Kawan Aku Dah Hebat Lah..

sepetang bersama blogger
Salam Sejahtera..

Bila anda lihat kawan anda yang sudah bertahun lamanya, tidak jumpa dan dia sudah sangat maju ke hadapan berbanding anda dalam kehidupan dia terutama dalam kerjaya, pasti anda akan tertanya-tanya dalam minda anda apa yang telah berlaku kepadanya selama ini.

Dulu masa zaman belajar biasa jer bodoh, lembab, pendiam dan sewaktu dengannya.

Nak tahu jawapannya ? Jawapannya mudah saja.

Kawan anda itu telah:

i. Membaca lebih banyak buku.

Biasanya orang yang HEBAT dalam kerjaya mereka terutama PEMIMPIN industri kelas dunia semamangnya suka membaca. Contohnya Bill Gates anda boleh lawati website beliau kat sini www.gatesnotes.com

ii. Berkawan dengan orang hebat

Saya nak bagitahu kepada anda semua sudah ramai anak Malaysia yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang seperti hartanah, takaful dan sebagainya malahan sudah berjaya mencapai status JUTAWAN dalam industri mereka. Oleh itu belajar lah dari mereka yang sudah berjaya secara “bertalaki’ barulah proses kejayaan anda akan menjadi lebih pantas dari biasa.

iii. Menambah ilmu dari kelas dan seminar.

Peruntukan masa berharga anda dan wang anda untuk mengikuti kelas dan seminar demi menambahkan ilmu baru. Selain menimba ilmu baru dan up to date, anda dapat berkenalan dengan rakan – rakan bisnes yang berkualiti dari seluruh pelusuk tanah air.

iv. Berusaha dengan lebih keras.
Berikan sepenuh komitmen anda untuk berjaya. Komitmen dari segi masa dan juga kewangan. Buang penyakit M ( Malas ) dan suka bertangguh. Hubungi saya di www.hisyamden.com untuk memasarkan dan menjenamakan produk anda secara online. huhu

v. Bertindak!

Bertindak.Ini yang penting.Tanpa tindakan mimpi tidak akan menjadi kenyataan bro.huhu

ps: Share kalau bermanfaat untuk anda dan orang lain.

Bahana Menantu Hantu Sombong dan Kawal Suami

menantu hantu

RAMAI dalam kalangan kaum wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh berdikari walaupun tanpa suami di sisi. Namun tidak ramai antara mereka lemah seperti saya sentiasa takut, tidak berani bertindak, sebaliknya saya sentiasa bergantung, sama ada dengan ibu atau pun anak, setelah ketiadaan suami.

“Inilah keadaan diri saya. Saya mengaku lemah dan tidak berani bertindak sendirian. Nasib saya bekerja, jika tidak saya boleh mati tegak, sebab tak tahu apa patut saya buat selepas kematian suami. Nasib ada anak lelaki sulung. Izat namanya dialah tempat saya bergantung dan berbincang sebelum saya buat keputusan’’. Itu cerita Rosnani dalam e-melnya.

“Ketika itu Izat belum kahwin, masih belajar di universiti dalam tahun akhir, tetapi dia jadi kekuatan saya bersama tiga orang lagi anak-anak saya yang masih belajar. Sebenarnya saya bukan penakut, tetapi tak berani buat keputusan, sebab sepanjang berkahwin suamilah buat keputusan, saya jadi pak turut. Segala tindakannya saya tak pernah bantah.

“Suami saya meninggal ketika usianya baru masuk 50 tahun. Jadi anak lelaki sayalah yang menguruskan semua urusan harta, pencen, ansuran dan sebagainya. Saya cuma bertanya apa yang belum dan sudah dilakukannya. Pendek kata dialah harapan saya. Keep Reading →

Berkahwin Kerana Sebiji Epal

kerana biji epal
Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan – jalan di tepi sebatang sungai di pinggiran kota. Niat di hatinya ingin meminum sedikit air dari sungai tersebut bagi menghilangkan dahaganya. Sedang dia mencedok air itu dengan tangannya kelihatan pula sebiji epal yang terjatuh lalu hanyut di hadapannya. Melihat epal yang merah ranum itu membuat Tsabit terliur lalu segera diambil dan dimakannya.

