Lebih Nikmat dan Bahagia daripada Raja

Bahagia suasana kampung

Salam Sejahtera..

Kali ini saya hanya menulis cerpen tentang kisah ilmuan zaman dahulu untuk pembaca setia blog Klinik Motivasi Com walaupun blog ini telah mengalami penurunan dalam keyword motivasi dalam enjin carian google disebabkan saya hanya update post baru sebulan sekali sahaja. 🙁

Cerita bermula apabila Ibrahim bin Bassyar bercerita: “ Satu hari aku bermusafir bersama Ibrahim bin Adham, Abu Yusuf al-Fulli dan Abu Abdillah al-Sanjari. Kami hendak pergi ke Iskandariah. Apabila berjumpa dengan sebuah sungai bernama sungai Jordan, kami singgah untuk berehat. Abu Yusuf mengeluarkan bekalan yang beliau bawa, iaitu beberapa potong roti kering yang kasar. Kami menyantap roti tersebut lalu mengucapkan alhamdulillah.
Aku bangkit untuk mengambil air minuman bagi Ibrahim. Namun Ibrahim telah mendahuluiku. Beliau masuk ke dalam sungai, lalu mencedok air dengan tapak tangannya. Beliau menyebut bismillah, lalu minum.
Kemudian Ibrahim keluar dari sungai itu. Sambil melunjurkan kaki, beliau berkata: Keep Reading →

The Power Of Sedekah ( Kuasa Sedekah )

kuasa memberi klinik motivasi

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog klinik motivasi tentang cerita pendek The Power Of Sedekah ( Kuasa Sedekah ) yang saya yakin mempunyai pengajaran yang berharga disebalik cerita ini.

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tidak pernah kering. Nama Telaga itu Bi’ru Rummah ( Telaga Pemanah ). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang bangsa Yahudi. Maka orang Yahudi itu telah bertindak menjual air dari telaga tersebut dengan harga yang sangat mahal.

Sehubungan dengan itu, akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman Affan. Keadaan ini, menyebabkan Saidina Othman Affan bertemu Yahudi tersebut dan berunding mahu membeli telaga tersebut. Yahudi tidak mahu menjual sebab dia tahu dia untung besar. Saidina Othman Affan akhirnya minta beli separuh saja telaga itu. Yahudi tersebut pun bersetuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik Saidina Othman Affan. Keep Reading →

Ayat – ayat Cinta

fokus minda yang salah

Salam Sejahtera…

Menulislah dengan hati, kerana pembaca akan merasainya dengan hati. Tetapi, bagaimana caranya menulis dengan hati? Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca setia laman sesawang klinik motivasi tentang ayat – ayat cinta dengan mencuit hati saya.

• Dalam cinta, manusia akan memikirkan dahulu kesenangan, sebelum memikirkan kesulitan.
• Cinta aku akan membuatkan dia buta.
• Cinta membuatkan aku lupa siapa aku dan dia lupa berkenaan siapa dia.
• Cinta tidak melalui akal, ia datang terus ke hati.
• Perasaan cinta itu fitrah insan.
• Menidakkan cinta di hati, aku tidak mampu.
• Dengan cinta, engkau jadi berani, engkau hilang malu, dan mengetepikan akal.
• Cinta itu sifatnya optimistik, dinamik, dan juga harapan.
• Cinta mempunyai kuasanya tersendiri, samada membawa aku jauh ke depan atau undur ke belakang.
• Cinta perlu dikawal dengan akal dan iman.
• Setiap manusia, cinta itu dipandang berbeza- beza.

Saya menulis artikel ini kerana dalam ‘pemerhatian’ saya dalam laman sosial WeChat. Terlalu banyak ayat – ayat cinta antara lelaki dan perempuan ingin berkahwin. Nak diikutkan hati, kumpul ayat – ayat cinta itu sudah boleh tulis sebuah buku.

Keep Reading →

Pengakuan yang suami curang

suami-curang

Salam Sejahtera…

Saya ada terbaca tentang kisah benar rumah tangga dalam akhbar online. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar…

Nilai bahagia itu terletak pada hati yang tenang.. – Hisyam Den

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan…

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH… saya terduduk dengan pengakuan itu… kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya… apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA. Keep Reading →

Pentingnya Ilmu Pengetahuan

ilmu-pengetahuan

Salam Sejahtera..

“ ALLAH mengangkat beberapa darjat orang – orang yang beriman dan orang – orang yang diberi ilmu pengetahuan.” ( Al – Mujadalah: 11 )

Sebuah enjin kapal telah rosak. Sudah seminggu kapal saudagar yang kaya raya tidak dapat meneruskan pelayaran. Pemilik kapal tersebut telah memanggil beberapa orang pakar untuk membaiki kerosakan, tetapi selepas seorang demi seorang pakar cuba membaik pulih enjin kapal itu, ternyata tidak ada seorang pun yang boleh membaiki enjin kapal itu sehingga pulih seperti biasa.

Akhirnya, seorang lelaki tua dipanggil setelah mendengar khabar bahawa lelaki tua itu mempunyai kepakaran yang luar biasa tentang enjin pelbagai jenis kapal.

Lelaki tua itu datang dengan membawa sebuah beg besar yang penuh dengan alatan baik pulih. Sebaik tiba di bahagian enjin kapal, dia terus memerhatikan enjin dari atas hingga ke bawah.

Semua orang tekun memerhatikan orang tua itu. Masing – masing berharap agar orang tua itu tidak merosakkan lagi enjin kapal itu yang memang sudah sedia rosak. Perlahan – lahan, orang tua itu mengeluarkan pemutar skru dari dalam beg besar yang dibawanya tadi. Dia lantas mengetatkan beberapa skru kecil sebelum menoleh ke arah pemilik kapal tersebut lantas bersuara, “Siap!” Keep Reading →

Seorang Gadis Cantik dan Syarat Perkahwinan

gadisSalam Sejahtera…

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Seorang gadis cantik hendak berkahwin tapi dia mahukan seorang suami yang sangat warak. Maka dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja yang ingin menikahinya dengan syarat:

1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda seorang pun lelaki sanggup nak terima syarat itu kecuali seorang pemuda yang sederhana perwatakan dan penampilannya.. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, si isteri memerhati suaminya itu.

“Eh.. tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?”

“Hmm.. aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni…”

“Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?”

Selepas sebulan akhirnya si isteri hilang sabar. Dia menyangka dan fikir suaminya telah menipu dirinya. Akhirnya si isteri pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan “ditipu oleh suaminya”. Keep Reading →

Wanita dan Pengajaran Dari Pohon Semalu

pohon semaluSalam Sejahtera..

Alam sekeliling, seperti pokok – pokok, sungai dan rumput sebenar memberi kita pengajaran tertentu jika kita meneliti dan mengkaji dengan menggunakan minda dan hati yang tenang.

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang malu. Kisah antara Rasullullah dan puteri baginda Fatimah r.a. Pada suatu hari, Rasullullah berjalan – jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka  berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada Ayahdanya apakah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasullullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasullullah menyambung kata – katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek: Keep Reading →