Cara Tidur Rasulullah

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul Keep Reading →

Antara Cinta dan Cita-Cita

Seantero dunia kini, memperlihatkan kebiasaan yang membimbangkan apabila cinta dan cita-cita tidak dapat difahami dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Cinta sentiasa diletakkan pada tempat yang salah, manakala cita-cita tulen pula hanyalah sampingan yang tidak diperlukan dalam fikiran masyarakat kini.Cinta merupakan sebuah perasaan semulajadi yang telah Allah SWT tetapkan didalam setiap jiwa mahkluk bernyawa dari kalangan manusia, jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan ,Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu.

Apabila seseorang bercinta maka akan terpancarlah tanda-tanda cinta pada dirinya, segala pemikiran, tumpuan dan tingkah laku akan cenderung kepada yang dicintai, hati akan sentiasa mengarah kepadanya, wajah sentiasa tersenyum dek kerana melihat dan mendengar pertuturannya manakala perlakuan pula akan berubah elok bila berhadapan dengan yang dicintai. Keep Reading →

Mutiara Kata Persahabatan

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sumber: cicinta.com

Time Management

Satu perkara yang penting dalam hidup kita : PENGURUSAN MASA. Jika kita gagal dalam pengurusan masa kita, kita boleh dikatakan gagal dalam mengatur perjalanan diri kita sendiri. Sering kali kita mendengar, orang memberi alasan ; ‘takde masa’. Lebih-lebih lagi, alasan ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar. Pernahkah kita berfikir tentang orang yang lagi sibuk dari kita sebagai contoh perdana menteri kita? Semua orang diberikan masa yang sama, iaitu 24jam sehari. Oleh dengan kebijaksaan dan kepentingan pengurusan masa inilah semuanya akan lebih teratur dan kita boleh membuat bermacam-macam kerja.

Saya berkenalan dengan seorang pelajar Phd. di universiti tempatan, yang juga sedang rancak melakukan perniaagaan sendiri dan juga memikul tangungjawab sebagai felo kolej serta research assistant. Dia dapat melakukan semuanya dengan baik, sehinggankan dia boleh mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui perniagaannya, mengikuti seminar-seminar yang berkaitan dengan penyelidikannya dalam mahupun luar negara dan menulis jurnal-jurnal hasil dari kajiannya. Keep Reading →

Bagaimana Cara Mengatasi Malas

Malas adalah satu sikap yang boleh membuatkan manusia gagal dalam hidup. Ramai yang bercita-cita tinggi tapi tidak mencapai impian tersebut kerana sikap malas. Bagaimana cara mengatasi malas ? Cara mengatasi malas yang paling mudah adalah mengetahui terlebih dahulu punca mengapa seseorang itu boleh menjadi malas.

Berikut adalah beberapa punca yang sering dikaitkan dengan malas

  1. Tiada motivasi diri
  2.  Badan sering letih dan lesu kerana kekurangan vitamin
  3. Terpengaruh dengan orang lain
  4. Tiada dorongan dari orang terdekat.
  5. Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal

Sikap malas ini boleh diatasi dengan cara.

  1. Dekatkan diri dengan tuhan untuk mengelakkan gangguan dan hasutan syaitan.
  2.  Memperbanyakkan membaca kisah motivasi yang berkaitan dengan orang yang malas.
  3. Amalkan doa untuk mengelak diri dari malas
  4. Selalu ingat tanggung jawab terhadap keluarga dan diri sendiri.
  5. Tanam sikap positif dan buang segala sikap buruk.
  6. Tetapkan matlamat hidup dan perancangan yang rapi.
  7. Memperbanyakkan memakan makanan yang membekalkan vitamin dalam badan
  8. Untuk mengatasi malas ini anda perlu ubah cara hidup anda.Buat sesuatu kerja dengan pantas dan segera jika rasa malas. Keep Reading →

Setiap Manusia Mempunyai Qarinnya (Pendampingnya)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah saw sendiri tidak terkecuali. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W spt;

Ibn muflih al-muqaddasi menceritakan: suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Di dalam hadith lain rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “aku dilebihkan daripada nabi adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu allah menolong aku sehingga dia islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan nabi adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (hadith riwayat baihaqi). Keep Reading →

Kerja Bertangguh Tak Menjadi

Tangguh kerja atau bertangguh untuk melakukan perkara yang patut dilakukan sudah menjadi semacam tabiat ramai. Masakan tidak, banyak bahan motivasi disediakan untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja tersebut. Ada buku motivasi khusus untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja, ada juga artikel dan tips motivasi yang disiarkan di majalah, di akhbar, blog, laman web dan sebagainya.

Antara tips motivasi untuk mengatasi masalah tangguh kerja adalah menyediakan “senarai tugas hari ini”. Yang menjadi masalah adalah senarai disediakan tetapi tugas tak dibereskan. Nasihat Nike, “Just Do It” (buat je). Kenapa tak buat atau tangguh?

Artikel motivasi kali ini memberi tiga tip bagaimana membina motivasi diri untuk mengatasi tabiat suka tangguh kerja Keep Reading →