Rezeki Yang Telah Ditetapkan

Rezeki-Yang-Telah-Ditetapkan

Nikmat rezeki yang kita miliki dalam hidup ini telah tetapkan oleh Allah dan ia adalah hakNya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Jangan di kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki, kalau itu memang hak kita, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita perlu bersabar sebelum dapat menikmati kekayaan dan kemewahan dari rezeki yang telah ditentukan untuk kita.

Kita tidak boleh terlalu gopoh untuk mengejar kekayaan dan kemewahan di dunia ini. Kita sendiri pasti tidak suka jika kita terlalu didesak oleh orang lain untuk mendapatkan sesuatu dari kita. Begitu juga dengan rezeki kita, jika kita terlalu mendesak ianya akan menjadi sukar untuk diperolehi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sesuatu itu hak kita atau tidak. Kita cuma boleh berdoa dan meminta petunjuk dariNya.

Memang tidak dinafikan, perjalanan menuju ke arah kekayaan yang kita inginkan tidak semudah yang disangka. Kita perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Kita perlu pilih sama ada kita mahu gunakan senjata yang baik ataupun buruk untuk bersaing dengan orang lain. Jika dilakukan dengan cara yang baik kita sendiri yang akan mendapat manfaatnya. Begitulah juga sebaliknya.

Berusahalah dengan sedaya upaya dan penuh yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu kita. Jangan pernah merasa cepat berputus asa. Orang yang cepat berputus asa adalah orang yang sangat rugi. Jika kita melihat ramai orang yang telah berjaya, kita juga pasti boleh berjaya seperti mereka juga. Setelah gigih berusaha, iringi usaha kita itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang maha berkuasa untuk menentukan segalanya.

Kejayaan dan kemewahan pasti akan datang kepada manusia yang yakin dan sentiasa mahu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Setiap hari lakukan perancangan dan mula untuk mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik. Ucapkan selamat tinggal kepada kegagalan, selamat datang kejayaan. Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat. InsyaAllah kejayaan sebenarnya pasti akan menjadi milik kita.

ps: Like saya Facebook http://www.facebook.com/mohdhisyamfan

Follow saya di Twitter http://twitter.com/mohdhisyam

Subscribers saya di Youtube http://www.youtube.com/user/hisyamTV

Gaya Mutu Keunggulan

gaya mutu keunggulan

Barangkali ramai yang cemburu melihat bos.

Gaji besar. Kereta besar. Rumah besar.

Kita yang di bawah ini lah yang kena kerja keras. Bos tahu siap sahaja. Seronok jadi bos ni kan. Kaya. Hidup senang. Tiada masalah nak pergi melancong tiap-tiap tahun dengan keluarga.

Hakikat sebenar, tiada siapa tahu.

Kita selalu tengok ‘kekayaan’ dari simbol. Gaya. Mutu. Keunggulan.

  • Dia pakai kereta sport BMW. (Hutang kereta tu berapa lama?)
  • Rumah dia besar. Banglo 8,000 kaki persegi. (Berapa bayar hutang rumah sebulan?)
  • Kad kredit platinum. (Berapa baki hutang kad kredit dia?)
  • Beg tangan Prada. (Beli tunai ke hutang tu?)
  • Anak kahwin buat di hotel. (Hutang lagi?)

Yang kita nampak itu adalah simbol kekayaan. Beban. Banyak yang dibeli dengan berhutang.

Tunggu lah ketika usia persaraan dah dekat. Bila pencen hanya kira gaji hakiki akhir. Elaun sudah tiada. Bila gaji bulan-bulan sudah tiada. Hanya tinggal duit KWSP. Tersentap atau boleh rileks lagi?

Kalau kita masih dapat tersenyum menjelang usia persaraan, kita dah buat perkara yang betul waktu kita muda. Beruntunglah kita.

Sumber: pakdi.net

Pesanan Untuk Orang Muda

pemuda kita

Wahai orang muda berumur, kalian mungkin dilihat dominan dengan sesuatu sifat, sikap dan pendirian pada hari ini.

Namun ketahuilah, statistik menunjukkan tempoh 10 tahun mendatang adalah SANGAT KRITIKAL menetapkan SIAPA DIRIMU.

10 tahun yang bakal MEMBERIKAN pelbagai pengalaman dan ilmu pelbagai yang MAMPU MENGUBAH seseorang dari baik kepada kurang, dari buruk kepada baik, dari jahil kepada berilmu, dari berilmu kepada menggadainya untuk pangkat dan kedudukan.

