Cara Berjaya Dalam Kerjaya

cara berjaya dalam kerjaya

Adakah pernah sebelum ini kita berfikir kenapa orang yang berjaya dalam kerjaya mereka boleh menjadi kaya, manakala setengah yang lain pula tidak berubah malah terus merosot dan menjadi semakin miskin?

Bagi yang berjaya, kita ingin mengetahui apakah factor- faktor yang menyebabkan mereka ini telah berjaya?

  • Apa yang sebenarnya menjadikan motivasi kepada diri mereka? Berapa jam mereka bekerja? Dan apakah pegangan mereka sehingga mereka berjaya mencorak kehidupan yang berbeza daripada orang lain?
  • Kalau diperhatikan, orang yang berjaya mempunyai persamaan dalam beberapa ciri tertentu. Salah satu dari ciri yang terdapat pada orang yang berjaya ialah mereka ini merupakan pengurus masa yang baik.
  • Mereka menghabiskan masa di pejabat secara efisyen kerana mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka hanya untuk bekerja. Mereka mencintai apa yang mereka lakukan.
  • Lazimnya lebih tinggi pangkat seseorang pekerja, maka lebih lamalah dia bekerja, ada sesetengahnya sehingga 60 jam seminggu berbanding 48 jam bagi pekerja biasa. Ada yang memulakan kerja pada awal pagi dan ada pula sesetengahnya memulakan kerja selepas sahaja sembahyang subuh. Mereka menggunakan jam untuk mengawal waktu bekerja.
  • Mereka hanya memerlukan waktu tidur yang singkat berbanding orang biasa yang memerlukan 8 jam. Walaupun masa tidur yang pendek, ia tidak menjejaskan kesihatan kerana mereka sihat dan bersemangat.
  • Ciri lain bagi orang bijak mengurus masa termasuklah sikap yang positif, berkeupayaan memberi lebih tumpuan kepada perkara yang berkepentingan tinggi bukan perkara yang remeh-temeh.

Tetapi terdapat beberapa halangan yang sentiasa mengganggu keberkesanan bekerja termasuklah gangguan sosialisasi, mesyuarat yang boleh dielakkan dan mengutamakan kerja2 yang kurang kepentingannya.

  • Bagi seseorang eksekutif yang bijak, mereka tahu bagaimana hendak menggunakan masa dengan berkesan. Mereka hanya melakukan sesuatu yang produktif dan memberi perhatian kepada aktiviti yang mempunyai kepentingan dan keutamaan yang tinggi.
  • Mereka juga akan memastikan semua rancangan berjalan dengan lancar dan orang bawahan menjalankan tugas penuh efisyen. Mereka juga menggalakkan orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan cara tersendiri asalkan hasil yang dikehendaki tercapai. Mengurus masa dengan baik dalam waktu santai turut menjadi ciri penting eksekutif berjaya.
  • Mereka yang berjaya memilih sukan seperti golf, jogging dan tenis dan tidak kurang juga yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca. Mereka yang banyak menggunakan masa untuk menulis pada waktu yang sama untuk mengurus syarikat akan membahagikan masa tertentu untuk kedua-dua tujuan tersebut.

Menurut Peter Drucker dalam bukunya ‘Working Smart’, orang yang berjaya akan bertanya kepada diri mereka apakah yang diharapkan oleh orang lain darinya daripada memikirkan teknik atau cara untuk kakitangan menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

  • Mereka membina kekuatan diri, begitu juga dengan kekuatan orang2 yang bekerja di sekeliling mereka. Apabila berlaku sebarang masalah kakitangan atau ketidakcekapan. Mereka lebih memberi fokus kepada peluang yang dicetuskan dan bukan menghabiskan masa untuk memikirkan mengenai masalah mereka.

Dengan memberi fokus kepada sesuatu yang utama bermakna mencari keadaan paling baik untuk menghasilkan produktiviti secara optimum. Susun dan pegang keutamaan2 itu dengan melakukan perkara yang utama dulu supaya kita mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada tugasan lain.

  • Dengan cara ini adalah mudah untuk kita memberi masa yang bekualiti kepada sesuatu projek yang sedang kita laksanakan. Membuat keputusan yang berkesan juga merupakan satu lagi ciri yang penting.

Pengurus yang berjaya boleh membuat keputusan dengan cepat dan berpegang kepadanya. Jika tersalah membuat keputusan, mereka belajar daripada kesilapan itu dan tidak membuang masa untuk membincangkan hal tersebut.

Ciri pengurusan yang berjaya

  1. Mengawal Kegagalan; UNTUK membina semangat kejayaan, adalah penting untuk kita menawan rasa takut kepada segala jenis kegagalan walaupun ianya hanya merupakan kegagalan yang kecil. Dengan berfikiran ‘mahukah mereka menerima idea saya’, merupakan seusatu yang hanya membuang masa. Lebih baik jika masa itu digunakan untuk memperbaiki idea tersebut.
  2. Mengekalkan kedamaian fikiran dan sentiasa terurus; URUSKAN tugasan harian dengan teratur berpandukan senarai tugasan yang hendak kita laksanakan. Jika kita mempunyai pembantu, biarlah pembantu kita menguruskan kerja2 harian seperti membuka surat atau membuat panggilan telefon.
  3. Tidak digalakkan mesyuarat; RAMAI eksekutif tidak gemar bermesyuarat kerana ia mengambil masa yang panjang. Gunakan telefon, emel atau bertemu secara tidak formal dengan orang bawahan atau kakitangan jika ada sesuatu yang ingin disampaikan.