Mengurus Masa

Setiap orang mempunyai masa 24 jam dalam sehari, tidak kira sama ada dia orang kaya atau orang miskin. Hal ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama dalam sehari untuk melakukan pelbagai aktiviti ataupun pekerjaan. Menurut Dr Tuah dalam bukunya Membina Jati Diri Gemilang beliau berkata kebanyakan manusia tidak sedar dia telah ditinggalkan masa, jauh di belakang. Dia menyangka selari dengan masa, padahal masa untuknya semakin pendek dan kesempatan Keep Reading →

Mengubah Kegagalan

Apa  yang membezakan manusia yang berjaya daripada manusia yang gagal dalam melakukan sesuatu aktiviti seperti pendidikan dan perniagaan adalah bagaimana mereka bertindak balas pada kegagalan. Oleh itu, tindak balas yang mereka lakukan pada kegagalan itu memberikan perbezaan yang besar dalam kehidupan mereka. Ada dua kaedah atau cara manusia bertindak balas pada kegagalan.

Apa yang manusia lakukan apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu? Mereka mula memberikan pelbagai alasan kepada diri sendiri dan menyalahkan orang lain serta menyalahkan keadaan. Mereka mengeluarkan kata-kata seperti berikut Keep Reading →

Amalankan Budaya Membaca

Budaya membaca merupakan amalan yang mulia. Hal ini kerana dengan melakukan aktiviti membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Kebanyakkan individu-individu yang hebat dan berjaya dalam bidang masing-masing sentiasa memperuntukkan masa untuk mendalami bidang yang diceburi dengan banyak membaca buku-buku berkaitan  bidang mereka.

Hal ini kerana, mereka tahu jika mereka semakin pakar dalam bidang tersebut, wang yang banyak akan mengalir ke dalam akaun bank mereka. Contohnya dalam konteks perniagaan internet, Jutawan Internet Dr Irfan Khairi Keep Reading →

Kaedah Pembayaran Menggunakan Internet

Apabila memulakan perniagaan internet, kita perlu mempunyai akaun bank secara online bagi proses urusniaga. Ini bertujuan memudahkan kita membuat transaksi dengan pembeli di internet. Ia pantas, mudah dan senang. Memiliki akaun perbankan internet merupakan satu keperluan kepada usahawan internet. Hal ini kerana untuk memudahkan kita menerima bayaran daripada pembeli.

Dengan adanya perbankan internet ia mempercepatkan proses bisnes kita. Hal ini kerana kita boleh semak secara online sama ada duit yang dimasukkan oleh pembeli sudah diterima atau tidak. Selain itu kita tidak perlu ke bank bagi menyemak baki. Apabila wang diterima dari pembeli, kita boleh terus menghantar produk Keep Reading →

Sistem Autoresponder

Sistem autoresponder adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan aktiviti pemasaran yang dijalankan di internet berjalan dengan berkesan. Sebenarnya tidak semua pelawat terus membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan apabila melayari laman web buat kali pertama. Hal ini disebabkan, ada yang melayari laman web dalam tempoh yang singkat dan bercadang melayarinya pada masa yang lain. Tetapi mereka terlupa dan tidak melawat langsung laman web kita.

Dengan adanya sistem autoresponder, ia mampu menguruskan situasi itu dan memastikan pelawat yang berpotensi membeli produk kita. Contoh penyedia perkhidmatan sistem autoresponder yang popular dan berbayar ialah www.getresponse.com dan www.aweber.com . Jika anda masih Keep Reading →

Tokoh Terkaya Di Dunia 2010

Hari saya nak berkongsi dengan anda tentang isu semasa iaitu 20 Tokoh Terkaya Di Dunia 2010. Artikel ini dikreditkan sepenuhnya kepada Berita Harian Online

NEW YORK: Sepuluh daripada orang paling terkaya di dunia memiliki kekayaan terkumpul bernilai AS$342 billlon pada tahun ini, berbanding hanya AS$254 billion tahun lalu.
Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia yang diumumkan Majalah Forbes hari ini:

1. Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion)

2. Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion)

3. Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion)

4. Mukesh Ambani (India. Minyak, Gas. AS$29 billion)
5. Lakshmi Mittal. (India) Besi Keep Reading →