Cerita Rama – rama dan Kepompong

rama - rama
Seorang budak ternampak rama – rama sedang bergelut mahu keluar dari kepompongnya. Dia merasa sangat kasihan kepada rama – rama tersebut. Dia pun menolong dengan membukakan kepompong itu supaya anak rama – rama itu senang keluar.

Disebabkan budak itu, rama – rama tersebut senang sahaja keluar dari kepompongnya. Untuk dijadikan cerita, rama – rama itu pun keluar dan kembangkan sayapnya, kononnya nak berdiri dan terbang.

Beberapa minit kemudian, tiba – tiba rama – rama tu jadi lembik, bukan setakat lembik, tetapi terus mengecut. Kenapa ? Sebab terlalu awal dikeluarkan dari kepompong. Rama – rama itu, belum cukup bersedia untuk keluar kepompongnya disebabkan budak tersebut. Sebenarnya, kesusahan dalam kepompong itu adalah proses ( faktor semulajadi @ sunnahtullah) untuk menjadikan dia lebih kuat.

Bila dia menggeliat nak pecahkan kepompong tu, sendi- sendinya akan jadi lebih kuat. Tiba – tiba dibukakan kepompongnya dengan menyerbunya cahaya matahari dan udara, sedangkan anak kupu – kupu tu belum bersedia. Hasilnya, rama –rama itu semakin lemah lalu mati. Keep Reading →

Kawan Aku Dah Hebat Lah..

sepetang bersama blogger
Salam Sejahtera..

Bila anda lihat kawan anda yang sudah bertahun lamanya, tidak jumpa dan dia sudah sangat maju ke hadapan berbanding anda dalam kehidupan dia terutama dalam kerjaya, pasti anda akan tertanya-tanya dalam minda anda apa yang telah berlaku kepadanya selama ini.

Dulu masa zaman belajar biasa jer bodoh, lembab, pendiam dan sewaktu dengannya.

Nak tahu jawapannya ? Jawapannya mudah saja.

Kawan anda itu telah:

i. Membaca lebih banyak buku.

Biasanya orang yang HEBAT dalam kerjaya mereka terutama PEMIMPIN industri kelas dunia semamangnya suka membaca. Contohnya Bill Gates anda boleh lawati website beliau kat sini www.gatesnotes.com

ii. Berkawan dengan orang hebat

Saya nak bagitahu kepada anda semua sudah ramai anak Malaysia yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang seperti hartanah, takaful dan sebagainya malahan sudah berjaya mencapai status JUTAWAN dalam industri mereka. Oleh itu belajar lah dari mereka yang sudah berjaya secara “bertalaki’ barulah proses kejayaan anda akan menjadi lebih pantas dari biasa.

iii. Menambah ilmu dari kelas dan seminar.

Peruntukan masa berharga anda dan wang anda untuk mengikuti kelas dan seminar demi menambahkan ilmu baru. Selain menimba ilmu baru dan up to date, anda dapat berkenalan dengan rakan – rakan bisnes yang berkualiti dari seluruh pelusuk tanah air.

iv. Berusaha dengan lebih keras.
Berikan sepenuh komitmen anda untuk berjaya. Komitmen dari segi masa dan juga kewangan. Buang penyakit M ( Malas ) dan suka bertangguh. Hubungi saya di www.hisyamden.com untuk memasarkan dan menjenamakan produk anda secara online. huhu

v. Bertindak!

Bertindak.Ini yang penting.Tanpa tindakan mimpi tidak akan menjadi kenyataan bro.huhu

ps: Share kalau bermanfaat untuk anda dan orang lain.

Takut Kena Kritik Apa Nak Buat ?

kena kritik

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ada cerita menarik untuk dikongsikan dengan anda tentang kritikan. Dalam kehidupan seharian sememangnya ada orang yang suka mengkritik kita, kalau kritikan membina mungkin kita boleh terima jika kena caranya tetapi ada orang yang suka memberi kritikan negatif. Malahan ada orang yang memperlekehkan saya, apa lah tulis blog motivasi ni bajet nak jadi pakar motivasi ke ?. Dan sebenarnya terpulang kepada kita untuk buktikan yang kita akan terus berusaha tidak kira apa orang kata ( Ada aku Kisah ) ayat orang muda zaman sekarang. Cerita yang saya ingin kongsikan kali ini adalah cerita Anak dan Ayah Bersama Keldai.

Pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki yang tinggal bersama dengan anaknya. Lelaki itu bekerja sebagai seorang pencari kayu api. Setiap hari dia dan anaknya dengan ditemani oleh seekor keldai akan memasuki hutan bagi mencari kayu api untuk dijual. Anaknya itu pula mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila dia menyuruh melakukan sesuatu perkara, dia akan mencari berbagai alasan untuk menyanggah perintah ayahnya.

Dia malu kepada orang yang selalu mengejeknya sebagai seorang pencari kayu api yang dianggap hina. Disebabkan itu dia kerapkali tidak mahu mengikuti ayahnya apabila diajak bersama mencari kayu. Ayahnya pula sangat dukacita dengan sikap anaknya itu yang suka mendengar kata – kata orang berbanding dirinya sendiri.

