Gunakan Sahaja Apa yang Sudah Terbukti Berjaya

rahsia untuk kaya

Kita tidak perlu memikirkan segala-galanya. Issaac Newton pernah berkara, ‘Saya faham lebih sedikit mengenai dunia ini kerana saya berdiri di atas bahu orang yang hebat.’ Tiada salahnya kita berdiri di atas bahu orang lain. – Warren Buffet

Satu daripada kesilapan besar yang sering dilakukan oleh orang muda adalah mereka perlu mempunyai idea yang asli ataupun genius sebelum berjaya. Idea yang hebat ini sebenarnya lebih banyak membawa kecelakaan daripada kejayaan.

Warren mempelajari idea terbaik dalam bisnes dan kehidupan adalah idea yang sudah terbukti, iaitu yang tidak ada kemungkinan boleh gagal. Dari manakah datangnya idea ini ? Ia datang daripada orang dan bisnes lain yang sudah pun menggunakannya dengan berjaya.

Dengan mengkaji bisnes yang berjaya, kita boleh mendapat berpuluh-puluh idea mengenai bagaimana melakukan kerja dengan betul. Sebaliknya, kita juga boleh mempelajari bagaimana tidak melakukan kerja dengan mengkaji bisnes yang gagal.

Kita tidak perlu berdiri di puncak Gunung Everest sebelum melihat sendiri yang gunung itu tinggi, dari jauh kita sudah nampak. Begitu juga kita tidak perlu menjadi genius sebelum dapat mengenal pasti pengurus ataupun bisnes yang diuruskan dengan baik.

Namun begitu, apabila sudah nampak, berikan perhatian dan belajar daripada orang yang hebat ini. Keadaan ini membawa kejayaan kepada Warren dan pastinya dapat membawa kejayaan kepada kita.