Bagaimana Membina Matlamat yang Jelas ?

matlamat

• Matlamat mesti spesifik dan tepat.
• Matlamat mestilah tinggi dan besar tetapi munasabah untuk dicapai, bukan yang mustahil.
• Berikan tempoh ( masa ).
• Yakin untuk dicapai.
• Lakar atas kertas manila dan tampal pada dinding.
• Taip di atas kertas kerja.
• Baca setiap hari.
• Berkawan dengan golongan yang ada matlamat.
• Sentiasa berdoa.
• Mind – setting mesti betul.

ps: Nota ringkas membina matlamat 🙂

Kadang – kadang anda salah menilai perkara sebab fikiran anda bermasalah..

pasangan muda

Satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian.

“Cuciannya kurang bersih ya bang,” kata si isteri. “Di ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok.”

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa – apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian – pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul –betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya.

“abang, tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian ?”

Sang suami berkata,”Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita.” Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran apabila memandangnya, jika Hati kita bersih, maka bersih pula fikiran kita.

Ini realiti kehidupan seharian kita. Orang kaya dikatakan sombong, padahal kita tak tahu orang kaya itu suka bersedekah. Cuba kaitkan cerita ini dengan kehidupan seharian anda..

ps: Sekarang ini ramai mempunyai masalah ini. Suka berburuk sangka dengan orang lain. Sebab tu saya tulis artikel ini.

Teknik Sebenar Membuang Tabiat Buruk

pilih tabiat kita

Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk. Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir. Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan. Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ. Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan Keep Reading →

The Power Of Hope ( Harapan )

hope
Terdapat empat batang lilin yang sedang menyala. Sedikit demi sedikit keempat – empatnya mencair dan meleleh. Suasana pada malam itu pula begitu sunyi sehingga terdengar perbualan mereka sesama sendiri.
Lilin pertama berkata, “ Aku adalah Damai, tetapi manusia tidak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Maka sedikit demi sedikit, lilin pertama itu terpadam.

Lilin kedua pula berkata, “Akulah Iman. Sayang .. aku tidak berguna lagi kerana manusia tidak mahu mengenaliku. Untuk itu tiada gunanya aku terus menyala.” Sejurus selesai berbicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan perasaan sedih, lilin ketiga pula berkata, “Aku adalah Cinta, namun aku tidak mampu lagi untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Malah mereka sering membenci, bahkan membenci mereka yang bercinta dan membenci keluarganya.”Tanpa menunggu lama, lilin ketiga pula mati.

Tanpa diduga, tiba –tiba seorang kanak –kanak perempuan memasuki kamar tersebut dan melihat ketiga –tiga lilin telah terpadam. Keep Reading →

Salahkah jika seseorang merasa takut miskin ?

Orang yang Takut Miskin
Takut miskin adalah sifat semulajadi manusia. Tidak salah jika kita merasa takut jatuh miskin, lalu kita menyusun pelan tindakan untuk memastika ia tidak terjadi.

Yang salah adalah apabila perasaan takut miskin mendorong diri melakukan perkara yang diharamkan seperti pecah amanah, kedekut keterlaluan , enggan membayar zakat dan sebagainya. Perasaaan ini telah terkeluar daripada had normal kepada had yang diharamkan oleh syariat.

Takut miskin yang berlebihan ini merupakan satu bisikan syaitan. Allah berfirman: “Syaitan menjanjikan kepadamu kefakiran dan menyuruh perbuatan yang keji ( kebakhilan ).” (Surah al-Baqarah: 268)

“Tiada senjata yang lebih ampuh bagi syaitan melainkan perasaan takut miskin. Apabila perasaan ini memasuki hati seseorang, ia akan menahan hak, bercakap mengikut hawa nafsu dan bersangka buruk kepada Tuhan.” – Sufyan al – Thauri

Takut miskin yang melampau akan membuat kita hidup seperti orang fakir mestipun memiliki banyak wang. Setiap kali hendak berbelanja untuk perkara yang diperlukan, ketakutan itu menahan kita untuk mengeluarkan belanja.

“ Orang yang takut fakir, hidup dalam kefakiran. Orang yang takut hina, hidup dalam kehinaan.” -Syeikh Muhammad al – Ghazali

Bertawakallah kepada Allah. Belanjakan apa yang perlu dibelanjakan kerana Allah akan menggantinya. Dan ingatlah, kefakiran yang sebenar adalah apabila iman tidak lagi tersemat di hati. Keep Reading →