Cari Sahabat Sebagai Cermin

Salam Sejahtera…

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang buku Nak Ke tak Nak tulisan Dr Tuah dimana saya tertarik tentang salah satu tajuk dalam buku tersebut yang menceritakan berkaitan tentang pentingnya seorang sahabat.

Hal ini penting kerana, seorang sahabat merupakan cermin hidup kepada kita. Sehubungan dengan itu, dia dapat memberi nasihat kepada kita, jika kita tidak dapat melihat sifat negatif dalam diri seperti sifat panas baran, suka mengumpat, tindakan-tindakan bodoh, dan sebagainya.

Oleh itu, carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat belumlah banyak , jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.

Sekian sahaja untuk kali ini…