan menggandakan usaha bagi meningkatkan tahap kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Oleh sebab itu, berusaha lah untuk study hard dan study smart.

Saya mengenali seorang kawan baru dalam sebuah bengkel baru – baru ni, beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pendidikan dan jika berminat untuk menjemput beliau ke sekolah atau universiti boleh layari blog beliau di Faizal Amir.

ps: Beliau juga merupakan ore kelate seperti saya 🙂

Kadang – kadang anda salah menilai perkara sebab fikiran anda bermasalah..

pasangan muda

Satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian.

“Cuciannya kurang bersih ya bang,” kata si isteri. “Di ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok.”

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa – apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian – pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul –betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya.

“abang, tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian ?”

Sang suami berkata,”Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita.” Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran apabila memandangnya, jika Hati kita bersih, maka bersih pula fikiran kita.

Ini realiti kehidupan seharian kita. Orang kaya dikatakan sombong, padahal kita tak tahu orang kaya itu suka bersedekah. Cuba kaitkan cerita ini dengan kehidupan seharian anda..

ps: Sekarang ini ramai mempunyai masalah ini. Suka berburuk sangka dengan orang lain. Sebab tu saya tulis artikel ini.

Altimet & Awi Rafael – Bila Aku Kaya

Salam Sejahtera..

Ok. Untuk mendengar lagu ni, caranya adalah dengan menukarkan perkataan ‘kalau’ kepada ‘bila’ itu sahaja. Kenapa sebab perkataan ‘kalau’ membawa kita kepada angan – angan kosong sahaja dan tidak reda dengan apa yang kita ada manakala perkataan ‘bila’ membawa kepada harapan dan cita – cita untuk mengubah diri untuk mencapai kaya dengan berusaha dengan bersungguh – sungguh.

Ok. Sekian sahaja untuk kali ini.

Seminar Khas “Rawati Kehidupan” Untuk Penderita OCD

penyakit was_was yang teruk
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PENGUMUMAN :

Seminar ini mendedahkan cara ikhtiar merawat penyakit dan kehidupan dengan menggunakan Hukum Daya Tarikan (Islamic Law of Attraction), Emotional Freedom Tecnique dan The Power Of NOW.

EFT atau Emotional Freedom Technique, lanjutan dari LOA, adalah adaptasi dari akupunture cina, tetapi tidak mnggunakan jarum, hanya ketukan jari pada titik point meridian pada kepala, tangan dan badan.

Sebagai ikhtiar membebaskan emosi-emosi negatif yang telah lama terperangkap dalam saraf dan ‘subconscious mind’.

Sebuah Seminar Khas “Rawati Kehidupan” Untuk Penderita OCD, Anxiety Disorder/ Depression/ IVT akan diadakan pada :

# Ahad , 24 Jan 2016
# Jam 10 pagi hingga 5.30 petang
# Tempat : Ibu Pejabat JKK Kg. Melayu, Batu 16 48000 Rawang, Selangor (Berhadapan Masjid Jamek Al-Ehsaniah)
# Yuran : RM50 seorang ( Bayar Waktu Pendaftaran )
# Speaker : HusnuzzonLoa Consultancy
# Pendaftaran bermula jam 9 pagi
# Penampilan Khas (Inshaa Allah) : VirginRose VR – Penulis Anxiety ( Turut dijemput, bergantung kepada kelapangan beliau )
# Makan tengahari, sarapan dan tea break disediakan.
# Nota-nota penting juga disertakan.
# Peserta diminta membawa alat tulis dan buku nota.

Semua perkongsian ilmu dalam sessi rundingcara dan personal coaching yang pihak penganjur lakukan selama ini akan dibawa ke seminar ini. Jangan lepaskan peluang ini. Tempat terhad. Yang berminat sila SMS Nama dan No IC ke: 019-2154850 sekarang.

Ps: Semua urus pembayaran adalah tiada kaitan dengan Klinik Motivasi dan terus kepada pihak penganjur program.

