5 Cara dan Gaya Berfikir

5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai apa yang kita citakan.

1 . Berfikir Besar.

Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.

2 . Berfikir Progresif.

Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.

Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.

Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.

Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

Kredit: Isu Hangat

Graduan Menganggur.. Salah Siapa ?

Berdasarkan keadaan semasa, kita tidak mahu para graduan dan para pelajar kita, bukan saja lulus dalam paper qualification apabila tamat pengajian mereka, tetapi mereka juga lulus dalam aspek pembangunan diri : memiliki kemahiran tertentu (specialized knowledge), kepintaran emosi, kepintaran sosial, kepintaran kemanusiaan dengan cemerlang dan berkesan.

 

Kita tidak mahu…… lagi setelah tiga atau lima tahun bertungkus-lumus mendapatkan segulung ijazah, mereka hanya lulus peperiksaan, tetapi gagal dalam aspek lain.

 

Itulah yang berlaku ke atas para graduan kita ketika ini. Masih ada lagi graduan yg menganggur, masih mencari kerja, tiada arah tujuan dan masih bergantung kepada saraan ibu bapa.

Bagaimana menangani fenomena ini?

Sumber: Datuk Dr Maznah Hamid

Malu Tanda Ada Iman

Salam Sejahtera…

Ada orang yang jenis pemalu secara semula jadi sejak dilahirkan. Ada orang yang mudah malu kepada Allah, malu sesama manusia, malu kepada diri sendiri. Orang sedemikian merupakan orang yang ada tanda iman di hatinya.

Tidak hairanlah ramai orang yang ada perasaan malu lebih taat beragama dan lebih berakhlak dengan manusia. Walaupun bagaimanapun, kadangkala ada orang yang tidak malu dalam hidup. Mereka bercakap menggunakan bahasa yang kotor.

Ada juga yang mendakwa, “ walaupun cakap teruk, tetapi hati baik.. “ Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan sebenarnya orang begini datang dari kekasaran perangai dan ia dilarang dalam agama.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Berfikir Secara Kreatif

Salam sejahtera kepada saudara yang sudi melawat blog klinik motivasi dot com. Kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara pembaca tentang berfikir secara kreatif. Apa kepentingan berfikir secara kreatif ? Sebenarnya terdapat banyak kepentingan berfikir secara kreatif terutama kepada seorang usahawan.

Berfikir dengan kreatif bermaksud berfikir dengan menggunakan gaya kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran ini juga menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu.

Apabila kita berfikir dengan menggunakan gaya kreatif, matlamat berfikir ialah untuk menerbitkan pelbagai persepsi, konsep, idea , cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan dan hasil perundingan.

Bagi setiap perkara yang kita lihat, ada bermacam- macam cara lain untuk melihatnya. Bagi setiap cara untuk melakukan sesuatu, ada bermacam-macam cara lain untuk melakukannya. Perkara-perkara yang ditimbulkan apabila berfikir secara kreatif adalah:

  1. Cuba cari kaedah-kaedah lain untuk menerangkan perkara ini?
  2. Kita perlukan idea baru
  3. Ada atau tidak cara-cara lain?
  4. Cara ini belum dicuba lagi
  5. Ini idea lama. Tentu ada cara lain

Sekian dahulu perkongsian saya untuk kali ini. Selamat Beramal.

p/s: Diubahsuai daripada buku resipi istimewa untuk belajar.