Malu Tanda Ada Iman

Salam Sejahtera…

Ada orang yang jenis pemalu secara semula jadi sejak dilahirkan. Ada orang yang mudah malu kepada Allah, malu sesama manusia, malu kepada diri sendiri. Orang sedemikian merupakan orang yang ada tanda iman di hatinya.

Tidak hairanlah ramai orang yang ada perasaan malu lebih taat beragama dan lebih berakhlak dengan manusia. Walaupun bagaimanapun, kadangkala ada orang yang tidak malu dalam hidup. Mereka bercakap menggunakan bahasa yang kotor.

Ada juga yang mendakwa, “ walaupun cakap teruk, tetapi hati baik.. “ Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan sebenarnya orang begini datang dari kekasaran perangai dan ia dilarang dalam agama.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Perihal Status Dara dan Keyakinan Diri

Masyarakat generasi lama menganggap kesucian seseorang perempuan terletak pada cebisan tisu di pintu faraj yang dipanggil selaput dara. Jika tiada selaput dara maka perempuan itu tidak suci lagi walaupun perempuan itu tidak pernah melakukan persetubuhan. Bagaimana pula jika perempuan itu teraniaya atau tersalah langkah, maka tiada peluang lagi untuk dia berumah tangga !

Jadi dalam isu dara ini, mustahak untuk wanita menjaga kehormatan diri dan tidak terjebak dengan perkara yang boleh mencemarkan nama baiknya.

Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, peluang masih ada untuk wanita itu balik ke pangkal jalan. Kini genarasi muda tidak lagi menaruh status dara sebagai perkara mutlak untuk memilih pasangan hidup.

 

Percayalah, pasangan kelamin akan berasa kurang intim tanpa hubungan persetubuhan dan lama-kelamaan hubungan suami isteri menjadi hambar.

Isteri yang mengalami masalah ini akan cuba memberi layanan kepada suami dan akan turut kehendak suami untuk seketika kerana hendakkan kehamilan. Selepas berjaya hamil dan melahirkan anak, dia akan kembali kepada perasaan asalnya tentang hubungan seksual dan berharap suaminya akan kekal dengannya kerana anak! Selagi masalah yang terpendam ini tidak dapat penyelesaian, rumah tangganya akan mengalami risiko perceraian apabila suaminya tidak dapat menerima keadaan tersebut!

Onani atau melancap dalam bahasa Arab disebut ‘istimna’. Ia bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian, bukan dengan jalan yang  dibenarkan oleh syarak. Ia juga merupakan satu istilah untuk mengatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

Hukum onani adalah haram secara mutlak. Ia merupakan pandangan mazhab Maliki dan mazhab Syafii iaitu berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7 yang bermaksud:

“ Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki (hamba), maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang lain itu ( berzina) maka mereka ialah orang-orang yang melampaui batas.”

Mazhab Hambali berpandangan –haram melakukan onani melainkan jika takut diri melakukan zina atau memudaratkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin. Mereka berhujah, mani adalah lebihan daripada tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Manakala menurut pandangan mazhab Hanafi pula- haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan. Mereka berkata, “Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina”. Ini adalah menurut kaedah yang diambil daripada Qawaid Fiqhiyyah dengan dikatakan bahawa, ‘ Yang lebih ringan daripada dua madarat’. Mereka berkata lagi, “Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat sedangkan tidak ada di sisinya isteri atau hamba.”

ps: Saya lupa tajuk buku yang saya petik 🙂

Tidur Sebentar Untuk Lebih Bertenaga

Salam Sejahtera…

Dewasa ini, berpandukan kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang, terutamanya pada waktu tengah hari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Kajian tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa 92.5 % pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.

Waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Dr James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengah hari sekadar 15 hingga 20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Sekian sahaja untuk kali…

Siapakah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh

Salam Sejatera…

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita Keep Reading →

12 Kekayaan Menurut Napoleon Hill

Salam Sejahtera…

Napoleon Hill, seorang penulis ternama mengenai pembangunan diri menyenaraikan 12 kekayaan yang akan menjamin kebahagian dan kesumpurnaan hidup manusia. Kekayaan itu ialah:
1. Sikap mental yang positif.
2. Sihat tubuh badan.
3. Hubungan sesama manusia yang harmoni.
4. Bebas dari rasa takut.
5. Harapan untuk memperolehi kekayaan.
6. Keupayaan iman.
7. Kesediaan untuk berkongsi kekayaan yang diperolehi.
8. Cinta bekerja.
9. Fikiran terbuka pada semua perkara.
10. Disiplin diri.
11. Keupayaan memahami orang lain.
12. Keselamatan ekonomi.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Panduan Memilih Bakal Isteri (Sambungan)

Salam Sejahtera…

Seperti yang telah dijanjikan, kali ini ialah sambungan daripada post yang lepas iaitu Panduan Memilih Bakal Isteri. Artikel ini dipetik dan diubahsuai daripada kitab Ihya’ Ulumuddin. Semoga ia dapat memberi input yang berguna kepada pembaca blog ini.

Kelima: Subur ( tidak mandul )

Hendaklah mencari wanita yang dapat melahirkan anak yang ramai. Oleh itu sekiranya seseorang lelaki itu mengetahui bahawa calon isterinya adalah seorang yang mandul, sebaiknya batalkan sahaja niat untuk mengahwininya.

Keenam: Gadis

Hendaklah wanita itu anak dara bukan janda. Dalam perkara ini Rasullah pernah bersabda kepada sahabatnya Jabir r.a. kerana ia mengahwini seorang wanita janda:

“Alangkah baiknya kalau isterimu itu seorang anak dara yang engkau dapat bermain-main dengannya dan ia dapat bermain-main denganmu.”

(Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)

Ketujuh: Keturunan yang baik.

Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik dan ini bermakna wanita itu berasal dari ayah dan ibu yang baik atau hidup dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya serta selalu melakukan kebaikan, sebab  wanita yang sedemikian akan dapat mendidik serta mengasuh anak-anaknya dengan adab sopan yang terpuji.

Kita tentu maklum bahawa apabila wanita itu kurang baik didikannya, tentunya tidak dapat mendidik dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Pendidikan serta ajaran yang diberikan pada anak-anaknya mungkin didikan dan ajaran yang tidak baik juga.

Kelapan: Bukan dari keluarga yang terdekat.

Hendaklah wanita itu bukan dari keluarga yang terdekat, sebab perkara itu mungkin dapat mengurangkan syahwat.

Sekian sahaja untuk kali ini…