10 Tips Menjadi Suami Soleh

Pada post kali ini, saya petik dari laman web kursus perkahwinan dot com. Hal ini kerana ramai pelawat blog Klinik Motivasi Com masuk ke sini dengan ‘keyword’ suami yang soleh dan sewaktu dengannya.

Berikut adalah tips-tips tersebut. Cuba amalkan sedikti-demi-sedikit ke dalam kehidupan seharian anda. Tidak perlu lakukan perubahan terlalu drastik :

  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin.
  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
  • Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Keep Reading →

Hantaran Kahwin Semakin Tinggi ?

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.

Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program ‘short sem’ di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.

Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Keep Reading →

Cari Sahabat Sebagai Cermin

Salam Sejahtera…

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang buku Nak Ke tak Nak tulisan Dr Tuah dimana saya tertarik tentang salah satu tajuk dalam buku tersebut yang menceritakan berkaitan tentang pentingnya seorang sahabat.

Hal ini penting kerana, seorang sahabat merupakan cermin hidup kepada kita. Sehubungan dengan itu, dia dapat memberi nasihat kepada kita, jika kita tidak dapat melihat sifat negatif dalam diri seperti sifat panas baran, suka mengumpat, tindakan-tindakan bodoh, dan sebagainya.

Oleh itu, carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat belumlah banyak , jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.

Sekian sahaja untuk kali ini…