Kita sedang berada dalam zaman baru perniagaan online. Keusahawan online sedang merebak di seluruh dunia tetapi bukan semua orang sesuai untuk terlibat dalam perniagaan online. Perkara yang menarik tentang perniagaan online ialah ia mampu menjana 60 peratus hingga 70 peratus keuntungan bersih. Sekiranya anda memang merancang hendak membina perniagaan online anda perlu mendengar nasihat daripada mereka yang berpengalaman.
Di Malaysia perniagaan online tercetus apabila terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya. Irfan Khairi telah menulis buku pertamanya Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang merupakan buku bahasa Melayu pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet. Keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia mula membuka mata. Keep Reading →