Saya amat yakin, anda semua sudah mengetahui pelbagai strategi, konsep dan langkah yang boleh membantu anda ke arah kehidupan yang lebih selesa dan menyenangkan (financial freedom). Malahan, saya amat yakin anda tentu amat teruja melihat bagaimana orang biasa berjaya mencipta kekayaan melimpah ruah dan bagaimana kita juga mampu melakukannya. Mungkin anda pernah melihat kenalan anda sendiri memacu kereta idaman disamping mesra berbual bersama isterinya yang tersayang.
Persoalannya sekarang , bagaimanakah anda mahu kecapinya ? Bagaimana anda ingin kelihatan hebat dan orang sekeliling anda teruja melihat kekayaan dan kebahagiaan yang anda kecapi . Bak kata orang, amat sempurna! Jadi, anda perlu merancang laluan jutawan kita. Anda perlu bertanya pada diri ,”Kehidupan bagaimanakan yang saya mahukan ? “Bagaimanakah kehidupan dalam masa 1, 3, 5, 10 ataupun 20 tahun akan datang?
Dalam konteks ini , saya berikan satu contoh berkenaan kuasa penetapan matlamat hidup . Pada tahun 1952 , satu kajian berkenaan kesan penetapan matlamat dibuat sekumpulan pelajar Universiti Yale yang bakal menamatkan pengajian mereka. Apabila ditanya berapa peratuskah diantara mereka menetapkan dan mencatat matlamat hidup mereka, hanya 3 peratus sahaja mengatakan mereka mempunyai matlamat . 97% pelajar lain , walaupun pandai dan pintar , tidak mempunyai pelan yang spesifik ataupun rancangan bagi 5 hingga 10 tahun selepas menamatkan pengajian.
Sehubungan dengan itu, 25 tahun kemudian , pada tahun 1972 , kajian susulan dilakukan bagi mendapatkan keadaan terkini pelajar-pelajar tersebut . Jumlah pendapatan 300 pelajar yang mempunyai pelan spesifik dan matlamat yang jelas itu lebih daripada jumlah pendapatan baki 97% pelajar lain . Adakah ini berlaku secara kebetulan ataupun ini satu pembuktian bahawa matlamat yang jelas dan spesifik memainkan peranan hebat dalam memastikan kejayaan kewangan dan peribadi seseorang ? Keep Reading →