Kerja Bertangguh Tak Menjadi

Tangguh kerja atau bertangguh untuk melakukan perkara yang patut dilakukan sudah menjadi semacam tabiat ramai. Masakan tidak, banyak bahan motivasi disediakan untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja tersebut. Ada buku motivasi khusus untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja, ada juga artikel dan tips motivasi yang disiarkan di majalah, di akhbar, blog, laman web dan sebagainya.

Antara tips motivasi untuk mengatasi masalah tangguh kerja adalah menyediakan “senarai tugas hari ini”. Yang menjadi masalah adalah senarai disediakan tetapi tugas tak dibereskan. Nasihat Nike, “Just Do It” (buat je). Kenapa tak buat atau tangguh?

Artikel motivasi kali ini memberi tiga tip bagaimana membina motivasi diri untuk mengatasi tabiat suka tangguh kerja.

Tip yang pertama – Motivasikan diri anda dengan membayangkan impak terburuk akibat bertangguh kerja dan manfaat yang akan diterima jika sebaliknya.

Kedua – tingkatkan rasa tanggungjawab diri atas tugas yang perlu dilaksana dengan menulisnya dan memaklumkan kepada rakan atau sanak saudara. Cara ini akan memotivasi diri anda mengambil tindakan kerana akan merasa malu jika tidak berbuat demikian.

Ketiga – Beri ganjaran pada diri sendiri untuk setiap tugas yang dibereskan. Ganjaran tidak semesti sesuatu yang mahal, secawan Cappuccino sudah mencukupi. Terpulang pada diri masing-masing.

Setiap orang perlu belajar cara-cara untuk mengatasi tabiat bertangguh untuk melakukan tugas atau tanggungjawab. Ia akan membantu diri mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang untuk berjaya.

Sumber: mymotivasi.com