Lelaki itupun cuba untuk menyedarkan anaknya. Suatu hari dia seperti biasa mengajak anaknya mencari kayu api. Anak itu dengan berat hati terpaksa juga menuruti kehendak ayahnya. Bersama keldainya mereka lalu berjalan hinggalah sampai ke satu tempat di mana kelihatanlah sekumpulan wanita yang sedang bersembang. Sebaik sahaja tiba di situ salah seorang daripada mereka berkata: “ Apalah bodohnya mereka itu, ada keldai tetapi tidak digunakan untuk tunggangan.” Keep Reading →

Sifat Tamak Biasanya Memakan Diri Sendiri

klinik motivasi emas

Salam Sejahtera..

Ini merupakan post pertama tahun baru masihi 2015. Dan saya mempunyai azam tahun ini untuk menulis lebih kerap di blog klinik motivasi com ini terutama tentang cerita – cerita berkaitan seputar kehidupan dan motivasi kehidupan.Ceritanya bermula pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki yang fasik datang menemui seorang wali Allah. Dia ingin sekali bersahabat dengan wali tersebut. “ Aku ingin sekali bersahabat denganmu dan mengikuti kemana saja kamu pergi” kata lelaki itu. “ Baiklah kalau begitu kehendakmu.” Jawab wali.

Pada suatu hari berjalanlah mereka berdua di tepi sebatang sungai lalu membuka bekalan makanan iaitu tiga potong roti. Wali itu memakan sepotong, lelaki itu sepotong dan bakinya sepotong. Ketika wali itu pergi meminum air di sungai, lelaki itu telah memakan baki roti tersebut. Sekembali semula wali itu mendapati baki roti yang sepotong itu telah tiada. Dia lalu bertanya kepada sahabatnya: “ Siapakah yang telah mengambil sepotong roti tadi?” “ Entah, aku tidak tahu.” Jawab lelaki itu berbohong.

Mereka berdua meneruskan perjalanan. Tiba – tiba mereka melihat seekor rusa dengan dua anaknya. Wali itu lalu memanggil salah seekor dari anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar untuk menjadi makanan mereka. Setelah mereka makan, wali itu dengan izin Allah telah Berjaya menghidupkan semula anak rusa yang telah mati dimakan itu. Wali itu bertanya: “ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, aku bertanya kepadamu siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab sahabatnya: “ Entah, aku tidak tahu.”

Kemudian mereka berdua meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sebatang sungai, lalu wali itu memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya menyeberang dengan berjalan di atas air hinggalah sampai ke seberang. Sebaik sahaja sampai ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi: “ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya ini, siapakah yang telah mengambil sepotong roti itu?” Namun begitu sahabat itu menjawab: “Aku tidak tahu.” Keep Reading →

Kisah Benar Pomen Putus Tunang

spanar

Cerita Pomen Putus Tunang ini penulis dapat dari laman sosial wechat peribadi penulis.

Semoga pembaca Klinik Motivasi Com dapat mengambil teladan dan pengajaran daripada cerita ini. – Hisyam Den

“Kau okay ke ?
Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut.

“ Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.
Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang – kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari.

Fikiran entah kea mana. Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”Aku terkejut.“Biar betul ? Kan dah 3 tahun kau kenal dia ? Takkan senang – senang saja dia tinggalkan kau.”

“ Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“ Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa – biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama. Keep Reading →

Anda Hendaklah Mengecas Bateri Kejayaan Anda

cas bateri motivasi anda klinik motivasi

Salam Sejahtera..
Kali saya akan berkongsikan artikel motivasi yang menarik perhatian saya di dalam sebuah buku motivasi kecemerlangan diri dengan NLP. Penulis yang menggunakan analogi gelombang radio kejayaan untuk menerangkan Law of Attraction dengan mudah.

Sehubungan dengan itu, minda kita dapat diumpamakan seperti bateri yang mempunyai kuasa untuk memberi tenaga. Apabila kita sudah caskan bateri tersebut dengan sepenuhnya, secara automatik bateri tersebut akan memberi tenaga yang dapat menggerakkan sesuatu alat elektronik seperti kereta kawalan jauh yang sering digunakan oleh kanak –kanak, memberikan cahaya seperti lampu yang menyinari malam kita, serta mengaktifkan alatan muzik yang mengeluarkan suara seperti Walkman dan radio.

Kita perlu mengecas motivasi diri kita seperti kita mengecas bateri telefon pintar kita – Hisyam Den

Perjalanan kita menuju kejayaan adalah seumpama mengecas bateri juga. Ianya mempunyai kutub utara dan kutub selatan. Tetapi, kita boleh andaikannya seperti masa depan dan masa sekarang. Apabila kita dapat mengecas bateri secukupnya, akan berlakulah satu daya tarikan yang sempurna.

Apabila berlaku daya tarikan, kesemua sumber yang membantunya ke depan akan muncul dengan menarik seperti kumpulan besi – besi berdekatan dan menuju kearah magnet bateri yang dimaksudkan.Tarikan ini dapat ditafsirkan seperti gelombang radio.

Apa – apa yang kita tetapkan dalam kehidupan samalah seperti menyasarkan gelombang radio yang kita hendak dengar. Contohnya jika hendak dengar Suria FM pasanglah frekuensi tu jangan pasang frekuensi radion lain. Contoh lain, nak jadi doktor pergi ambil bidang undang – undang memang lah tidak dapat jadi doktor. FAHAM!!.

Jadi, sekiranya kita inginkan kejayaan, penyaluran frekuensi kepada frekuensi kejayaan yang tepat adalah diperlukan. Frekuensi kita adalah cara pemikiran kita dalam mencapai kejayaan.