Kaya Tidak Semestinya Berjaya


Kaya Bukan Berjaya. Ramai suka jadi kaya. Kaya yang dimaksudkan ialah kekayaan harta. Kalau kaya untuk sapu pada roti tu, alhamdulillah, ramai yang mampu.

Kaya pada saya hanyalah hasil. Ia bukan penanda aras yang patut kita gunakan untuk menyatakan seseorang itu telah berjaya. Lebih kaya lebih berjaya, lebih miskin lebih gagal, tidak dan sesekali tidak.

Ada orang menjadi kaya sebab dia kuat songlap. Apakah dia berjaya?

Ada orang menjadi kaya dengan tipu diri ada PhD(padahal PhD beli) atau tipu kata dia seorang doktor medikal(padahal beli dari universiti bogus), untuk memanipulasi kepercayaan orang ramai, adakah dia berjaya?

Ada orang menjadi kaya dengan menindas orang lain, adakah dia berjaya?

Ada orang menjadi kaya dengan melakukan scam, adakah dia berjaya?

Ada orang menjadi kaya sebab suka buat perkara haram, tayang keingkaran kepada Allah(contoh, kaya dengan tayang aset badan), berjayakah dia?

Kerana itu, jika kita lihat di dalam Islam, kekayaan tidak pernah diletakkan sebagai makna kejayaan. Bahkan yang dipesan di dalam Islam untuk kekayaan ini ialah berjaga-jaga. Contohnya Islam tegas mengingatkan bahawa Allah memerangi riba, melaknat mereka yang menipu timbangan, dan berulang kali diingatkan bahawa harta itu boleh menjadi fitnah. Orang kaya di dalam Islam dianjurkan memberi lebih banyak dalam bentuk zakat dan sedekah, untuk mengikis rasa cinta yang keterlaluan kepada hartanya. Keep Reading →

Jutawan Selepas Hampir Seabad Terima Nota Einstein


Catatan tulisan tangan Albert Einstein telah dijual pada £1.18 (RM6.56 juta) juta menerusi sesi lelongan baru-baru ini. Pakar sains fizik itu mencoretkan kata-kata nasihat dalam bahasa Jerman mengenai kebahagiaan dan kejayaan.

KEHIDUPAN yang tenang dan sederhana akan membawa lebih kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan serta keresahan yang dihadapi dari semasa ke semasa

Ketika menulisnya, beliau tidak mempunyai wang untuk memberi tip kepada petugas di hotel, jadi ahli sains itu menyerahkan coretan itu sebagai ganti sambil berkata ia akan lebih bernilai jika pekerja hotel itu menyimpannya.

Kira-kira 100 tahun kemudian, ternyata ramalan Einstein benar apabila nota itu menjadikan anak saudara lelaki pekerja hotel itu seorang jutawan apabila dia menghubungi pusat lelongan untuk menjualnya. Hasil tulisan tangan Einstein itu ditulis ketika menginap di sebuah hotel di Tokyo pada 1922, selepas dimaklumkan bakal menerima Hadiah Nobel dalam bidang fizik. Keep Reading →