Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.

Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Sumber: irfankhairi.com

Cara Tidur Rasulullah

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul Keep Reading →

12 Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. Keep Reading →

Antara Cinta dan Cita-Cita

Seantero dunia kini, memperlihatkan kebiasaan yang membimbangkan apabila cinta dan cita-cita tidak dapat difahami dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Cinta sentiasa diletakkan pada tempat yang salah, manakala cita-cita tulen pula hanyalah sampingan yang tidak diperlukan dalam fikiran masyarakat kini.Cinta merupakan sebuah perasaan semulajadi yang telah Allah SWT tetapkan didalam setiap jiwa mahkluk bernyawa dari kalangan manusia, jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan ,Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu.

Apabila seseorang bercinta maka akan terpancarlah tanda-tanda cinta pada dirinya, segala pemikiran, tumpuan dan tingkah laku akan cenderung kepada yang dicintai, hati akan sentiasa mengarah kepadanya, wajah sentiasa tersenyum dek kerana melihat dan mendengar pertuturannya manakala perlakuan pula akan berubah elok bila berhadapan dengan yang dicintai. Keep Reading →

Antara sebab utama ramai gagal buat duit dengan pemasaran facebook

1.Tidak kuasai teknik menggunakan HEADLINE, BODY, IMAGE iklan yang mampu menarik perhatian prospek. Ini sebabnya iklan mereka langsung tak dipandang prospek! Useless!

2.Tak kenali interest targetting yang tepat! Silap di sini, iklan tiada sambutan!

3.Tidak ketahui teknik iklan bagaimana untuk menghasilkan DUIT! Klik saja banyak, tiada guna! Yang penting sales!

4.Ramai pakai ikut sahaja apa yang FB cadangkan untuk nilai BID.

5.Tahukah anda, orang baru yang tiada ilmu sering menjadi mangsa Facebook ?  Padahal ada teknik kurangkan bid, tapi untung besar.

6.Buat iklan banyak-banyak pada waktu yang tak sepatutnya! Iklan pada WRONG TIME, anda memang akan rugi besar!

7.Tidak tahu memanipulasikan Facebook untuk FOLLOWUP ads selepas iklan!

Oleh itu dapatkan maklumat lanjut dengan membeli ebook FBads di sini

Mutiara Kata Persahabatan

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sumber: cicinta.com

Time Management

Satu perkara yang penting dalam hidup kita : PENGURUSAN MASA. Jika kita gagal dalam pengurusan masa kita, kita boleh dikatakan gagal dalam mengatur perjalanan diri kita sendiri. Sering kali kita mendengar, orang memberi alasan ; ‘takde masa’. Lebih-lebih lagi, alasan ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar. Pernahkah kita berfikir tentang orang yang lagi sibuk dari kita sebagai contoh perdana menteri kita? Semua orang diberikan masa yang sama, iaitu 24jam sehari. Oleh dengan kebijaksaan dan kepentingan pengurusan masa inilah semuanya akan lebih teratur dan kita boleh membuat bermacam-macam kerja.

Saya berkenalan dengan seorang pelajar Phd. di universiti tempatan, yang juga sedang rancak melakukan perniaagaan sendiri dan juga memikul tangungjawab sebagai felo kolej serta research assistant. Dia dapat melakukan semuanya dengan baik, sehinggankan dia boleh mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui perniagaannya, mengikuti seminar-seminar yang berkaitan dengan penyelidikannya dalam mahupun luar negara dan menulis jurnal-jurnal hasil dari kajiannya. Keep Reading →