Salahkah jika seseorang merasa takut miskin ?

Orang yang Takut Miskin
Takut miskin adalah sifat semulajadi manusia. Tidak salah jika kita merasa takut jatuh miskin, lalu kita menyusun pelan tindakan untuk memastika ia tidak terjadi.

Yang salah adalah apabila perasaan takut miskin mendorong diri melakukan perkara yang diharamkan seperti pecah amanah, kedekut keterlaluan , enggan membayar zakat dan sebagainya. Perasaaan ini telah terkeluar daripada had normal kepada had yang diharamkan oleh syariat.

Takut miskin yang berlebihan ini merupakan satu bisikan syaitan. Allah berfirman: “Syaitan menjanjikan kepadamu kefakiran dan menyuruh perbuatan yang keji ( kebakhilan ).” (Surah al-Baqarah: 268)

“Tiada senjata yang lebih ampuh bagi syaitan melainkan perasaan takut miskin. Apabila perasaan ini memasuki hati seseorang, ia akan menahan hak, bercakap mengikut hawa nafsu dan bersangka buruk kepada Tuhan.” – Sufyan al – Thauri

Takut miskin yang melampau akan membuat kita hidup seperti orang fakir mestipun memiliki banyak wang. Setiap kali hendak berbelanja untuk perkara yang diperlukan, ketakutan itu menahan kita untuk mengeluarkan belanja.

“ Orang yang takut fakir, hidup dalam kefakiran. Orang yang takut hina, hidup dalam kehinaan.” -Syeikh Muhammad al – Ghazali

Bertawakallah kepada Allah. Belanjakan apa yang perlu dibelanjakan kerana Allah akan menggantinya. Dan ingatlah, kefakiran yang sebenar adalah apabila iman tidak lagi tersemat di hati. Keep Reading →