Kenapa Perlu Jadi Orang Kaya ?

Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 2 buah buku tentang menjadi orang kaya.

Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert Kiyosaki
Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym

Aa Gym vs Trump Kiyosaki

Kedua-dua buku mempunyai info dan input yang menarik dan melihat kekayaan itu dari sudut yang berbeza.

Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki

Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump & Robert Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang ekonomi dunia pada masa akan datang.

Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang majoriti hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan pertengahan ini akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau golongan miskin.

miskin kaya

Perkara ini boleh terjadi disebabkan pelbagai masalah yang dialami dunia pada hari ini seperti, hutang negara yang meningkat, kejatuhan nilai dolar, mentaliti subsidi, harga minyak yang semakin meningkat dan pelbagai lagi masalah dunia dan ekonomi negara.

Disebabkan masalah-masalah itu, maka, Donald Trump & Robert Kiyosaki mahu kita semua berusaha semampu mungkin untuk menjadi orang kaya agar dapat melindungi diri masing-masing dari malapetaka ekonomi di masa hadapan.

Kandungan di dalam buku ini, lebih banyak menceritakan tentang panduan bagaimana menjadi kaya dengan menjalankan perniagaan serta pelaburan.

Pandangan Aa Gym

Manakala, Aa Gym menerusi bukunya ”Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya” melihat kekayaan itu bukanlah hanya sekadar “kaya harta”, tetapi apa yang lebih penting, adalah kaya dari segi ilmu, pemikiran, kreativiti, ibadah dan juga hati.

Kakayaan dari segi harta pula hanyalah sebuah “bonus” yang dianugerahkan Allah kepada hambanya.

  • Kaya tanpa ilmu = mudah ditipu
  • Kaya tanpa idea/kretiviti =sukar berkembang
  • Kaya tanpa agama = harta jadi fitnah dunia
  • Kaya tanpa iman = mengundang musibah

Tujuan utama seseorang itu perlu menjadi kaya pula adalah untuk memenuhi tujuan syariat, iaitu untuk..

  • menjaga harga diri agar tidak meminta-minta (mengemis)
  • menunaikan tanggungjawab mencari nafkah kepada diri & keluarga
  • menghidupkan semangat jihad harta (menggunakan harta ke jalan Allah)

Aa Gym mengajak kita menjadi kaya adalah untuk mencari redha Allah dan sekaligus mengoptimunkan diri (menjadi sehabis baik) sebagai khalifah di muka bumi ini.

konsep kaya menurut islam

Selepas itu, kandungan buku ini banyak menceritakan tentang bagaimana amalan-amalan ibadah serta pembentukkan karektar/hati yang baik itu dapat menjadikan seseorang itu seseorang yang kaya

Itulah antara intipati-intipati yang saya perolehi dari kedua-dua buku ini. Perspektif kedua-dua buku ini “mengupas dan melihat kekayaan”, boleh saya katakan sangat berbeza.

Persoalannya kini… apakah pula pendapat / pandngan anda? Apakah sebab anda mesti menjadi kaya?

Sumber: mohdsuhaimy.com