
Walaupun tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius,kamu tetap dapat menggunakan strategi yang sama seperti yang pernah digunakan oleh orang-orang genius yang lain.Berikut adalah tujuh strategi berfikir orang genius :
1. Melihat Persoalan Dalam Pelbagai Sudut
Mereka memiliki sudut pandang yang berbeza dan selalu mencari perspektif baru yang belum pernah dipakai oleh orang lain! Leonardo da Vinci percaya bahwa untuk menambah pengetahuan untuk memecahkan suatu masalah, mesti dimulakan dengan mencuba menyusun semula masalah tersebut dengan pelbagai cara yang berbeza.
2. Buat Fikiran Tergambar Jelas
Dahulunya Albert Einstein dianggap sebagai seorang yang bodoh.Ternyata anggapan itu meleset.Apa yang boleh dipelajari dari cara Einstein berfikir ialah ketika dia memikirkan suatu masalah, dia selalu merumuskan persoalannya dalam berbagai cara yang berbeza-beza dengan menggunakan diagram-diagram.Dia membayangkan jawapan-jawapan dan memberitahu bahawa kata-kata dan angka-angka tidak memainkan peranan penting dalam proses berfikirnya.
3. Produktif
Thomas Alva Edison memegang 1.093 hak paten. Mozart menghasilkan lebih dari 600 lagu.Ilmuan-ilmuan yang dihormati tidak hanya mencipta banyak karya-karya terkenal, tapi banyak juga yang gagal. Mereka tidak takut gagal, atau membuat kesalahan besar untuk meraih hasil yang hebat. Keep Reading →