Kisah Motivasi Jiwa Perkelahian Seorang Lelaki Dengan Iblis

klinik motivasi kisah motivasi jiwa
Pada zaman dahulu ada sepasang isteri yang hidup di sebuah kampung. Mereka hidup di dalam aman dan tenteram walaupun tidak dikurniakan seorang zuriatpun. Walaupun hidup mereka miskin tetapi mereka merupakan pasangan yang amat taatkan perintah Allah.

Mereka sangat tekun melakukan ibadat kepada Allah disamping meninggalkan segala perkara yang dilarang.
Pada suatu hari lelaki itu keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk mencari pekerjaan. Ketika dalam perjalanan ke sebuah pekan berdekatan, kelihatan olehnya sekumpulan manusia yang sedang mengerumuni sebatang pokok yang besar. Mereka kelihatan menyembah pokok besar tersebut seolah – olah pokok itu tuhan yang akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

“Ini sesuatu yang salah, ini perbuatan syirik. Aku harus melakukan sesuatu untuk menyedarkan mereka.” Kata lelaki itu dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan akidah penduduk di situ.
Dia lantas pulang semula ke rumahnya dengan tujuan untuk mengambil sebilah kapak. Dia mahu menebang sahaja pokok itu supaya perbuatan syirik yang berlaku dapat diberhentikan. Dengan itu sudah tentu mereka akan balik menyembah Allah sepertimana biasa.

Setelah mengambil kapak, lelaki itu menuju semula ke pokok yang menjadi sembahan itu. Di pertengahan jalan dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang berbadan besar. Lelaki itu sebenarnya ialah iblis yang menyerupai dirinya sebagai manusia. Lelaki iblis itu telah menghalang perjalananya untuk menebang pokok besar tersebut.

Dia bertanya: “Hai saudara, ke mana kamu hendak pergi dengan kapak kamu itu.” Lelaki itu lantas menjawab: “Aku mahu ke pokok besar tempat orang ramai berkumpul menyembahnya. Aku mahu menghapuskan kesyirikan di situ dengan menebang pokok tersebut.” Keep Reading →

Motivasi Dan Nilai Diri

Tulisan kali ini saya letakkan nilai air mati kehampaan, pendustaan, kerapuhan dan penuh persoalan. Manakan tidaknya, sebagai manusia fitrahnya akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik yang menjadi tunjang ke arah satu kehidupan yang baik. Persoalannya adakah kita membina penghidupan yang baik? Kehidupan biasa mungkin hanya cukup sekadar makan, pakai, tidur, kerja dan pelbagai urusan lain. Tapi penghidupan yang memerlukan daya usaha yang lebih iaitu sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Antara motivasi dan nilai diri mesti seiring. Jika lagu ia diibaratkan sebagai nada dan irama. Jika jari kita ibaratkan seperti isi dengan kuku. Jika badan kita ibaratkan ia seperti kulit dan daging. Keduanya saling bersangkutan. Dahulu, apabila ada orang bertanyakan saya tentang kenapa berhenti menulis buat seketika, jawabnya kerana saya diuji dengan apa yang saya tulis. Ya, atas asbab itulah saya berhenti menulis.

Bagi saya nilai diri seseorang bergantung terhadap penyerapan dan penghasilan ubat bernama “motivasi”. Tidak kira samada ia berbentu inside out atau outside in. Semuanya harus saling bergantungan. Sebagai umat islam, saya merasakan kita patut membinanya daripada luar ke dalam dan barulah kita dapat menghasilkan motivasi dalam ke luar. Ini yang dikatakan kitaran motivasi. Keep Reading →

Bersama Dr Tengku Asmadi Cabar Diri Untuk Berjaya

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan. Keep Reading →

3 Kepentingan Kem Motivasi

Antara kepentingan Kem Motivasi ialah untuk memantapkan faktor-faktor yang positif kearah mencapai tingkah laku yang diigini, iaitu:

1. Kem motivasi menambah kesan faktor kekeluargaan dalam mencorakkan perkembangan pelajar secara pendekatan autoritatif yang menanam sikap positif yang mendorong kea rah pencapaian harga diri yang tinggi.
2. Kem motivasi membantu menyumbang kepada faktor rakan sebaya melalui aktiviti berpasukan. Aktiviti seumpama ini meningkatkan kemahiran menyesuaikan diri dalam kumpulan secara khususnya dan dalam kelompok semua peserta secara umumnya.
3. Sekolah sebagai ejen sosialisasi dapat diadaptasi dalam kem-kem motivasi. Contohnya, peserta kem dapat belajar mematuhi norma dan peraturan-peraturan dalam populasi barunya semasa menyertai kem. Ini kerana, sepanjang kem berlangsung, nilai-nilai disiplin yang ketat perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Pada waktu ini, nilai-nilai yang diingini perlu diterapkan supaya peserta mengawal tingkah laku yang diharapkan dan seterusnya memenuhi kehendak masyarakat.

Hasilnya, kem-kem motivasi seumpama ini diharapkan dapat melahirkan pelajar ataupun rakan sebaya yang prihatin serta mampu meningkatkan nilai individu ke tahap yang lebih tinggi.

Petikan: Buku Panduan Melaksanakan Kem Motivasi