Nasihat daripada Anak yang Berpelajaran Tinggi

nasihat salah daripada pakar
Dia ialah seorang bapa yang gigih, bekerja kuat siang dan malam. Dia menjual sosej dan burger di tepi jalan untuk membiayai anaknya agar mendapat pendidikan tinggi di universiti luar negara. Dia meletakkan pendidikan sebagai agenda nombor satu keluarga.

Namun dia seorang yang buta huruf. Jadi dia tidak pernah membaca surat khabar. Dia juga seorang yang pekak. Jadi dia tidak pernah mendengar radio sementara matanya rabun, jadi dia tidak pernah menonton televisyen. Oleh sebab itu, penjual sosej dan burger ini langsung tidak tahu apa – apa yang berlaku di luar sana.

Atas kerja kuatnya, perniagaan tepi jalannya itu berkembang pesat. Penjualan dan keuntungannya melonjak tinggi. Dia memesan lebih banyak daging, membeli sebuah lagi dapur yang bagus dan besar serta mendapatkan seseorang untuk membantunya kerana bisnes yang semakin baik. Kemudian, anak lelakinya yang baru menamatkan pengajian di universiti turut membantunya sementara mendapatkan pekerjaan di bandar besar.

Anak lelakinya bertanya kepadanya, “ Ayah, tidakkah ayah sedar bahawa ekonomi meleset akan tiba?”
Ayahnya membalas, “Tidak. Beritahulah ayah mengenainya. “

Si anak berkata, “Situasi antarabangsa sudah teruk. Di dalam negara lagi teruk. Kita perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan masa kegawatan kelak.” Keep Reading →

Penggunting Rambut dan Tuhan

penggunting rambut
Satu hari seperti kebiasaannya, seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya.

Beliau akan memulakan perbualan bersama – sama dengan si pengunting rambut yang melayannya. Mereka berbual mengenai banyak perkara.

Hari itu, mereka tiba – tiba menyentuh mengenai topik ketuhanan. Kata si penggunting rambut, “Cubalah lihat wahai sahabatku! Aku tidak percaya akan kewujudan tuhan seperti mana yang kau katakan.”

“ Mengapakah kau berkata begitu?” tanya si pelanggan.

“Oh, ia sangat mudah! Kau hanya perlu keluar dari sini dan kau akan sedar bahawa Tuhan tidak wujud. Beritahulah aku. Jika Tuhan itu wujud, mungkinkah ada ramai orang yang sakit? Mungkinkah ada kanak – kanak yang terbiar? Jika Tuhan itu wujud, mungkin tidak ada kesengsaraan mahupun keperitan hidup di mana – mana. Aku tidak dapat menerima bahawa Tuhan menginginkan semua ini terjadi.”

Pelanggan itu diam seketika untuk berfikir tetapi tidak membalasnya demi mengelakkan terjadinya pertelingkahan. Apabila si penggunting rambut menyelesaikan tugasnya, maka pelanggan itu pun melangkah keluar dari kedainya. Pelanggan itu ternampak seorang lelaki berambut panjang dan janggut yang tidak terurus di jalanan. Lelaki itu seolah – olah membiarkan janggut dan rambutnya tidak dipotong untuk jangka waktu yang lama hingga ia kelihatan tidak terurus.

Kemudian, pelanggan itu melangkah masuk ke dalam kedai gunting rambut itu semula dan berkata kepada si pengunting rambut. “Kau nak tahu? Tukang gunting rambut tidak wujud.”

“Mengapakah kau katakana bahawa mereka tidak wujud?” tanya si penggunting rambut kehairanan. “Bukankah aku ada di sini dan akulah penggunting rambut?”

“Tidak!” tingkah si pelanggan. “Mereka tidak wujud. Jika mereka ada, mungkin tidak ada seorang manusia pun yang berambut panjang dan berjanggut seperti lelaki di seberang jalan itu.”

“Oh, penggunting rambut memang wujud. Yang terjadi hanyalah orang tersebut tidak datang kepada kami,” jawab si penggunting rambut penuh yakin.

“Tepat sekali.” Pelanggan itu mengiyakan kata – kata si penggunting rambut sambil tersenyum. “Itulah inti patinya. Tuhan memang wujud. Apa – apa yang terjadi adalah kerana manusia tidak pergi kepada-Nya dan langsung tidak mencari –Nya. Keep Reading →