Cara Berfikir Orang Genius

Genius

Walaupun tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius,kamu tetap dapat menggunakan strategi yang sama seperti yang pernah digunakan oleh orang-orang genius yang lain.Berikut adalah tujuh strategi berfikir orang genius :

1. Melihat Persoalan Dalam Pelbagai Sudut
Mereka memiliki sudut pandang yang berbeza dan selalu mencari perspektif baru yang belum pernah dipakai oleh orang lain! Leonardo da Vinci percaya bahwa untuk menambah pengetahuan untuk memecahkan suatu masalah, mesti dimulakan dengan mencuba menyusun semula masalah tersebut dengan pelbagai cara yang berbeza.

2. Buat Fikiran Tergambar Jelas 
Dahulunya Albert Einstein dianggap sebagai seorang yang bodoh.Ternyata anggapan itu meleset.Apa yang boleh dipelajari dari cara Einstein berfikir ialah ketika dia memikirkan suatu masalah, dia selalu merumuskan persoalannya dalam berbagai cara yang berbeza-beza dengan menggunakan diagram-diagram.Dia membayangkan jawapan-jawapan dan memberitahu bahawa kata-kata dan angka-angka tidak memainkan peranan penting dalam proses berfikirnya.

3. Produktif 
Thomas Alva Edison memegang 1.093 hak paten. Mozart menghasilkan lebih dari 600 lagu.Ilmuan-ilmuan yang dihormati tidak hanya mencipta banyak karya-karya terkenal, tapi banyak juga yang gagal. Mereka tidak takut gagal, atau membuat kesalahan besar untuk meraih hasil yang hebat.

4. Membuat Pelbagai Kombinasi Baru
Menggabungkan idea-idea,bayangan,dan fikiran ke dalam sesuatu yang berbeza,tidak peduli apakah hasilnya.Contohnya Grego Mendel dari Austria.Mempelopori ilmu genetik modern yang menggabungkan metematik dan biologi sehingga tercipta ilmu pengetahuan baru.

5. Berfikir Secara Bertentangan
Ahli fizik David Bohm percaya bahawa orang genius memiliki kemampuan berfikir yang berbeza.Dengan pertentangan tersebut, orang genius mampu membayangkan secara bersamaan mengenai suatu partikel dan suatu gelombang yang berbeza, dan menjadikannya saling melengkapi. Dengan cara ini, mereka mampu menciptakan sesuatu yang baru.

6. Berfikir Secara Metafora
Aristoteles menganggap metafora sebagai tanda orang genius.Dia percaya bahawa individu yang memiliki kapasiti untuk menerima persamaan antara dua perkara yang berbeda dan mampu menghubungkannya adalah individu yang punya bakat istimewa.

7. Sentiasa Bersedia
Bila mana kita cuba sesuatu dan gagal, kita biasanya akan beralih pada hal yang lain. Hal ini adalah prinsip pertama dari kekreatifan. Namun kegagalan dapat menjadi produktif hanya jika kita tidak terfokus pada kegagalan tersebut.Karena itu, jangan bertanya, “Mengapa saya gagal?” melainkan tanyalah, “Apa yang telah saya lakukan?”