Apakah yang memotivasikan anda?

Apakah yang memotivasikan anda?

Ramai juga yang mendapat picu motivasi dari membaca buku-buku ilmiah. Dengan banyak membaca, ia umpama makanan kepada minda. Bila bertambahnya ilmu dalam sesuatu perkara, maka, motivasi juga turut bertambah.

Kita semua mempunyai cara memotivasikan diri yang berbeza. Tiada satu cara sahaja yang mesti kita ikut. Seperti saya, industri muzik menjadi picu motivasi saya. Ada juga yang jadikan filem sebagai picu motivasi seperti filem-filem yang memberi semangat seperti Rocky, Cinderelaman dan Chariots of Fire. Apabila menonton filem-filem sebegini, terus, motivasi memuncak dan bersemangat untuk lakukan sesuatu. Keep Reading →

Memulakan Perniagaan Tanpa Modal Besar

Tentu anda ingin tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan? Apa yang perlu disediakan dan apa pula yang diperlukan sebagai sokongan kepada perniagaan tersebut supaya tidak goyang dikemudian hari.

Baiklah, berkenaan perkara ini saya mempunyai satu tips, iaitu mulakan dengan apa yang yang anda. Maksudnya, jika anda mempunyai wang untuk memulakan perniagaan hanya RM30,000 gunakan sebahagian dari wang tersebut sebagai modal permulaan perniagaan. Kenapa saya katakan hanya sebahagian?

Sekiranya anda menggunakan kesemua wang yang anda ada, dikhuatiri kelak anda tidak akan dapat mampu meneruskan perniagaan tersebut selepas 3-5 bulan pertama.

Modal perniagaan yang ada hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan, sewa premis, pengubahsuaian dan kos pemasaran serta promosi.

Selebihnya, iaitu baki RM15,000 lagi dijadikan sebagai modal pusingan dan untuk menampung perniagaan sekiranya hasil jualan tidak mencapai sasaran. Keep Reading →

Wasiat Imam Shafie

1.   Hak Kepada Diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.   Hak Kepada Malaikat Maut
Mengqada’ kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
3.   Hak Kepada Kubur
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang Tahajut, dan membantu orang yang dizalimi
4.   Hak Kepada Munkar Dan Nankir
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati Keep Reading →

Hati- hati Merisik

“Beruntung Haura’. Abi kata, siapa nak risik Haura’ bila Haura’ besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura’?!”

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.

Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam…dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif! Keep Reading →

Hidup Adalah Perjuangan

Di antara ciri orang mukmin yang sejati ialah berjuang  pada jalan Allah dengan harta  dan nyawa ( harta kekayaan dan jiwa raga ) , sesuai dengan firman Allah swt. yang mafhumnya : “  Berjuang dengan hartabenda  dan diri pada jalan Allah “.

( QS al-Hujrat ayat 15 ).

Sejak zaman permulaan  perkembangan Islam, isteri Rasulullah saw., Siti Khadijah, telah menunjukkan  satu contoh tentang kesediaan  mengeorbankan hartabenda  itu untuk kepentingan  jihad ( perjuangan )  pada jalan Allah ( Islam ).  Tidak sedikit jumlahnya kekayaan Siti Khadijah  yang didermakan untuk kelancaran Dakwah Islamiyah .

Abu Bakar Siddiq adalah seorang hartawan  yang banyak mengorbankan hartabendanya  terhadapa perjuangan  Islam, sehingga  Rasulullah merasa cemas  kalau-kalau Abu Bakar Siddiq  kekurangan harta untuk memenuhi kewajiban nafkah kaum keluarga dan anak-anaknya, sebab terlalu banyak  yang disumbangkannya untuk kepentingan menegakkan Islam. Keep Reading →

Kekurangan Itu Kelebihan !

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim [14]:7).

Kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??

BERSYUKUR!

ya, itulah yang seharusnya. tapi bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?

saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian. Keep Reading →