Amalankan Budaya Membaca

Budaya membaca merupakan amalan yang mulia. Hal ini kerana dengan melakukan aktiviti membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Kebanyakkan individu-individu yang hebat dan berjaya dalam bidang masing-masing sentiasa memperuntukkan masa untuk mendalami bidang yang diceburi dengan banyak membaca buku-buku berkaitan  bidang mereka.

Hal ini kerana, mereka tahu jika mereka semakin pakar dalam bidang tersebut, wang yang banyak akan mengalir ke dalam akaun bank mereka. Contohnya dalam konteks perniagaan internet, Jutawan Internet Dr Irfan Khairi, sentiasa meluangkan masa 1 jam sehari untuk membaca buku-buku berkaitan bidang beliau. Oleh itu, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan pada usia 25 tahun.

Sehubungan dengan  itu, bagi sesiapa yang ingin bercita-cita menjadi seperti Dr Irfan Khairi atau individu yang berjaya menjadi pakar dalam bidang lain, rajin-rajinlah membaca buku untuk mendalami bidang anda. Semoga penulisan saya kali ini ada manfaaatnya untuk saya sendiri dan pembaca blog ini. Terima Kasih.