Ujian Minda Ke Atas Tiga Beradik

lilin
Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki tua dan tiga orang anak lelakinya. Si ayah sudah lanjut usia dan tinggal bersama anak – anaknya di sebuah pondok usang dan kecil di atas sekeping tanah yang luasnya ibarat sekangkang kera. Lelaki tua yang miskin itu memanggil ketiga – tiga anak lelakinya menemuinya.

Kata lelaki tua itu, “ Ayah tidak mampu untuk membahagikan harta ayah kepada kalian dengan mencukupi kerana ia terlalu sedikit. Jadi sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah telah memutuskan untuk memberikan kepada seorang sahaja anak ayah.”

Ketiga – tiga anaknya mendengar dengan penuh khusyuk tanpa apa – apa soalan.

“ Di atas meja itu ada sembilan keping wang syiling,” kata lelaki tua itu. “ Ayah mahu kamu bertiga mengambil tiga keping syiling setiap seorang dan dengan syiling itu, kamu perlu membeli apa – apa saja yang dapat memenuhi seluruh ruang pondok kecil ini.

Balik ke sini semula esok. Sesiapa antara kamu yang berjaya berbuat demikian akan mendapat harta ayah untuk dijadikan miliknya.”

Tanpa membantah atau meminta penjelasan lanjut daripada ayah mereka, tiga beradik itu mengambil tiga keping wang syiling setiap seorang lalu beredar dari situ. Mereka mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan oleh ayah mereka.

Secara berasingan, anak pertama dan kedua pergi ke segenap kampung untuk mendapatkan barangan yang sesuai untuk menjayakan tugas yang diberikan. Keep Reading →

Bahana Menantu Hantu Sombong dan Kawal Suami

menantu hantu

RAMAI dalam kalangan kaum wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh berdikari walaupun tanpa suami di sisi. Namun tidak ramai antara mereka lemah seperti saya sentiasa takut, tidak berani bertindak, sebaliknya saya sentiasa bergantung, sama ada dengan ibu atau pun anak, setelah ketiadaan suami.

“Inilah keadaan diri saya. Saya mengaku lemah dan tidak berani bertindak sendirian. Nasib saya bekerja, jika tidak saya boleh mati tegak, sebab tak tahu apa patut saya buat selepas kematian suami. Nasib ada anak lelaki sulung. Izat namanya dialah tempat saya bergantung dan berbincang sebelum saya buat keputusan’’. Itu cerita Rosnani dalam e-melnya.

“Ketika itu Izat belum kahwin, masih belajar di universiti dalam tahun akhir, tetapi dia jadi kekuatan saya bersama tiga orang lagi anak-anak saya yang masih belajar. Sebenarnya saya bukan penakut, tetapi tak berani buat keputusan, sebab sepanjang berkahwin suamilah buat keputusan, saya jadi pak turut. Segala tindakannya saya tak pernah bantah.

“Suami saya meninggal ketika usianya baru masuk 50 tahun. Jadi anak lelaki sayalah yang menguruskan semua urusan harta, pencen, ansuran dan sebagainya. Saya cuma bertanya apa yang belum dan sudah dilakukannya. Pendek kata dialah harapan saya. Keep Reading →

51 Tips Membina Keluarga Bahagia Oleh Fadzilah Kamsah

Pasangan Keluarga Bahagia

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Keep Reading →

Kes Penceraian Golongan Artis: Aidil Zafuan hanya mampu beri Rita Rudaini RM20 sehari

perceraian-yang-perlu-diwaspadai
SHAH ALAM, (MLP) – Pemain pertahanan bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah, dia hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Memetik laporan Sinar Harian, Aidi berkata jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 pada sebelah malam.

Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.

Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya. Keep Reading →

Pengakuan yang suami curang

suami-curang

Salam Sejahtera…

Saya ada terbaca tentang kisah benar rumah tangga dalam akhbar online. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar…

Nilai bahagia itu terletak pada hati yang tenang.. – Hisyam Den

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan…

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH… saya terduduk dengan pengakuan itu… kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya… apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA. Keep Reading →