Amalan Membaca Rakyat Malaysia

budaya membaca

Sejauh manakah budaya membaca menjadi gaya hidup masyarakat kita ? Adakah budaya membaca menjadi rutin kepada kehidupan seharian kita ? Tanyalah pada diri sendiri adalah kita menggunakan masa yang terluang contohnya ketika menunggu bas atau menaiki Transit Aliran Ringan ( LRT  ) dengan aktiviti membaca.

Apa yang pasti, kita akan mengisi masa terluang tersebut dengan berbual kosong bersama rakan dan bermain telefon bimbit yang rekaannya semakin canggih hari demi hari.

Suburkan Minat Membaca

Pelbagai cara dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyuburkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah Video Kempen Galakan Membaca oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) di sekolah dan Baucar Buku 1Malaysia ( BB1M ) adalah salah satu cara untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Namun begitu, amalan membaca tetap tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Mungkinkah budaya membaca tidak mendapat sambutan disebabkan munculnya gajet yang semakin canggih.

Sumber : Rencana Berita Harian