Anda SEDANG BERADA dalam FASA KRITIKAL menentukan siapa dirimu untuk jangka lebih panjang. TELITI dan MUAHASABAH kelilingmu, pasanganmu, rakanmu, kerjayamu, ilmumu, gurumu, minatmu, bacaanmu, makananmu, pendapatanmu dan banyak lagi. KERANA ITU SEMUA MEMBERI KESAN. Sama ada jalan seterusnya akan lurus atau bengkok.

Apa kunci konsisten atas kebaikan dan kesolehan ?

Jawabnya, hayatilah sungguh-sungguh doa dalam al-fatihah yang kerana itulah kita perlu mengulangi sebanyak yang mampu dalam solat walau rasa diri sudah perolehi hidayah.

Sumber: Diedit dan diubah dari fb ustaz zaharuddin.net

5 Tip Mudah Untuk Berfikiran Positif

berfikir positif

Dalam pada itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda 5 tip mudah untuk membina fikiran yang positif:

1.       Membaca Buku

Tip pertama untuk membina pemikiran yang positif adalah dengan membaca buku. Buku yang dimaksudkan di sini adalah buku yang berbentuk motivasi dan juga buku mengenai bidang yang kita ingin berjaya itu. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi seorang yang berjaya di dalam pelaburan hartanah, maka kita perlu sentiasa mencari buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan hartanah yang boleh kita baca dengan tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai bidang tersebut. Selain itu, buku-buku motivasi am yang akan membakar semangat kita untuk terus berjaya juga amatlah sesuai untuk kita baca. Elakkan daripada membaca buku-buku yang berbentuk hiburan atau tidak berkaitan dengan bidang yang kita minat itu.

2.       Kurangkan Menonton Televisyen

Tip ini pernah saya dengar sebelum ini daripada Mentor Jutawan – Azizi Ali dan ianya dikuatkan lagi apabila disebut oleh Dr. Ibrahim semasa seminar beliau ini. Individu yang ingin berjaya perlu mengurangkan masa dirinya menonton televisyen. Sebenarnya menonton televisyen terutama sekali apabila kita menonton rancangan hiburan adalah tidak membantu sama sekali kepada kita untuk berjaya. Oleh itu, elakkanlah daripada menonton rancangan televisyen yang tidak memberikan manfaat kepada kita. Keep Reading →

17 Sikap Orang Kaya Lawan Orang Miskin

secrets of millionaire

Ini adalah 17 perbezaan sikap dan cara pemikiran Orang kaya berbanding orang miskin. Artikel dipetik dari sebuku popular “Secrets Of The Millinaire Mind” karangan T. Harv Eker.

Saya amat mencadangkan anda membaca buku ini jika anda benar-benar “komited” untuk menjadi kaya.

1. Orang kaya percaya: “Saya menentukan hidup saya.”
Orang miskin percaya : “Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa.”

2. Orang kaya berusaha untuk menang. Orang miskin berusaha untuk tidak kalah.

3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Orang miskin mahu menjadi kaya.

4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir kecil.

5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin fokus kepada halangan. Keep Reading →

Cara Berfikir Orang Genius

Genius

Walaupun tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius,kamu tetap dapat menggunakan strategi yang sama seperti yang pernah digunakan oleh orang-orang genius yang lain.Berikut adalah tujuh strategi berfikir orang genius :

1. Melihat Persoalan Dalam Pelbagai Sudut
Mereka memiliki sudut pandang yang berbeza dan selalu mencari perspektif baru yang belum pernah dipakai oleh orang lain! Leonardo da Vinci percaya bahwa untuk menambah pengetahuan untuk memecahkan suatu masalah, mesti dimulakan dengan mencuba menyusun semula masalah tersebut dengan pelbagai cara yang berbeza.

2. Buat Fikiran Tergambar Jelas 
Dahulunya Albert Einstein dianggap sebagai seorang yang bodoh.Ternyata anggapan itu meleset.Apa yang boleh dipelajari dari cara Einstein berfikir ialah ketika dia memikirkan suatu masalah, dia selalu merumuskan persoalannya dalam berbagai cara yang berbeza-beza dengan menggunakan diagram-diagram.Dia membayangkan jawapan-jawapan dan memberitahu bahawa kata-kata dan angka-angka tidak memainkan peranan penting dalam proses berfikirnya.

3. Produktif 
Thomas Alva Edison memegang 1.093 hak paten. Mozart menghasilkan lebih dari 600 lagu.Ilmuan-ilmuan yang dihormati tidak hanya mencipta banyak karya-karya terkenal, tapi banyak juga yang gagal. Mereka tidak takut gagal, atau membuat kesalahan besar untuk meraih hasil yang hebat. Keep Reading →

Kekuatan Minda Manusia

minda

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.” Keep Reading →