{"id":641,"date":"2011-11-24T22:42:31","date_gmt":"2011-11-24T14:42:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/?p=641"},"modified":"2011-11-24T22:47:37","modified_gmt":"2011-11-24T14:47:37","slug":"kenapa-aku-masih-solo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/kenapa-aku-masih-solo\/","title":{"rendered":"Kenapa Aku Masih Solo?"},"content":{"rendered":"<p>Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.<\/p>\n<p>Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.<\/p>\n<p>Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa<\/strong>.<\/p>\n<p>Allah itu Maha Mendengar.<\/p>\n<p>Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.<!--more--><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa<\/strong>\u00a0lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.<\/p>\n<p>Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.<\/p>\n<p><strong>Tips:<\/strong>\u00a0Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.<\/p>\n<p>Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.<\/p>\n<p>Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.<\/p>\n<p>Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.<\/p>\n<p>Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.<\/p>\n<p>Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.<\/p>\n<p>Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.<\/p>\n<p>Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.<\/p>\n<p><strong>Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.<\/strong><\/p>\n<p>Tips:\u00a0Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.<\/p>\n<p>Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.<\/p>\n<p>Demikian juga perkahwinan.<\/p>\n<p>Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.<\/p>\n<p>Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.<\/p>\n<p>Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?<\/p>\n<p>Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji<\/strong>,<\/p>\n<p>memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?<\/p>\n<p>Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.<\/p>\n<p>Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.<\/p>\n<p>Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.<\/p>\n<p>Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.<\/strong><\/p>\n<p>Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.<\/p>\n<p>Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan<\/strong>.<\/p>\n<p>Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.<\/p>\n<blockquote><p>Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.<\/p>\n<p>Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.<\/p>\n<p>Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.<\/p>\n<p>Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.<\/p>\n<p>Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.<\/p>\n<p>Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.<\/p>\n<p>Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.<\/p><\/blockquote>\n<p>Kredit: <a href=\"http:\/\/pakarcinta.com\/blog\/\" target=\"_blank\">Pakarcinta.Com<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[37,128,53],"tags":[143,142,144,145,1248],"class_list":["post-641","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-motivasi-cinta","category-motivasi-islam","category-motivasi-kehidupan","tag-andartu","tag-bujang","tag-bujang-senang","tag-kahwin-lewat","tag-motivasi-cinta"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/641","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=641"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/641\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":643,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/641\/revisions\/643"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=641"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=641"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=641"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}