Bila berfikiran negatif adalah baik…

Positive-and-Negative

Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…

  • Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya
  • Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita
  • Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat  keputusan.

Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Keep Reading →

Buku The Charge 3 Jenis Kehidupan

the-charge

Salam Sejahtera…

Kita boleh memilih untuk hidup biasa-biasa atau ingin hidup luar biasa. Kita adalah apa yang kita pilih. Kita juga adalah apa yang kita fikirkan. Fikiran yang positif akan membuahkan tindakan yang positif. Dalam tulisan kali ini, saya ingin kongsikan berkaitan jenis-jenis hidup mengikut buku berjudul The Charge, hasil tulisan millionaire Brendon Burchard.

Brendon telah menerangkan tiga jenis hidup yang dialami oleh setiap orang iaitu Hidup Terkurung (The Caged life), Hidup Zon Selesa (The Comfortable Life), dan Hidup Potensi Maksimum (The Charged Life).

Hidup Terkurung (The Caged life)

Orang yang hidup dalam kategori ini sentiasa hidup dalam kehidupan yang lepas, dalam kesedihan, ketakutan dan bayangan masa lalu. Hidup mereka “terkurung” disebabkan masa lalu atau disebabkan mereka hidup semata-mata untuk memenuhi jangkauan orang lain.

Hidup mereka telah “diset” oleh masa lalu atau orang lain. Hidup mereka adalah sebagaimana yang orang lain inginkan. Kehidupan mereka umpama terperangkap, tidak bebas dan terhad. Keep Reading →

5 Cara Untuk Hidup Gembira

senyum sokmo

Salam Sejahtera..

Anda ingin gembira.. Semua orang pun nak gembira..

Bagaimana mahu dapatkan kebahagiaan melalui kegembiraan? Semuanya bergantung pada diri sendiri

1- Cintakan Allah

Laksanakan segala suruhan Allah dan tinggalkan perkara yang dimurkai-Nya. Tanamkan rasa cinta kepada Allah S.W.T dan Bersangka baiklah kepada Allah S.W.T.

2- Buat Kebaikan

Lakukan lah kebaikan sesama manusia dan hidupan yang lain. Bantulah yang susah dan hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tanamkan sifat hormat menghormati dan bekerjasama tanpa mengira darjat mahupun pangkat.

3- Sentiasa Memaafkan

Semua orang pun pernah buat kesilapan termasuk diri saya sendiri dan termasuk anda sendiri. Sangat jelas ia menunjukkan kita tak sempurna. Jadi, marilah kita memaafkan mereka yang berlaku salah dan minta maaflah kepada mereka jika kita melakukan kesalahan.

4- Jangan melukakan orang lain

Jagalah perasaan orang yang berada di sekeliling kita. Jika kita melukakan hati mereka, tak mustahil kita juga akan dilukai kelak. Jadi jaga percakapan dan perbuatan agar tidak melukakan insan hati mereka.

5- Positif

Berfikiran positif sangat penting dalam kehidupan yang penuh dugaan. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan segala masalah pasti ada jalan penyelesaian. Elakkan berfikiran negativif 🙂

Sabar Dalam Ujian

sabar dengan ujian

Subuh menjelma selepas hari gelap. Segala makanan terasa amat sedap setelah kita melalui kelaparan. Kita terasa amat lega terjumpanya tandas setelah menahan diri dari  membuang air sekian lama. Semua di atas ada hikmahnya.

Semua ini terjadi kerana Allah ingin menyedarkan kita untuk bersabar dalam mengharungi segala ujian-Nya, kerana semuanya adalah untuk mendapat ganjaran Allah atau menginsafkan dosa kita pada akhirnya.

Oleh itu, umat Islam digesa sentiasa berusaha, sentiasa mencuba, rajin dan tabah untuk keluar daripada sebarang kemelut ujian Allah.

Kerana semua ini akan menekadkan dan mendekatkan jiwa dan semangat kita dan taqwa kita kepada Allah. Jangan putus harap, jangan putus asa, teruskan mencuba dan ingatlah Allah selalu dan Senyum, insha- Allah kita akan jumpa cahaya.

Sumber: Buku Senyumlah

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Selamat Sejahtera…

Semoga hari yang bakal ditempuh lebih baik daripada semalam yang telah berlalu. Dan esok pagi semoga lebih baik daripada hari ini.

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, Dan Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini

Ini adalah salah satu kata-kata hikmah yang saya amalkan dalam menjalani kehidupan seharian dan untuk menghadapi dunia hari ini yang penuh dengan cabaran.

Jika anda nak berjaya dalam kerjaya atau pelajaran, selalu berpegang pada kata-kata hikmah itu. Kalau nak jadi yang terbaik dan hebat berbanding dengan orang lain juga, berpeganglah pada kata-kata hikmah itu. Saya ulang lagi, kalau anda nak menguasai hidup bukan hidup menguasai anda, berpeganglah pada kata-kata hikmah itu.

Kesimpulannya, walaupun entry kali ini ringkas dan pendek tetapi amat bermakna jika diamalkan dalam kehidupan anda. Oleh itu sentiasalah ada kemahuan untuk memperbaiki diri. Setiap usaha memperbaiki diri itu akan menjadikan hari anda turut baik. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik  daripada kemenangan terhadap orang lain.

Kata-kata Motivasi Dr Tuah

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”
“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.”

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah

“Program minda atau cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:

Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif.

Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.