Motivasi Dan Nilai Diri

Tulisan kali ini saya letakkan nilai air mati kehampaan, pendustaan, kerapuhan dan penuh persoalan. Manakan tidaknya, sebagai manusia fitrahnya akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik yang menjadi tunjang ke arah satu kehidupan yang baik. Persoalannya adakah kita membina penghidupan yang baik? Kehidupan biasa mungkin hanya cukup sekadar makan, pakai, tidur, kerja dan pelbagai urusan lain. Tapi penghidupan yang memerlukan daya usaha yang lebih iaitu sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Antara motivasi dan nilai diri mesti seiring. Jika lagu ia diibaratkan sebagai nada dan irama. Jika jari kita ibaratkan seperti isi dengan kuku. Jika badan kita ibaratkan ia seperti kulit dan daging. Keduanya saling bersangkutan. Dahulu, apabila ada orang bertanyakan saya tentang kenapa berhenti menulis buat seketika, jawabnya kerana saya diuji dengan apa yang saya tulis. Ya, atas asbab itulah saya berhenti menulis.

Bagi saya nilai diri seseorang bergantung terhadap penyerapan dan penghasilan ubat bernama “motivasi”. Tidak kira samada ia berbentu inside out atau outside in. Semuanya harus saling bergantungan. Sebagai umat islam, saya merasakan kita patut membinanya daripada luar ke dalam dan barulah kita dapat menghasilkan motivasi dalam ke luar. Ini yang dikatakan kitaran motivasi. Keep Reading →

10 Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-ubatan

1. Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Keep Reading →

Kewangan kini, kesihatan akan datang

Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.

Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.

Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.

Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi.

Sumber: irfankhairi.com

Hakikat Sebuah Kejayaan

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.

Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.

Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta. Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak. Keep Reading →

Master Dulu Baru Kahwin

“bukan mak tak bagi kau kahwin, tapi kalau boleh biarlah ada Master dulu…”

Itu adalah apa yang ibu saya sendiri luahkan mengenai hasrat saya untuk melangsungkan perkahwinan. Hasrat saya dan pasangan untuk bernikah adalah untuk menghalalkan perhubungan kami. Pernah ibu bertanya, kenapa mahu kahwin sedangkan kami masih muda (kami berumur 24 tahun). Saya kini di tahun akhir pengajian manakala pasangan saya sudah bekerja. Ibu juga pernah berpesan, kalau takut zina, berpuasa dan sebagainya. Saya menerima nasihat ibu dan cuba menghindarkan diri dari perbuatan yang dimurkai. Tetapi, semakin hari saya rasakan saya semakin tidak kuat untuk mengharungi cubaan dalam sesebuah perhubungan.

Saya dan pasangan sudah lama mengenali diri masing masing. 2012 menandakan hubungan kami cukup 6 tahun. Kali pertama pasangan saya menyatakan hasrat untuk meminang dan berkahwin ialah pada tahun 2010, ketika itu saya sedang menduduki tahun pertama ijazah selepas tamat diploma. Ibu saya menolak secara keras menyatakan hasrat kepada pasangan bahawa dia ingin melihat saya menggenggam master dahulu dan bekerja, kemudian barulah fikir soal kahwin. Selepas kejadian tersebut, ayah menasihati saya supaya tidak membincangkan perkara sedemikian kepada ibu sebaliknya berurusanlah dengan ayah, kerana dia adalah wali. Maka selepas itu, saya turuti apa yang dinasihati. Keep Reading →

Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya

Walaupun pinjaman PTPTN atau biasiswa telah diberikan namun begitu dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi sememangnya masih tidak mencukupi. Oleh sebab itu, mereka mula mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami oleh mereka.

Menurut kamus dewan edisi keempat, perkataan “Kerja Sambilan” membawa maksud kerja yang dibuat disamping kerja biasa atau kerja tetap yang lain. Bagi seorang pelajar, tugas utama mereka ialah belajar dan menumpukan perhatian mereka terhadap aspek akademik, manakala bekerja sambilan pada waktu lapang bertujuan untuk menambah duit saku ataupun mencari pengalaman kerja.

Jika dilihat dari sudut positif, bekerja sambilan dapat melatih mahasiswa untuk berdikari. Keinginan untuk bekerja itu datang daripada diri masing-masing.Bagi sesetengah pelajar mereka tidak mahu membebankan ibu bapa mereka dengan masalah yang dialami oleh mereka. Justeru itu mereka mengambil inisiatif sendiri dengan bekerja sambilan bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa mereka. Keep Reading →

Mindset Kerja Dari Rumah

Memulakan perniagaan dan kerja dari rumah bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yang dijalankan.

Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita  untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

  1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!

Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.

Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk menapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Keep Reading →