{"id":2102,"date":"2015-12-19T21:45:19","date_gmt":"2015-12-19T13:45:19","guid":{"rendered":"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/?p=2102"},"modified":"2015-12-19T21:45:19","modified_gmt":"2015-12-19T13:45:19","slug":"ujian-minda-ke-atas-tiga-beradik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/ujian-minda-ke-atas-tiga-beradik\/","title":{"rendered":"Ujian Minda Ke Atas Tiga Beradik"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/lilin.jpg\" alt=\"lilin\" width=\"289\" height=\"220\" class=\"aligncenter size-full wp-image-2103\" \/><br \/>\nPada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki tua dan tiga orang anak lelakinya. Si ayah sudah lanjut usia dan tinggal bersama anak \u2013 anaknya di sebuah pondok usang dan kecil di atas sekeping tanah yang luasnya ibarat sekangkang kera. Lelaki tua yang miskin itu memanggil ketiga \u2013 tiga anak lelakinya menemuinya.<\/p>\n<p>Kata lelaki tua itu, \u201c Ayah tidak mampu untuk membahagikan harta ayah kepada kalian dengan mencukupi kerana ia terlalu sedikit. Jadi sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah telah memutuskan untuk memberikan kepada seorang sahaja anak ayah.\u201d<\/p>\n<p>Ketiga \u2013 tiga anaknya mendengar dengan penuh khusyuk tanpa apa \u2013 apa soalan.<\/p>\n<p>\u201c Di atas meja itu ada sembilan keping wang syiling,\u201d kata lelaki tua itu. \u201c Ayah mahu kamu bertiga mengambil tiga keping syiling setiap seorang dan dengan syiling itu, kamu perlu membeli apa \u2013 apa saja yang dapat memenuhi seluruh ruang pondok kecil ini. <\/p>\n<p>Balik ke sini semula esok. Sesiapa antara kamu yang berjaya berbuat demikian akan mendapat harta ayah untuk dijadikan miliknya.\u201d<\/p>\n<p>Tanpa membantah atau meminta penjelasan lanjut daripada ayah mereka, tiga beradik itu mengambil tiga keping wang syiling setiap seorang lalu beredar dari situ. Mereka mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan oleh ayah mereka.<\/p>\n<p>Secara berasingan, anak pertama dan kedua pergi ke segenap kampung untuk mendapatkan barangan yang sesuai untuk menjayakan tugas yang diberikan.<!--more--><\/p>\n<p>Si abang sulung menggunakan tiga keping wang syiling yang diperoleh untuk membeli beberapa guni jerami, namun gagal memenuhi seluruh pondok mereka. Adiknya juga menggunakan kesemua tiga keping syiling itu untuk membeli beberapa guni bulu burung.<\/p>\n<p>Sebaliknya, adik bongsu mereka hanya menggunakan satu daripada tiga keping wang syiling yang diberikan untuk membeli empat batang lilin. Dia menunggu apabila hari mula gelap untuk menyalakan lilin. Dia terbukti berjaya kerana cahaya lilin \u2013 lilin tersebut dengan mudah sahaja menerangi seluruh ruang pondok tersebut. Hasilnya kesemuanya harta milik lelaki tua itu berpindah milik kepadas anak ketiga itu.<\/p>\n<p>Apakah yang membezakan antara adik bongsu dengan dua abangnya ? Jawabnya ialah \u2018ilmu\u2019. Dengan ilmu dia dapat menandingi abang \u2013 abangnya dengan mudah. Banyak masalah dalam hidup kita dapat ditangani dengan mudah jika kita bijak menggunakan akal pemberian Allah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,112],"tags":[1274,1275,1277,1276,1273],"class_list":["post-2102","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-cerita-motivasi","category-motivasi-keluarga","tag-ilmu-adalah-asas-kejayaan","tag-ilmu-adalah-asas-kekayaan","tag-ilmu-adalah-harta-kita","tag-ilmu-dipraktikkan-adalah-kuasa","tag-kepentingan-ilmu"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2102","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2102"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2102\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2105,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2102\/revisions\/2105"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2102"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2102"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2102"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}