Kenapa Perlu Jadi Orang Kaya ?

Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 2 buah buku tentang menjadi orang kaya.

Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert Kiyosaki
Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym

Aa Gym vs Trump Kiyosaki

Kedua-dua buku mempunyai info dan input yang menarik dan melihat kekayaan itu dari sudut yang berbeza.

Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki

Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump & Robert Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang ekonomi dunia pada masa akan datang.

Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang majoriti hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan pertengahan ini akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau golongan miskin. Keep Reading →

Gunakan Sahaja Apa yang Sudah Terbukti Berjaya

rahsia untuk kaya

Kita tidak perlu memikirkan segala-galanya. Issaac Newton pernah berkara, ‘Saya faham lebih sedikit mengenai dunia ini kerana saya berdiri di atas bahu orang yang hebat.’ Tiada salahnya kita berdiri di atas bahu orang lain. – Warren Buffet

Satu daripada kesilapan besar yang sering dilakukan oleh orang muda adalah mereka perlu mempunyai idea yang asli ataupun genius sebelum berjaya. Idea yang hebat ini sebenarnya lebih banyak membawa kecelakaan daripada kejayaan.

Warren mempelajari idea terbaik dalam bisnes dan kehidupan adalah idea yang sudah terbukti, iaitu yang tidak ada kemungkinan boleh gagal. Dari manakah datangnya idea ini ? Ia datang daripada orang dan bisnes lain yang sudah pun menggunakannya dengan berjaya.

Dengan mengkaji bisnes yang berjaya, kita boleh mendapat berpuluh-puluh idea mengenai bagaimana melakukan kerja dengan betul. Sebaliknya, kita juga boleh mempelajari bagaimana tidak melakukan kerja dengan mengkaji bisnes yang gagal.

Kita tidak perlu berdiri di puncak Gunung Everest sebelum melihat sendiri yang gunung itu tinggi, dari jauh kita sudah nampak. Begitu juga kita tidak perlu menjadi genius sebelum dapat mengenal pasti pengurus ataupun bisnes yang diuruskan dengan baik.

Namun begitu, apabila sudah nampak, berikan perhatian dan belajar daripada orang yang hebat ini. Keadaan ini membawa kejayaan kepada Warren dan pastinya dapat membawa kejayaan kepada kita.

Jangan Takut Mulakan Perniagaan

jangan takut mulakan perniagaan

Tidak dinafikan, ramai yang ingin wang tambahan dalam gaya hidup yang menekankan hari ini. Antara cara menjana pendapatan tambahan ialah memulakan perniagaan sambilan. Namun, ia tidak semudah yang disangka bagi mereka yang belum menjalankan perniagaan.

Sememangnya sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan. Tetapi masalahnya, sembilan daripada 10 perniagaan gagal. Kebanyakannya gagal pada tahun pertama saja. Hendak memulakan perniagaan memang mudah tetapi susahnya menjalankan perniagaan yang berjaya.

Ketika menjalankan seminar dan kursus perniagaan serata Malaysia, soalan yang sering ditanya, apakah perniagaan yang terbaik? Jawapan saya, “Apakah minat anda?”

Dalam memulakan perniagaan, sebaiknya ia mengikut minat, kebolehan atau kepakaran yang ada pada diri sendiri. Kebanyakan perniagaan yang gagal kerana menjalankan perniagaan yang tidak diminati. Selalu saya dengar usahawan mengadu selepas gagal berniaga baru sebulan dua kerana memulakan perniagaan sebab “ikut kawan”, “perlukan wang sangat” atau “saja nak cuba”.

Keep Reading →

Rasa ‘Apple’ Steve Jobs

steve jobs

Mungkin rakan semua sudah membaca buku yang menerangkan mengenai rahsia kejayaan Steve Jobs. Antara rahsia-rahsia yang disebut-sebut itu, nampaknya pada dasarnya tidak jauh daripada kunci kejayaan individu-individu lain yang pernah menempa nama dalam sejarah. Begitu juga dengan mereka yang sudah tersenarai nama di dalam bilionaire.

Suka saya kongsikan prinsip-prinsip hidup beliau :

1. Buatlah Apa Yang Anda Suka. Seseorang tidak dapat menghasilkan sesuatu melainkan orang itu menginspirasikan dirinya sendiri, Katanya, “People with passion can change the world for the better”. Bahkan katanya, “Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di bawah impian seseorang”. Justeru jika anda masih belum menemui apa yang anda suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri”.

2. Berikan Impak Kepada Dunia. Ini berhubungan dengan seseorang yang mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan inovasi. Inilah yang menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad. Keep Reading →

Buat Universiti Sendiri

tan_sri_dr_limkokwing

Satu-satunya universiti yang guna nama orang kat dunia, universiti apa ? Senam minda sikit. Ya betul, Universiti Limkokwing, dibangunkan oleh Tan Sri Lim Kok Wing, sebijik nama dia kan ? Orang boleh buat universiti guna nama dia sendiri, apa ke halnya orang nak sibuk kita pilih universiti apa dan di mana untuk belajar.

Bahkan, universiti ni adalah universiti yang pertama di dunia dan kekal unggul, ditubuhkan oleh seorang bernama Lim. Sekarang ada cawangan di Hong Kong, Bali, Borneo, Botswana, Kemboja, China, Lesotho,  bahkan di United Kingdom, student dia ada dari serata dunia, teras penubuhannya adalah inovasi dan kreativiti, yang sekarang ni menjadi teras kemajuan Malaysia iaitu inovasi dan kreativiti Keep Reading →

Cara Untuk Membina Kekayaan

usahawan

Salam Sejahtera…

Bak kata orang, kalau kita mahu menjadi kaya, kita kena buat apa yang orang kaya buat kerana beza antara orang kaya dan orang miskin ialah tahu dan tidak tahu. Itu sahaja. Baiklah, jom ikuti tip-tip membina kekayaan.Terdapat 6 cara untuk anda membina kekayaan iaitu:

 
1. KAYA KETURUNAN

 

Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth.

 

Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

 
2. MENJADI USAHAWAN ATAU AHLI PERNIAGAAN

 
Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan. Keep Reading →

Takut Menjadi Kaya

Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom ‘tak mahu  kaya’? Ok, apa maksud saya?

Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo”  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”.  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan sering mengejek ‘anak orang-orang kaya’.  “Eleh, tengok anak orang kaya tu… macam bagus!” . Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.

Sumber: www.irfankhairi.com