Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika Keep Reading →

Panduan Memilih Bakal Isteri (Sambungan)

Salam Sejahtera…

Seperti yang telah dijanjikan, kali ini ialah sambungan daripada post yang lepas iaitu Panduan Memilih Bakal Isteri. Artikel ini dipetik dan diubahsuai daripada kitab Ihya’ Ulumuddin. Semoga ia dapat memberi input yang berguna kepada pembaca blog ini.

Kelima: Subur ( tidak mandul )

Hendaklah mencari wanita yang dapat melahirkan anak yang ramai. Oleh itu sekiranya seseorang lelaki itu mengetahui bahawa calon isterinya adalah seorang yang mandul, sebaiknya batalkan sahaja niat untuk mengahwininya.

Keenam: Gadis

Hendaklah wanita itu anak dara bukan janda. Dalam perkara ini Rasullah pernah bersabda kepada sahabatnya Jabir r.a. kerana ia mengahwini seorang wanita janda:

“Alangkah baiknya kalau isterimu itu seorang anak dara yang engkau dapat bermain-main dengannya dan ia dapat bermain-main denganmu.”

(Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)

Ketujuh: Keturunan yang baik.

Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik dan ini bermakna wanita itu berasal dari ayah dan ibu yang baik atau hidup dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya serta selalu melakukan kebaikan, sebab  wanita yang sedemikian akan dapat mendidik serta mengasuh anak-anaknya dengan adab sopan yang terpuji.

Kita tentu maklum bahawa apabila wanita itu kurang baik didikannya, tentunya tidak dapat mendidik dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Pendidikan serta ajaran yang diberikan pada anak-anaknya mungkin didikan dan ajaran yang tidak baik juga.

Kelapan: Bukan dari keluarga yang terdekat.

Hendaklah wanita itu bukan dari keluarga yang terdekat, sebab perkara itu mungkin dapat mengurangkan syahwat.

Sekian sahaja untuk kali ini…