Setelah separuh buah itu dimakannya, tiba – tiba Tsabit terhenti dan seolah – olah terfikirkan sesuatu. Hatinya lantas berkata: “ Ya Allah, buah epal siapa agaknya yang aku makan ini. Sepatutnya aku meminta izin terlebih dahulu daripada tuannya sebelum aku memakannya.”

Tsabit lalu segera menelusuri sungai tersebut bagi mencari sendiri tuan punya buah itu. Pada fikiranya sudah tentulah pokok epal itu tumbuh di tepi sungai dimana dia perolehi. Di pertengahan jalan dia berjumpa dengan seorang lelaki tua lalu bertanya: “ Wahai pak cik, kenalkah pak cik dengan sesiapa yang mempunyai kebun atau pohon epal di sekitar kawasan ini ?”

Orang tua itu lalu menjawab: “ Ya.. ada seorang lelaki yang sangat alim di kampung ini yang mempunyai pokok epal. Tetapi rumahnya masih jauh di hujung kampung. Kalau hendak ke sana sekurang – kurangnya sehari semalam perjalanan.” Keep Reading →

51 Tips Membina Keluarga Bahagia Oleh Fadzilah Kamsah

Pasangan Keluarga Bahagia

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Keep Reading →

Kes Penceraian Golongan Artis: Aidil Zafuan hanya mampu beri Rita Rudaini RM20 sehari

perceraian-yang-perlu-diwaspadai
SHAH ALAM, (MLP) – Pemain pertahanan bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah, dia hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Memetik laporan Sinar Harian, Aidi berkata jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 pada sebelah malam.

Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.

Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya. Keep Reading →

Tips Untuk Berdepan Dengan Ego Lelaki

ayat-cinta

Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki? Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.

Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai mengendali ego masing-masing. Selain itu tip dibawah ini juga antara cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki:

1: Dengar apa yang mereka katakan
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

2: Buatkan mereka berasa bijak
Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah. Keep Reading →

Cerita Anak Helang dan Ayam

helang-dan-ayam

Cerita bermula, di sebuah lereng gunung yang curam, ada sebuah sarang helang yang mempunyai empat telur helang ukuran besar. Satu hari, gempa bumi telah mengoncang gunung itu menyebabkan salah satu dari telur itu jatuh ke sangkar ayam yang berada di lembah di bawah lereng itu. Suatu hari sebuah telor helang terjatuh dari sangkarnya, untungnya telur itu tidak pecah namun ditemukan oleh ibu ayam dan disangka sebagai telur miliknya.

Berhari-hari telur helang itu dierami bersama telur-telur ayam yang lain, hingga akhirnya tibalah saat telur-telur itu menetas. Sang helangpun pun menetas bersama anak-anak ayam yang lain tanpa ia tahu siapa identiti dirinya sebenarnya. Yang ia tahu adalah ia hanyalah seekor anak ayam kerana menetas bersama dengan anak-anak ayam lainnya dan dijaga juga oleh ibu ayam. Sebagai ayam, ayam-ayam itu pun membesarkan helang sebagai seekor ayam. Sang helang pun sangat menyukai tempat tinggal dan keuarganya itu, namun sepertinya ia merasa ada semangat untuk berteriak lebih keras dari sekadar jiwa ayam.

Hingga pada suatu hari, helang itu pun melihat ke langit dan melihat sekelompok helang-helang yang gagah terbang tingi melayang-layang. “Oh…” teriak sang helang. “Andai saja aku mampu untuk terbang tinggi seperti burung-burung itu.”.Ayam-ayam itu pun memperlekeh, “Kau tidak mampu terbang tinggi seperti mereka. Kau adalah seeokor ayam dan ayam tidak boleh terbang.” Keep Reading →