Study Hard dan Study Smart Barulah Genius !

Faizal Amir

Pelajar yang study hard tidak semestinya pelajar yang cemerlang. Kaedah yang sebenarnya diperlukan oleh student ialah study hard dan study smart. Ramai student yang beranggapan bahawa study smart tidak perlu banyak berusaha.

Anggapan ini sebenarnya salah.Biasanya study smart akan datang setelah anda study hard.Cumanya study smart adalah kaedah belajar yang paling berkesan dan caranya adalah berbeza antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Pelajar akan menjumpai kaedah study smart yang sesuai setelah mengamalkan kaedah study hard. Anda boleh menggunakan contoh analogi menggerakkan seketul batu yang besar bagi menggambarkan perbezaan antara study hard dengan study smart.

Setakat mana anda berjaya menggerakan batu tersebut menggambarkan sejauh mana bekerkesanan kaedah pembelajaran yang dilakukan. Study hard ialah seperti berusaha bersungguh – sungguh menggerakkan batu tersebut dengan pelbagai cara.

Namum, cara tersebut mungkin tidak berjaya langsung menggerakkan batu atau berjaya menggerakkan sedikit sahaja batu tersebut. Study smart pula ialah seperti menggunakan kaedah yang lebih berkesan untuk menggerakkan batu tersebut seperti menggunakan tuas.

Study smart bukanlah bermaksud mengurangkan usaha, tetapi mencari kaedah yang paling berkesan untuk belajar dan menggandakan usaha bagi meningkatkan tahap kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Oleh sebab itu, berusaha lah untuk study hard dan study smart.

Saya mengenali seorang kawan baru dalam sebuah bengkel baru – baru ni, beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pendidikan dan jika berminat untuk menjemput beliau ke sekolah atau universiti boleh layari blog beliau di Faizal Amir.

ps: Beliau juga merupakan ore kelate seperti saya 🙂

37 Petua Pelajar Cemerlang dari Fadzilah Kamsah

seronok belajar
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
• kita ingat 10% apa yang dibaca.
• kita ingat 20% apa yang didengar.
• kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat.
• kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
• kita ingat 90% setelah dipraktikkan.
3. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
6. Belajar dalam persekitaran kondusif. pastikan cahaya adalah terang, kurangkan gangguan bunyi, tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar, tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran, kerusi dan meja menghadap kiblat, jangan lupa untuk senyum.
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. Keep Reading →

Kemahiran Membaca Nur Amalina

Salam Sejahtera…

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Amalina ?  Nur Amalina adalah Tokoh Nilam Kebangsaan 2004 yang di menangi setelah menewaskan 70 peserta di dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.

Beliau berbekalan kejayaan membaca 547 buah buku (455 buah buku berbahasa Melayu dan 92 buah buku berbahasa Inggeris ) dalam masa lima tahun, dari Tingkatan 1 hingga  Tingkatan 5 ( purata dua buah buku seminggu ).

Tidak hairanlah Nur Amalina mendapat jolokan ‘ulat buku’ di kalangan rakan-rakannya. Menurut ibunya, beliau membelikan Nur Amalina banyak buku cerita sejak kecil. Sehingga kini buku-buku itu menjadi koleksi peribadi Nur Amalina dan disimpan dengan kemas di dalam dua buah almari.

Nur Amalina sentiasa membaca buku tanpa mengira tempat dan masa. “ Setiap kali membaca, pengetahuan saya akan bertambah dalam banyak perkara. Tetapi saya merasakan semakin banyak yang saya tidak tahu. Sebab itu saya terus membaca dan membaca,” ujar beliau.

(Diubahsuai daripada buku Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina)

Apa itu Kejayaan Akademik

Salam Sejahtera..

Kejayaan Akademik ialah kejayaan yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorang
pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar tersebut berada di sekolah Menengah
kejayaan diukur berdasar keputusan peperiksaan penggal ataupun keputusan PMR, SPM
dan juga STPM.

Manakala bagi pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi
pula kecemerlangan akademiknya diukur berdasarkan kepada kuputusan Grade Point
Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average ( CGPA ).

Peperiksaan merupakan alat pengukur untuk membuktikan sejauh manakah persediaan
yang telah dilakukan oleh setiap pelajar sebelum peperiksaan tersebut diadakan.
Persiapan yang rapi dan mantap sudah pasti memberikan hasil yang memuaskan.

Oleh yang demikian, setiap pelajar haruslah berusaha dengan sebaik mungkin untuk
melaksanakan persiapan untuk sesuatu peperiksaan.

Sekiranya pelajar berusaha dengan penuh komitmen nescaya kecemerlangan akademik akan menjadi milik anda semua.

Nak berjaya hanya STUDI sahaja..

S: SYUKUR, SOLAT, SABAR, SALAWAT, SADAQAH, SUCIHATI, SILATURAHIM.

T: TAUBAT (rezeki sempit kalau banyak dosa), TAWAKKAL, TEKUN, TERSENDIRI (jadi diri sendiri), TENANG (hanya dengan berzikir jiwa akan tenang)

U: UBAH (CHANGE BAD to GOOD to BETTER to BEST), USAHA, ULANGKAJI (homeworks, knowledge), UKUR DIRI (muhasabah)

D: Dedikasi, Determinasi, Disiplin, Doa

I: Ingat Allah, Ingat Rasul, Ingat Ibubapa, Ingat Masa Depan (Ingat Mati), ISTIQOMAH, IMPLEMENTASI (ACTION, DO)