Jutawan Selepas Hampir Seabad Terima Nota Einstein


Catatan tulisan tangan Albert Einstein telah dijual pada £1.18 (RM6.56 juta) juta menerusi sesi lelongan baru-baru ini. Pakar sains fizik itu mencoretkan kata-kata nasihat dalam bahasa Jerman mengenai kebahagiaan dan kejayaan.

KEHIDUPAN yang tenang dan sederhana akan membawa lebih kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan serta keresahan yang dihadapi dari semasa ke semasa

Ketika menulisnya, beliau tidak mempunyai wang untuk memberi tip kepada petugas di hotel, jadi ahli sains itu menyerahkan coretan itu sebagai ganti sambil berkata ia akan lebih bernilai jika pekerja hotel itu menyimpannya.

Kira-kira 100 tahun kemudian, ternyata ramalan Einstein benar apabila nota itu menjadikan anak saudara lelaki pekerja hotel itu seorang jutawan apabila dia menghubungi pusat lelongan untuk menjualnya. Hasil tulisan tangan Einstein itu ditulis ketika menginap di sebuah hotel di Tokyo pada 1922, selepas dimaklumkan bakal menerima Hadiah Nobel dalam bidang fizik.

Pusat Lelongan dan Pameran Winner di Baitulmaqdis telah menganjurkan acara melelong nota itu bersama satu lagi catatan Einstein berbunyi: “Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.” Nota kebahagiaan yang dijangka dapat dijual antara $5,000 (£3,809) dan $8,000 (£6,094) itu bagaimanapun telah mendapat tawaran harga yang lebih tinggi.

Sehingga kini identiti pembeli nota berkenaan yang dikatakan dibuat secara dalam talian dari Eropah tidak didedahkan.

Sumber: Mstar